Siapa sangka, penyanyi dan pelakon terkenal Naim Daniel pernah mencuba bermain permainan popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), namun hanya bertahan selama tiga hari sahaja!
Ketika ditemui di Carnival MLBB M6 x Astro Showcase di KL Sports City, Bukit Jalil, Naim berkongsi pengalaman lucunya itu.
“Saya cuba main MLBB tiga hari je, lepas tu terus give up sebab tak biasa main kat telefon,” katanya sambil ketawa.
Carnival MLBB M6 x Astro Showcase, Gabungan Esports dan Hiburan
Naim Daniel adalah salah satu daripada barisan artis yang memeriahkan Astro Showcase di Carnival MLBB M6, sebuah acara yang berlangsung dari 13 hingga 15 Disember di KL Sports City.
Bersama artis lain seperti Hael Husaini, Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat, Wanie Kayrie, Dolla dan ramai lagi, Naim menjadi sebahagian daripada gabungan Esports dan hiburan yang membawa pengalaman unik kepada pengunjung.
Ads
Selain menyaksikan pertandingan MLBB yang mendebarkan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di booth seperti Hotlink dan Todak.
Foto : Remaja
Esports Kini Jadi Platform Masa Depan
Walaupun tidak terus berkecimpung dalam permainan ini, Naim tetap mengakui bahawa perkembangan dunia esports sekarang sangat membanggakan.
“Ini adalah satu perkara yang baik dalam Esports terutama untuk anak muda. Mereka yang wakil Malaysia bukan datang kosong, tetapi membuahkan hasil. Contohnya, pasukan seperti SRG menunjukkan bahawa Esports boleh jadi sumber pendapatan yang lumayan”, katanya.
Ads
Naim turut mengulas bahawa sokongan ibu bapa terhadap anak-anak yang berminat dengan Esports adalah penting, lebih-lebih lagi dalam era moden ini.
“Kalau dulu main game dianggap buang masa, sekarang dunia dah berubah. Esports bukan saja tempat berseronok, tapi juga ‘healthy environment’ untuk anak muda berkembang”, ujarnya.
Ads
Nasihat Naim kepada Anak Muda dalam Dunia Esports
“Belajar pandai-pandai, habiskan sekolah dan kalau boleh teruskan pengajian. Jadikan minat bermain ini sebagai hobi, tapi jangan lupa sediakan ‘backup plan’. Penting untuk seimbangkan pendidikan dan minat”, katanya.
Jadi, bagi peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan hiburan, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Carnival MLBB M6 x Astro Showcase.
Bermula 13 hingga 15 Disember ini, ayuh kita memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga dan kawan-kawan anda!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan Piala Dunia 2022 yang berlangsung kini merupakan antara edisi yang paling dramatik. Pasukan-pasukan dari Asia terutamanya telah membuktikan mereka mampu menewaskan lawan yang lebih gah dari Eropah dan juga Amerika Selatan.
Sebagai contoh pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi bola sepak yang juga bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol. Mereka mencatatkan sejarah tersendiri dengan kemenangan tersebut yang turut menyaksikan Jepun layak ke pusingan kalah mati.
Namun perjalanan mereka di Piala Dunia 2022 terhenti selepas perlawanan menentang Croatia semalam berpihak kepada pihak lawan. Jepun berjaya mengheret finalis pada tahun 2018 hingga ke penentuan sepakan penalti.
Foto: Getty Image
Nasib tak menyebelahi mereka apabila tewas dengan penentuan penalti 3 gol berbalas 1. Walaupun berdepan dengan kekalahan yang cukup menghampakan namun Jepun terus menonjolkan sifat disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Terbaru telah tular di mana skuad Samurai Biru tersebut meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dengan momen yang cukup menarik. Selain keadaan bilik persalinan yang sangat bersih pasukan Jepun turut meninggalkan nota terima kasih berserta origami istimewa sebagai hadiah kepada penganjur.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara yang cukup menyentuh perasaan ini. Selepas kemenangan menentang Jerman juga mereka turut meninggalkan nota yang lebih kurang sama.
Manakala dalam nota ucapan terima kasih terbaru ini ditulis dalam bahasa Arab dan Jepun ditinggalkan di bilik persalinan stadium tersebut. Walaupun kalah, pasukan Jepun telah memenangi hati ramai peminat bolasepak seantero dunia.
Tahniah Jepun. Anda membanggakan Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami merupakan orang yang paling dekat dengan isteri. Maka si suami kena ambil berat bila isteri menunjukkan tanda-tanda nak stress. Bukan apa, bahaya bila isteri mulai stress ni, kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kesihatan dan kecantikan dalaman mahupun luaran seorang isteri. Para suami mohon take note!
Ini perkongsian ilmu daripada Doktor Taufiq Razif tentang kesan buruk stress kepada si isteri.
Stress buat kerja rumah ni bukan tekanan yang direka reka ataupun sebab isteri kita manja. Bukan!Ianya satu tekanan yang emosi yang sangat mendera kalau pasangan kita jenis tak memahami dan tak membantu. Saya pernah terduduk rebah bila terpaksa jadi surirumah masa isteri saya berpantang anak pertama dulu. Stress menguruskan rumahtangga ni tak ramai suami yang sanggup tahan!
Sampai sekarang saya faham kalau isteri saya mengadu kepenatan jaga anak sebab saya dah rasainya sendiri dulu. Tu yang saya kadang-kadang bagi je peluang isteri ber-‘me time’ dengan hobi menanam orkid kesayangannya tu.
Buat la apa pun sayang, asalkan kurang stress tu!
Kenapa saya tak nak isteri saya stress?
Saya tahu efek stress ataupun tekanan emosi ni akan memakan diri pasangan kita secara fizikal dan juga mental. Kalau tak percaya cuba tengok efek stress ataupun tekanan emosi ni pada pasangan kita sendiri.
1. Haid Jadi Tak Teratur
Perasan tak kadang-kadang haid si dia jadi tak teratur dan kacau bilau? Mungkin isteri kita tengah stress la tu! Ikut kajian, stress yang akut ataupun kronik boleh membuatkan hormon tubuh menjadi tak stabil.
2. Rambut Gugur
Stress pada emosi dan psikologi boleh membuatkan rambut beransur ansur masuk ke fasa keguguran. Stress pada tahap tertentu boleh menyebabkan isteri kita mengalami Tellogen Effluvium! Stress melampau ni akan menyebabkan folikel rambut masuk kepada fasa berehat. Dalam beberapa bulan kemudian, rambut boleh tiba-tiba je gugur waktu menyikat dan waktu tengah mandi!
3. Jerawat Naik
Stress ataupun tekanan emosi memang akan meningkatkan hormon cortisol dalam tubuh badan pasangan kita. Hormon ni la nanti yang akan menyebabkan kalenjar minyak pada wajah si dia merembeskan lebih banyak minyak. Tanpa sedar, wajah isteri kita jadi makin berminyak dan penuh jerawat!
4. Cepat Gemuk
Bila isteri gemuk je kita salahkan diorang kan? Padahal mungkin isteri kita naik berat badannya sebab tengah menahan stress yang melampau!
– Hormon cortisol yang keluar ketika isteri kita tengah stress menyebabkan metabolisma badan jadi makin menurun! Bukan tu je, stress yang melampau juga boleh menyebabkan selera makan bertambah dan juga “sugar cravings ”.
5. Kurang Subur
Kajian terkini mengatakan wanita yang tinggi enzim alpha-amylase mempunyai kesukaran untuk mengandung. Lebih mengejutkan lagi, enzim alpha-amylase tu dikaitkan dengan stress! Wanita yang mempunyai enzim ni pada kitaran haidnya dalam jumlah yang tinggi akan 12% lebih kurang peluang untuk hamil dibandingkan dengan wanita lain! Ni la kenapa saya tak nak isteri saya stress sangat. Saya tahu kalau betul la saya nak isteri saya cantik dan sihat luaran dan dalamannya saya kena pastikan tahap stress isteri saya berada dalam keadaan yang terkawal.
Hidup rumahtangga mana la yang tak stress kan? Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai suami ni la yang kena ringankan bebanan tekanan tu bersama-sama isteri kan. Baru la orang kata ‘ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘ dan bukannya ‘ awak yang pikul, awak yang jinjing ‘.
Tolong ajar dan sebarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing ye. InsyaAllah rumahtangga yang harmoni datang daripada pasangan yang memahami.
Sumber: Taufiq Razif/Mingguanwanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidur bersama pasangan yang halal adalah salah satu nikmat perkahwinan. Pastinya bagi yang sudah lama mendirikan rumahtangga, bermacam-macam gaya tidur dan pelukan dilakukan. Adakah anda terfikir apakah makna setiap gaya pelukan dan tidur?
1. Peluk Dari Belakang
Juga dikenali sebagai spooning, pelukan ini membuatkan pasangan anda merasa selamat kerana anda memberikan perlindungan, tenaga dan jaminan kepadanya. Sebelah tangan anda erat memeluk bahagian depan badannya manakala satu lagi tangan di bahagian bawah bahu akan membuatkan si dia yakin dengan kasih sayang anda.
2. Berdepan Satu Sama Lain
Cara pelukan begini menunjukkan tahap kemesraan atau keintiman yang tinggi. Dengan posisi dada terdedah di antara satu sama lain memberi isyarat yang anda dan pasangan mahu jujur dan berterus terang. Posisi ini amat disukai wanita kerana dia dapat merenung tepat ke dalam mata anda.
3. Badan Bersilang
Berpelukan sebelah menyebelah atau intertwining seakan-akan bergabung menjadi satu. Anda melihat pasangan anda sebagai individu yang mempunyai hak yang sama rata seperti anda. Pasangan anda dianggap sebagai seorang rakan dan tidak semata-mata sebagai kekasih atau isteri.
4. Baring Atas Dada
Pasangan anda meletakkan harapan pada anda untuk melindungi dan mengasihinya. Dia berasa selesa dan selamat di dalam pelukan anda. Jika kepala si dia berada di atas dada anda, ini bermaksud yang anda dalam posisi raja dalam sebuah perhubungan di mana ia menunjukkan kekuatan dan kehebatan anda sebagai tunjang dalam perhubungan.
5. Membelakangkan Satu Sama Lain
Posisi ini tidak bermakna yang anda bergaduh atau tidak mempedulikan pasangan. Ini bermaksud yang anda mahukan ruang peribadi sendiri tetapi masih mahu kekal bersentuhan antara satu sama lain. Meskipun hanya sedikit sahaja badan yang bersentuhan secara fizikal, ia juga melambangkan cinta dan ia menunjukkan hubungan anda dan dia masih di landasan yang sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.