Buat penggemar kasut atau sneakers terutamanya jenama Vans pastinya sudah tidak asing lagi. Jenama kasut dan pakaian yang sinonim dengan sukan papan selaju tersebut kini turut menjadi ikon fesyen streetwear yang cukup berpengaruh dalam budaya popular.
Jadi tidak hairanlah mengapa kasut dari Vans sentiasa menjadi pilihan ramai dalam penggayaan mereka.
Terbaru timbul kontroversi melibatkan jenama fesyen MSCHF yang berkolaborasi bersama rapper, Tyga mengeluarkan kasut diberi nama ‘Wavy Baby’. Walaupun ia masih lagi belum dipasarkan namun ia sudah diuar-uarkan dengan begitu rancak sekali di laman media sosial.
Ads
Sekali imbas pun kita sudah dapat agak kasut tersebut banyak mendapat pengaruh rekaan dari model Vans Ol Skool yang dikeluarkan oleh Vans. Diperkenalkan pada 6 April lalu dan dijangka dipasarkan pada 18 April, kasut dari MSCHF tersebut dihasilkan dari idea Tyga yang turut memperagakan kasut tersebut menerusi muzik videonya, ‘Freaky Deaky’.
Kasut ‘Wavy Baby’ tampil dengan rekaan tapak yang unik dengan bentuk beralun dan agak sedikit pelik. Namun persamaannya masih dilihat agak ketara dengan kasut Vans yang disebut di atas.
Ads
Dalam perkembangan terbaru, Vans telah memfailkan saman terhadap mereka berikutan pengenalan kasut Wavy Baby. Memetik laporan dari Highsnobiety, Vans menghantar surat tuntutan ‘cease and desist’ kepada MSCHF. Menurut MSCHF, Vans telah mengemukakan tuntuan 50% keuntungan.
Tuntutan Vans
“Bagi memastikan Wavy Baby untuk drop live. mereka menawarkan beberapa terma dan syarat spesifik di antaranya ialah separuh dari keuntungan dan empat pasang kasut. Mereka juga mengatakan mereka bersedia untuk berjumpa bagi kolaborasi akan datang,” jelas MSCHF.
Jelas mereka lagi, ‘Wavy Baby’ merupakan simbol kepada ‘complete distortion’ kepada satu objek dan menjadi material trend unik.
Walau apapun diharapkan kedua pihak dapat menyelesaikan klaim ini dengan sebaik mungkin. Rata-rata penggemar kasut atau sneakerhead dilihat menganggap perkara ini secara tidak langsung memberikan lebih banyak promosi dan pendedahan terhadap kasut kontroversi tersebut.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Satu pasukan doktor Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan pemindahan alat sulit dan skrotum pertama di dunia. Pakar bedah di Hospital Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, melakukan pembedahan itu ke atas seorang askar yang cedera dibom di Afghanistan.
Ini adalah pembedahan pertama dilakukan kepada askar tempur yang cedera semasa bertugas dan yang pertama untuk memindahkan sekumpulan tisu lengkap termasuk skrotum dan di sekitar abdomennya.
Doktor berkata, testis tidak dipindahkan kerana pertimbangan etika.
“Walaupun amputasi ekstrem boleh dilihat dan kecacatan jelas,” kata Dr WP Andrew Lee, ketua Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Universiti Johns Hopkins, semasa taklimat.
Keluarga-keluarga askar telah berkongsi cerita tentang kecederaan oleh askar-askar sehingga menyebabkan mereka hilang identiti, harga diri dan masalah dalam hubungan seksual.
Askar berkenaan, dalam satu kenyataan berkata: “Ketika mula-mula tersedar dan bangun, saya rasa kembali normal. Saya dalam keadaan baik sekarang”.
Mangsa mengalami kecederaan selepas terpijak bom ketika bertempur di Afghanistan.
Sumber : Sinar harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama saya Muhammad Syairiezuwan Aizat b Alias, 25tahun. Dikenali sebagai coach Syai Aizat. Berpengalaman dalam bidang fitness dan pemakanan hampir 5 tahun.
