Rasanya tidak lagi perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut tentang pertandingan pencarian bakat-bakat muda di Malaysia yang paling terkenal iaitu ‘Pencarian Hero Remaja’. Sejak diperkenalkan selama 31 tahun yang lalu ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dicungkil bakat mereka menerusi pertandigan ini.

Tebaru, Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini. Berdepan pelbagai cabaran terkini, pertandingan musim baharu ini datang dengan misi untuk mencungkil bakat baharu di samping menjadi suara remaja di Malaysia.

Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.

Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia

Ramai nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar.

Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.

Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program ‘Hero Remaja 2021’, “Selepas hampir dua tahun mendepani krisis Covid-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.

IKLAN

LEBIH KREAITF & INOVATIF

Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.

Untuk mencapai sasaran tersebut, kami perlu lebih peka kepada perubahan dan transformasi yang berlaku bagi menyesuaikan diri dengan proses adaptasi norma baharu agar kekal relevan.

Selain itu, menganjurkan pertandingan pencarian bakat berkonsepkan realiti seperti ‘Hero Remaja 2021’ pada era yang serba mencabar ini juga menuntut dedikasi dan komitmen tinggi daripada semua pihak, baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

“Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.”

Terkenal melahirkan banyak bakat-bakat baru, Pencarian Hero Remaja yang terbaru menampilkan seramai 12 orang finalis yang telah dipilih. Menurut Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezrenn Ahmad, “12 orang finalis akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara.

IKLAN

“Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja.

“Menerusi setiap episod yang bakal disiarkan nanti, para finalis akan menempuhi cabaran yang menguji mental, fizikal dan juga kebijaksanaan mereka sebagai persediaan untuk bergelar seorang anak seni yang memiliki pakej lengkap untuk dipertaruhkan.”

Satu lagi perkara menarik berkenaan penganjuran ‘Hero Remaja 2021’ adalah program pengenalan ‘Prelude Hero Remaja 2021’ menerusi paparan lapan episod di saluran Astro Ria. Sejak ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 13 Julai lalu, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang jejaka muda yang telahpun terpilih untuk memenuhi slot finalis.

Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia

IKLAN

12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).

Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia Musim Terbaru Hero Remaja 2021 Meneruskan Legasi Pencarian Bakat Lelaki Terbaik Di Malaysia

‘Hero Remaja 2021’ akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Hos bagi musim ini menampilkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nashit Nasir. Sementara itu Scha Alyahya dan Dato’Rosyam Noor pula akan tampil sebagai Juri Tetap.

Jangan lupa saksikan Hero Remaja 2021!

https://www.youtube.com/watch?v=J1ukZrz9B4M

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI