Dalam dunia yang makin rakus mengejar material, tindakan Nabil Ahmad ini tampil sebagai sebuah naratif berbeza. Dalam diam, pengacara dan penyampai radio popular ini membina sebuah madrasah di atas tanah pusaka milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan. Nilainya bukan kecil hampir RM500,000 tapi yang lebih mahal ialah niat dan keikhlasannya.
Rumah Pusaka Jadi Tapak Pahala
Menurut Nabil, pembinaan madrasah itu akan dimulakan pada awal tahun depan. Projek tersebut bukan sekadar sebuah pusat pengajian biasa, tapi bakal menjadi penempatan pelajar tahfiz, ustaz dan ruang mengaji untuk komuniti setempat.
“Tanah lebih kurang satu ekar setengah, saya akan guna sepenuhnya. Buat masa ini saya biayai sendiri dulu, tapi insya-Allah nanti saya akan buka peluang kepada yang mahu menyumbang,” jelas Nabil.
Dan seperti dijangka, apabila hasrat itu diumumkan di media sosial, ramai yang tampil menyatakan sokongan dan keinginan untuk bersama menjayakan usaha murni ini. Ini bukti, apabila niat kita bersih, Allah gerakkan hati ramai untuk turut serta.
Ads
Ibu Jadi Pendorong Utama
Di sebalik langkah besar ini, ada satu jiwa kecil tapi bermakna besar yang mendorong Nabil iaitu ibunya yang kini berusia 77 tahun dan menjalani rawatan dialisis sejak lapan tahun lalu.
“Ibu saya selalu tanya tentang madrasah tu. Dia risau sebab dia dah tua. Dia nak buat bekalan akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin supaya dia sempat tengok sendiri proses pembinaan tu,” kongsi Nabil dengan nada penuh emosi.
Nabil bersama ibu dan adik beradiknya (Kredit foto: Mingguan Wanita)
Sebagai anak lelaki, Nabil menggalas impian ibunya dan menjadikannya realiti.
Ads
Dengan projek ini, Nabil bukan saja membina bangunan fizikal, tapi membina legasi sebuah tempat ilmu, pusat dakwah dan bekalan akhirat untuk dirinya, ibunya, dan semua yang terlibat.
Apa yang Nabil buktikan ini harus jadi inspirasi kepada lelaki lain di luar sana. Kita bukan dilahirkan sekadar untuk mengejar kejayaan peribadi, tetapi untuk mencipta manfaat jangka panjang.
Apabila belajar tentang matematik, sains dan juga fizik, nama-nama besar seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking serta ramai lagi bukanlah sesuatu yang asing.
Kalau dalam Islam sendiri pun, Al khawarizmi cukup terkenal dengan kehebatan matematiknya termasuk memperkenalkan konsep algebra.
Bagaimana pula dengan anak Malaysia?
Siapa cakap tiada anak Malaysia mampu meletakkan nama setaraf nama-nama besar ini? Meski pun kini sudah memasuki era moden, pembaharuan tetap akan berlaku.
Baru-baru ini tular satu cerita salah seorang Alumni Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang berjaya mencipta sebuah karya saintifik berinovasi ‘Cooling Performance Index’ atau ‘Fawzal Number’.
Apa itu Fawzal number?
Fawzal number ini diambil bersempena nama bapanya iaitu Ahmad Fawzal. Fawzal number (nombor Fawzal) merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk.
Nombor Fawzal ini juga didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa dan ia merupakan revolusi baharu dalam kejuruteraan permotoran.
Pernah diaplikasikan pada model supercar
Kongsi sebuah portal, Fawzal number ini pernah diaplikasikan pada sebuah model terpantas yang dihasilkan sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.
Memetik perkongsian Aid, katanya syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machinemodel keluaran mereka.
Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi selain beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanannya.
Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200% (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).
Betul-betul memberi inspirasi kisah atlet gusti ini. Zion Clark namanya mungkin asing bagi rakyat Malaysia, namun lelaki ini merupakan penceramah motivasi, pengarang buku, atlet dan juga merupakan content creator yang hebat.
Kisah Inspirasi Atlet Gusti Tanpa Kaki, Punya Semangat & Impian Luar Biasa
Seorang pemuda yang dilahirkan tanpa separuh badan, iaitu tanpa pinggang hingga ke kaki, ternyata mempunyai semangat dan impian yang luar biasa. Walaupun tidak mempunyai kaki, namun semangatnya untuk bergelar atlet tidak mematahkan semangatnya.
Foto Via Forbes
Di tengah-tengah keterbatasannya, lelaki itu meletakkan impian untuk menjadi ahli gusti gaya bebas di Sukan Olimpik. Pemuda bernama Zion Clark, 24 tahun, dilahirkan dengan kelainan genetik yang jarang berlaku yang jarang berlaku di dunia ini.
Gangguan ini dikenali sebagai sindrom Caudal Regression yang menghalang perkembangan bahagian tulang belakang disebabkan ibu kandungnya menyalahgunakan dadah semasa mengandung.
Lelaki yang tinggal di Amerika Syarikat menolak kekurangannya dirinya dan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk mengejar matlamatnya. Walaupun begitu, ahli gusti kelahiran Ohio itu telah mengatasi segala rintangan dan pernah muncul dalam dokumentari Netflix yang menceritakan kisah hidupnya.
Sering Dibuli Ketika Kecil
Sejak kecil, Zion sering dibuli dan dibuli oleh kanak-kanak lain di rumah anak yatim itu kerana dia tidak mempunyai kaki. Memasuki usia 16 tahun, Zion diambil sebagai anak angkat dari rumah anak yatim oleh seorang ibu yang berdedikasi dan penyayang dalam menjaga dan membesarkannya.
Semasa dia membesar dalam jagaan ibu angkatnya, Kimberlii, dia sentiasa menyokong dan memberikan kasih sayang secukupnya. Berkat sokongan Kimberlii terhadap minatnya iaitu olahraga, Zion kini semakin menghampiri matlamatnya untuk menjadi ahli gusti pro gaya bebas paling berjaya di dunia.
Zion berkata, “Saya mula bergusti dalam darjah dua. Ketika saya kecil, beberapa perlawanan pertama, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan dan lawan saya begitu juga,” seperti dilaporkan oleh Daily Star sebelum ini.
Zion juga mendedahkan bahawa beberapa rakan bintangnya sering takut untuk bergaduh dengannya, kerana dia mempunyai fizikal yang sebegitu.
Clark membuktikan dia mampu berjaya walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Mempunyai senarai pencapaian yang boleh dibanggakan termasuk; Ahli Gusti All-American di Kent State, juara trek negeri dua kali, pemegang Rekod Dunia Guinness “lelaki terpantas menggunakan dua tangan untuk pecut 20m”. Di samping itu, Clark memegang gelaran untuk filem pendek paling lama ditayangkan di Netflix, yang memenangi dua kemenangan Sports Emmy.
Walaupun sudah mencapai pencapaian membanggakan diusia 24 tahun, Clark masih mempunyai misi dan rancangan besar untuk masa depan iaitu bersiap sedia untuk menjadi atlet Olimpik dan Paralimpik yang pertama di Sukan Olimpik yang sama di Paris 2024. Malah, Clark juga aktif menjalankan kerja-kerja amal, untuk membantu memperbaharui sistem penjagaan anak angkat, yang merupakan matlamat hidupnya.
Ingat jangan pernah jadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk terus berjaya!
Dibawah ini video penuh yang korang boleh tonton :
“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Foto: Pertarungan Adli Hafidz dengan petinju Filipina, John Marvin di peringkat akhir Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 (Sumber: Khmer Times).
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.