APA TUGAS ANDA DALAM DUNIA KECERGASAN?
Tugasan saya adalah lebih kepada mendedahkan ilmu pemakanan untuk jadi kurus. Sebab selama saya menjadi seorang gemuk dan guide orang yang mempunyai masalah berat badan, saya dapati ramai yang hanya fokus pada senaman semata mata untuk kurus, sedangkan untuk kurus ada satu rahsia yang besar dan sangat mudah untuk orang itu kurus, iaitu dengan pemakanan yang betul. Jaga makan tu bukan la berlapar atau makan makanan yang membosankan, tetapi makan dengan makanan yang betul supaya anda boleh lakukan diet tersebut berpanjangan.
APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH?
Apa yang membuatkan saya ingin berubah menjadi kurus adalah kerana pada usia kecil lagi saya dibuli dengan panggilan “gemuk”,cara layanan orang terhadap saya sangat berbeza berbanding dengan orang yang kurus,yela orang gemuk nak lari tak boleh,dikategorikan sebagai busuk dan banyak tomahan yang saya terima pada usia muda lagi.
Saya berfikir “apa kalau jadi kalau saya kekal jadi gemuk sampai mati” adakah hidup ni tak boleh nak ubah? Saya pernah terbaca satu ayat ni “kita sebagai manusia Allah berikan satu kelebihan iaitu kita mampu membuat pilihan”,menjadi gemuk tu pun sebenarnya satu pilihan. Bermula daripada haritu saya start pilih untuk tidak dibuli lagi dengan ejekan yang tidak menyenangkan dan saya pilih untuk menjadi kurus dan paling penting sihat.
PERNAH ALAMI MASALAH PENYAKIT SEBELUM INI?
Selama saya menjadi seorang gemuk alhamdulilah saya tidak ada masalah kesihatan tetapi cepat penat tu selalu. Bayangkan saya berumur 12tahun,mempunyai berat badan 85kg dan size pinggang dalam 39 hampir ke 40 dengan ketinggian yg rendah. Ia sangat memenatkan badan saya setiap hari.
WHAT ARE YOUR GOALS
Matlamat saya masa dahulu adalah untuk melihat badan saya kurus sampai bila bila.Tetapi selepas saya berjaya kuruskan badan ni saya sedar yang sebenarnya saya lagi seronok melihat orang lain yang mempunyai masalah berat badan macam saya juga dapat merasakan apa yang saya rasa sekarang. Bila kurus ni sebenarnya kita rasa macam lahir ke dunia semula dengan roh yang sama tetapi jasad yang berbeza. Cara layanan orang terhadap kita juga sangat berbeza
Ada hikmah juga saya pernah gemuk dulu.Dengan ilmu yang ada saya manfaatkan untuk mengajar macam mana pemakanan yang betul dan juga bagaimana nak jaga emosi apabila nak jadi kurus kepada semua orang melalui medium video info kurus saya di ig:syai.aizat dan fb page SYAI AIZAT.
MENU CADANGAN?
Menu cadangan untuk kurus ini sebenarnya mudah sahaja. As long anda punya pemakanan cukup 3 portion ni,insyallah boleh kurus iaitu mempunyai carbohydrate,fiber dan protein. Tetapi sudah tentu kena follow portion yang betul .Pastikan ada coach atau dietitians yang boleh guide anda supaya anda tidak melakukan kesilapan yang berulang kali untuk menjadi seorang yang kurus
BAGAIMANA ANDA MENDAPATAKAN BENTUK BADAN SEPERTI SEKARANG
Diet dan workout yang betul. Nak jadi kurus tu mudah je tetapi nak maintain tu je yang susah. Sebab itu kita perlu makan menu diet yang sihat dan mudah supaya kita boleh maintain dengan pemakanan itu sampai bila bila.
BERAPA LAMA PROSES TRANSFORMASI INI?
