“Mayat di kiri kanan saya. Asap menyesakkan paru-paru. Saya terhuyung-hayang, mata saya kabur. Tapi saya masih hidup.” — Itulah kata-kata pertama Vishwash Kumar Ramesh, 40 tahun, saat diselamatkan dari lokasi nahas paling dahsyat yang pernah disaksikannya.
Pada 12 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan tragedi ngeri apabila pesawat Air India Flight AI171, sebuah Boeing 787-8 Dreamliner, terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India. Pesawat yang dalam perjalanan ke London Gatwick itu membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal.
Sekitar jam 1:39 petang waktu tempatan, pesawat tersebut gagal mencapai ketinggian yang sepatutnya. Dalam sekelip mata, ia menjunam ke arah bumi dan merempuh bangunan asrama perubatan di kawasan padat Meghani Nagar. Letupan besar berlaku. Api marak menyambar. Jeritan manusia tenggelam dalam deruman siren dan bunyi logam terbakar. Kejadian ini mengorbankan 241 nyawa di dalam pesawat dan sekurang-kurangnya 28 orang di darat. Jumlah korban keseluruhan: melebihi 269 orang. Dunia menangis.
Ads
Di sebalik serpihan dan mayat bergelimpangan, berdiri seorang lelaki — Vishwash Kumar Ramesh — yang masih bernyawa. Beliau yang duduk di tempat duduk 11A, bersebelahan pintu kecemasan, secara ajaib terselamat. Dada berombak, mata lebam, kaki berdarah, tetapi dia tetap melangkah keluar dari perut pesawat yang terbakar. Dalam keadaan kabur dan terhuyung-hayang, Vishwash merangkak keluar dari timbunan kerusi, logam tajam dan tubuh manusia yang sudah tidak bernyawa.
Ads
Bantuan tiba. Vishwash dibawa ke hospital dengan kecederaan serius. Tetapi lebih pedih dari luka fizikal, adalah berita yang menanti di hujung rawatan: adiknya, Ajay Kumar Ramesh — turut menaiki pesawat itu — tidak terselamat. Keluarga mereka di Leicester, UK, luluh hati menerima berita kehilangan.
Ads
Punca tragedi ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. Laporan awal menyebut kemungkinan berlaku kegagalan kuasa pada fasa pendakian awal pesawat. Kotak hitam kini dalam proses analisis, dan dunia menunggu jawapan.
Bagi Vishwash, ini bukan sekadar peluang kedua — ini momen untuk hidup dengan lebih sedar. Lebih bermakna. Lebih jujur pada diri sendiri. Dan untuk pembaca lelaki di luar sana, tragedi ini adalah peringatan keras: hidup ini rapuh. Hargai detik yang ada. Peluk mereka yang kita sayang. Dan jangan tunggu esok untuk berubah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semalam arena sukan tanah air terutamanya dalam bidang sukan silat telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang atletnya dari Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin.
Pesilat muda berusia 21 tahun berasal dari Besut, Terengganu tersebut telah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan ketika menyertai Kejuaraan Pencak Silat Pra Sukma Jemputan Kebangsaan Negeri Sembilan 2024.
Dalam yang berlangsung pada 1 Mac hingga 3 Mac 2024 di Seremban, Negeri Sembilan tersebut Allahyarham Muhammad Haikal disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan SUKMA, Sabtu lalu.
Memetik kenyataan dari Majlis Sukan Terengganu, laporan perubatan mengesahkan kematian atlet mereka tersebut berpunca daripada pendarahan dalam kepada, Diffuse Subarachnoid Heamorrhage.
Allahyarham yang berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu difahamkan mengalami kecederaan di dada sebelah kiri akibat ditendang lawan ketika pertandingan berlangsung, sebelum rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu kiraan daripada wasit perlawanan.
Jelas mereka lagi Allahyarham sebelum ini dilaporkan tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.
Pihak mereka masih menunggu laporan penuh kronologi kes dan menjelaskan akan membuat penelitian secara terperinci memandangkan ia adalah tragedi kematian pertama seumpamanya dalam sukan pencak silat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Hishamuddin Karim berkata, ketika ini pihak MSNT masih belum menerima secara terperinci kronologi kes berkenaan.