Saya mengalami masalah kegemukan ni 2 kali iaitu pada umur 10-14tahun saya overweight 30kg.Untuk turunkan 30kg ni saya mengambil masa 3 bulan.
Manakala pada umur saya 21tahun saya gain weight balik dan overweight sebanyak 12kg dan untuk turunkan 12kg ni saya ambil masa 5minggu. Paling best kalau anda diet dengan betul,ia tidak stres pun sebenarnya
PANDANGAN MASYARAKAT BILA PERTAMA KALI MELIHAT PERUBAHAN DIRI ANDA?
Selepas saya kurus kebanyakkan orang tidak mengenali saya.Ada yang terkejut ada juga yang reject say dulu nak saya balik.Hehe tak adelah gurau je.Tapi perubahan yang sangat ketara adalah layanan dari segi hormat tu sangat berbeza. Saya sedih bila teringat semasa saya gemuk banyak kata hinaan yang saya terima berbanding pujian. Mungkin tak perlu pujian pun tapi perlukan penghormatan pun dah cukup.
CABARAN TERBESAR DEMI MENDAPATKAN DAN MENGEKALKAN BENTUK BADAN SEPERTI INI?
Cabaran tebesar untuk mengekalkan berat badan ni adalah makanan fast food. Makanan fast food adalah makanan kegemaran saya. Semasa saya gemuk saya mampu makan pizza yang size large 3 kotak, yes tak tipu. Apa yang saya fikir alangkah bahagianya diri saya dan makanan. Tak ade awek pun tak pe janji makanan anda
Tapi sebabkan kita nak berubah then kita kena do what ever it take. Sebab saya percaya “if u want something that u never had,u must do something that u never did”.So saya nak kurus then perlukan pengorbanan. Sebab at the end of the day, pengorbanan itu untuk body kita juga. Bukan orang lain kan?
BERAPA KALI SEMINGGU ANDA KE GIM
saranan adalah 3kali seminggu.Tetapi tengok juga masa kalau sibuk saya akan bersenam dirumah sahaja.
APA ANDA LAKUKAN UNTUK TERUS ADA MOTIVASI?
Saya sentiasa membuat azam baru.Renew goal setiap bulan dan tahun ni sangat penting supaya anda tidak terbabas daripada matlamat anda yang anda impikan. Sebab cuba bayangkan alangkah ruginye anda dah kurus tahun ni. Tapi tahun depan anda gemuk semula. Jadi renew goal adalah satu habit yang bagus untuk sAya maintainkan matlamat saya
APA MAKANAN YANG HARUS LELAKI ELAKKAN UNTUK MEREKA YANG BARU BERMULA?
Apa yang makanan perlu anda elakkan sekiranya nak kurus adalah “gula”.Tapi ramai yang tak sanggup tinggalkan gula sebab dah sebati dengan diri kita.Gula ni ada satu sifat yang agak bahaya iaitu ia bersifat ketagih. Sekiranya kita tak dapat gula maka kita akan start tak duduk diam.Tapi jangan risau cuba anda elakkan atau kurangkan. Anda akan nampak result yang sangat ketara pada badan anda dalam masa 1 ke 10 hari sahaja
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda pengguna tegar laman media Instagram, MASKULIN rasa anda pasti sudah terdegar tentang kontroversi melibatkan ikon fesyen popular tempatan, Wak Doyok yang dikatakan telah menggunakan lambang peribadi institusi diraja Johor.
Sebelum itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah menegur dan meminta penjelasan daripada Wak Doyok menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Tunku Idris berkongsi foto sebentuk cincin yang menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Dan cincin tersebut dikatakan telah ditempah oleh Wak Doyok.
Buat pengetahuan semua, Johor telah mula menguatkuasakan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Menerusi enakmen tersebut tindakan undang-undang terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah milik Diraja untuk tujuan pekerjaan, persendirian atau perdagangan boleh dikenakan.
Susulan daripada itu, Wak Doyok telah tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan.
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.
“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan.
“Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah Diraja,” jelasnya menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram kendaliannya.