Menurutnya, insiden itu adalah kes pertama yang berlaku dalam aktiviti sukan silat dan mengejutkan semua keluarga sukan Negeri Terengganu.
“Kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita dan takziah buat ahli keluarga Almarhum Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, pesilat Sukma Terengganu yang disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan ketika perlawanan dalam pertandingan Kejohanan Pra-Sukma di Negeri Sembilan semalam.
“Wan Muhammad Haikal merupakan atlet fasa akhir Sukma Terengganu dan akan bertanding dalam kategori Putra I (85-90 kilogram) dan merupakan atlet sasaran pingat,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Harian Metro.
Harapan yang tinggi Allhayarham Wan Muhammad Haikal dalam sukan silat dapat diperhatikan apabila dia sanggup menolak tawaran ke universiti kerana ingin memberikan sepenuh perhatian mewakili Terengganu ke SUKMA.
Menurut kakak Allayarham, Wan Nor Haslinda tahun lepas adiknya menerima tawaran daripada beberapa universiti awam, namun dia berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda selepas tamat SUKMA.
“Dia memang bersemangat nak masuk SUKMA kerana tahun ini tahun terkahir dia boleh mewakili Terengganu ke SUKMA kerana usianya telah 21 tahun. Namun apakan daya cita-citanya tidak tercapai,” jelasnya kepada BERNAMA.
Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, di sini, kira-kira jam 10 malam semalam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Hans Isaac, satu nama besar yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air, sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 26 Mac 2025.
Pelantikan ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menerusi akaun Instagram rasmi agensi itu.
Kembalinya Hans ke kerusi Pengerusi ini bagaikan satu simbolik kepada kesinambungan perjuangannya dalam memperkasa industri perfileman tempatan.
Pernah menyandang jawatan sama pada tahun 2019, pelakon, pengarah dan penerbit prolifik ini melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2020 selepas menerima surat penamatan kontrak.
Namun, kredibiliti dan komitmen beliau terhadap pembangunan industri seni tanah air tidak pernah dipertikaikan.
Dalam tempoh tiga dekad Hans berada dalam dunia hiburan, beliau bukan sekadar dikenali sebagai pelakon berkarisma tetapi juga tokoh yang membawa visi strategik.
Pelantikannya semula ini juga dilihat sebagai satu langkah berani dan tepat, apatah lagi selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada 17 Mac lalu, yang disandang sejak 2023.
Pelantikan Hans juga berlaku selepas tamatnya kontrak Datuk Kamil Othman sebagai Pengerusi FINAS pada 22 Februari lalu. Datuk Kamil kini diberi tanggungjawab baharu sebagai Penasihat Industri kepada FINAS bermula 17 Mac.
Pengaruh Hans dalam dunia hiburan bukan sekadar dari segi lakonan, tetapi juga dalam membina ekosistem seni yang lebih tersusun, inklusif dan relevan.
Dengan pengalaman luas serta pemahaman mendalam terhadap kehendak industri dan penonton masa kini, harapan besar disandarkan agar beliau dapat mengemudi FINAS ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Nama Penuh: Gerald Hans Isaac Umur: 53 tahun Tarikh Lahir: 20 Ogos 1971 Asal: Kuala Lumpur, Malaysia Kerjaya: Pelakon, Pengarah, Penerbit, Usahawan Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Stamford College Pencapaian:
Pelbagai anugerah lakonan dalam filem dan drama tempatan
Bekas Pengerusi FINAS (2019–2020, 2025–kini)
Bekas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (2023–2025) Fakta Menarik: Hans juga aktif dalam kegiatan amal dan pernah mencuba nasib dalam dunia politik pada PRU14.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan peminat sukan terutamanya olahraga, Irfan Shamsuddin bukan lagi satu nama asing. Malah nama inilah yang sentiasa disebut-sebut mampu mengharumkan nama negara apabila beraksi di pentas antarabangsa.
Pada temasya Sukan SEA yang lalu, Irfan mengesahkan lagi status sebagai jaguh tidak terkalah apabila berjaya mengutip pingat emas bagi acara kegemarannya iaitu lempar cakera. Kejayaannya itu lebih manis lagi kerana ia merupakan kali keenam berturut-turut Irfan berjaya mendapatkan pingat emas di Sukan SEA. Ia merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Namun setiap kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Saban tahun lawan pasti akan bertambah kuat dan cabarannya juga agak berbeza. Namun bagi Irfan perkara seperti inilah yang membuatkannya lebih kompetitif dan memberikan prestasi terbaik.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Irfan Shamsuddin usai tamat kejohanan Suka SEA yang lalu.
1. Pertama sekali tahniah di atas kejayaan pertahankan pingat emas di Sukan Sea. Anda telah 6 kali berturut-turut memenangi acara ini, apakah rahsia sebenar di sebalik kejayaan luar biasa ini?
Terima kasih banyak, adalah suatu penghormatan untuk menang sekali lagi untuk keenam kalinya berturut-turut. Tiada rahsia, tetapi saya ingin berkata bahawa kekal tenang dan fokus yang membantu saya berprestasi dengan baik di SEA GAMES. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan percaya pada saya.
2. Dengan kemenangan berturut-turut ini, adakah anda menganggap Sukan Sea sebagai salah satu medan atau kejohanan pemanas badan untuk kejohanan lebih tinggi?
Tanpa ragu, Sukan SEA sentiasa menjadi cara yang baik bagi saya untuk memulakan pertandingan setiap tahun, ia membantu saya memulakan musim dengan baik.
Saya dapat melihat apa yang boleh diperbaiki dan dilakukan dengan lebih baik bagi pertandingan yang akan datang. Belajar dari kesalahan saya dan memastikan mereka tidak berulang. Saya sangat bersemangat untuk pertandingan yang akan datang tahun ini.
3. Apakah perbezaan atau cabaran yang anda hadapi untuk temasya Sukan Sea baru-baru ini?
Tanpa ragu, cabaran terbesar dan kekecewaan yang mendalam bagi saya berlaku apabila salah seorang pegawai dengan silap mengangkat bendera merah bukannya bendera putih semasa lemparan pertama saya.
Saya yakin bahawa lemparan itu merupakan rekod Sukan SEA kerana saya melihat cakera saya hampir ke garisan 60m. Namun, sungguh malangnya pencapaian saya tidak dianggap. Sasaran saya adalah untuk mencapai garisan 60m dan saya tahu ia adalah mungkin tetapi disebabkan kesilapan ini, ia membuat saya berasa kecewa dan tidak gembira dengan hasil saya. Lemparan pertama akan sentiasa menjadi lemparan terbaik saya, memberikan lemparan yang paling kuat dan tidak diberi pengiktirafan amat mengecewakan.
4. Apakah rahsia persiapan anda sebelum berdepan kejohanan besar seperti Sukan Sea atau pertandingan antarabangsa?
Adalah sangat penting bagi saya untuk meluangkan sekurang-kurangnya satu hari setiap minggu untuk berehat dan pulih. Ketika ini, saya mengutamakan melibatkan diri dalam aktiviti harian biasa saya dan, yang paling penting, menghargai masa bersama orang yang saya sayangi.
Menjaga kebajikan fizikal saya memegang kepentingan yang besar dalam hidup saya. Ini melibatkan mengekalkan aktiviti fizikal yang konsisten dan latihan untuk mengoptimumkan prestasi saya, dan saya beruntung menerima sokongan daripada Under Armour dengan peralatan yang luar biasa.
Untuk menyokong rutin latihan saya, saya melawat seorang fisioterapis 2-3 kali seminggu dan menggabungkan mandian ais yang menyegarkan selepas sesi latihan tertentu. Apabila saya menghadapi pertandingan, saya sedar akan kepentingan mencapai ketenangan mental. Untuk mencapai ini, saya menyesuaikan sesi latihan saya untuk mencapai keseimbangan antara kesan ringan tetapi berkesan.
Selain itu, saya memberikan keutamaan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebagai komponen penting dalam menguruskan kesihatan fizikal dan mental saya menjelang pertandingan. Saya teguh berkeyakinan bahawa tidur malam yang berkualiti adalah sangat penting, kerana sebarang kompromi dalam kualiti tidur boleh memberi kesan buruk terhadap prestasi saya semasa pertandingan.
5. Dari persiapan latihan berdepan kejohanan seperti ini, apakah pakaian atau perlengkapan yang anda gunakan?
Sebagai Duta Under Armour, saya sentiasa terkesan dengan teknologi inovatif yang terdapat dalam kelengkapan latihan mereka. Salah satu koleksi yang memukau saya adalah koleksi UA RUSH™. Apa yang benar-benar menakjubkan tentang koleksi ini ialah penggunaan fabrik UA Rush™ yang menangkap tenaga yang dihasilkan oleh badan anda semasa berlatih dan mengubahkannya menjadi tenaga inframerah.
Tenaga ini kemudian dipantulkan kembali ke dalam badan anda, memberi anda daya untuk mendorong diri anda lebih jauh dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Koleksi UA RUSH™ mencerminkan pendekatan canggih yang diusung oleh Under Armour dalam produk mereka.
6. Dari segi kerja berpasukan dan keakraban bersama atlet dan jurulatih, adakah ia merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan anda menjadi realiti?
Sebagai duta yang bangga bagi Under Armour yang menghayati semangat “Protect This House saya percaya dengan teguh akan kepentingan kerjasama kerana ia membentuk satu sistem sokongan untuk semua individu di trek.
Sokongan yang diberikan oleh pasukan saya dan jurulatih membantu saya mengatasi pelbagai cabaran, dari segi mental dan fizikal. Melalui sesi latihan bersama, kami berlatih bersama dan sedar akan perjuangan setiap individu, mencipta persekitaran yang positif dan membantu kami untuk mengekalkan kesediaan mental dalam persaingan kami.
7. Apakah sasaran anda seterusnya?
Matlamat saya adalah untuk mencapai jarak yang lebih jauh, dengan sasaran mencapai 60 meter ke atas. Secara ideal, saya mengarah untuk mencapai jarak kira-kira 62 meter ke atas. Ini akan membantu mengukuhkan lagi sesi latihan saya dan mengesahkan segala usaha keras yang telah saya lakukan, pada akhirnya mempersiapkan saya untuk pertandingan-pertandingan akan datang.
8. Sebagai Raja Lempar Cakera ASEAN, anda telah menjadi idola dan inspirasi kepada atlet-atlet muda. Apakah nasihat yang boleh anda kongsikan kepada mereka?
Nasihat saya kepada atlet muda adalah untuk mendekati segala sesuatu dengan kasih sayang dan semangat. Jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik dan berlatih dengan tekun. Terima kesilapan sebagai peluang pembelajaran dan jangan biarkan mereka merosakkan semangat anda.
Sebaliknya, abaikan mereka dan berikan yang terbaik, sambil tetap terbuka terhadap nasihat. Jika sesuatu tidak membawa kebahagiaan, mungkin lebih baik untuk dipertimbangkan semula.
Apabila anda benar-benar menikmati dan mencintai apa yang anda lakukan, ia akan terpancar secara semula jadi dalam prestasi anda. Berpartisipasilah dengan bebas dalam pertandingan tempatan dan antarabangsa.
Ingatlah, permulaan perjalanan anda seringkali paling sukar, jadi jangan pernah menyerah, walaupun kemajuan pada awalnya terasa perlahan. Dan seperti motto Under Armour, ‘Lindungi Rumah Ini,’ kelilingkan diri anda dengan pasukan yang betul dan jadilah rakan sepasukan terbaik yang anda mampu. Nikmatilah setiap langkah perjalanan.
9. Atlet berpengalaman luas seperti anda mungkin tiada masalah berdepan perasan gugup atau memikul tekanan yang besar di atas bahu. Ketika beraksi apakah perkara paling penting perlu berada di dalam minda?
Jika saya berasa gementar, ia akan kelihatan. Masa sebelum lemparan saya adalah penting; pemanasan yang baik dan beberapa waktu sendirian adalah penting. Saya perlu menjaga keadaan ketenangan pada setiap masa, dengan mengingat gambaran yang lebih besar. Apa yang terjadi, akan terjadi. Saya perlu sentiasa fokus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.