Susulan kekecewaan gagal membeli nombor plat menerusi sistem bidaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid kerana dipintas pembeli hantu (scalper), Sharnaaz Ahmad akhirnya berjaya membeli nombor plat yang diidamkan.
Perkara itu diumumkan pelakon itu menerusi hantaran video di laman instagramnya hari ini.
“Hari ini Mamu (merujuk dirinya) nak buktikan yang sebenarnya Mamu lawan dengan scalper. So, Mamu menang, Alhamdulillah,” katanya menerusi video itu.
Meskipun kesal dengan golongan scalper, namun Sharnaaz memahami yang golongan itu hanya mahu mencari rezeki.
Ads
Bagaimanapun, beliau berpesan kepada mereka agar tidak berlebih-lebihan walaupun mencari rezeki
“Tak semua orang nak kena beli dekat hangpa (scalper) yang dah registered number, faham tak?
“Ada setengah orang kena beli unregistered number kalau dia nak beli kereta second-hand. Dia tak boleh beli number yang dah ada dekat motor ke, yang hang dah beli.
Ads
“You want to cari makan, go ahead cari makan. It’s okay, tiada masalah. Tapi biarlah berpada-pada,” tambahnya.
Terdahulu, media melaporkan yang Sharnaaz meluahkan rasa kecewa gara-gara cubaannya membida nombor plat yang diidamkan telah dipintas oleh scalper.
Apa yang membuatkan pelakon yang terkenal dengan panggilan Mamu itu berang adalah scalper terus bertindak menjual nombor tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi tidak lama selepas memenangi nombor tersebut.
Ads
Apa itu ‘scalper’?
Scalper merujuk kepada golongan yang membeli sesuatu bertujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang jauh lebih tinggi kerana ingin mengaut keuntungan yang berlebihan.
Golongan ini juga turut aktif menjalankan operasi ketika penjualan tiket bagi acara-acara yang diminati ramai seperti konsert selebriti antarabangsa.
Tindakan mereka dianggap menyusahkan ramai pihak memandangkan mereka telah menutup peluang orang lain yang ingin membeli perkara yang sama dengan cara yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menabung sering dianggap sebagai tugas yang sukar, tetapi dengan perancangan rapi dan disiplin, anda boleh mencapai matlamat kewangan anda.
Tahun 2025 boleh menjadi titik permulaan bagi anda untuk menyimpan RM5,000, walaupun dengan pendapatan sederhana. Artikel ini akan memberikan formula mudah dan langkah praktikal untuk membantu menabung dan mencapai sasaran tersebut.
Menabung adalah asas untuk kestabilan kewangan. Dengan tabungan RM5,000, anda boleh:
Untuk mengumpul RM5,000 dalam tempoh 12 bulan, anda hanya perlu menyimpan secara konsisten setiap bulan. Berikut adalah formula asas:
Jumlah Simpanan Bulanan = Matlamat Tabungan ÷ Jumlah Bulan
Dalam kes ini:
RM5,000 ÷ 12 bulan = RM417 sebulan
Sekiranya anda ingin mengurangkan beban, anda boleh membahagikan tabungan kepada mingguan:
RM5,000 ÷ 52 minggu = RM96 seminggu
Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk memastikan tabungan anda berjalan lancar:
Menyimpan wang memerlukan komitmen, tetapi ganjarannya amat berbaloi. Setiap kali anda mencapai sasaran bulanan, raikan pencapaian kecil anda sebagai motivasi untuk terus berusaha.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan tahun 2025 menjadi tahun yang penuh dengan kestabilan kewangan. Pastikan anda bermula sekarang dan jadikan menabung sebagai tabiat berterusan.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Usia 20-an dianggap sebagai usia kritis dalam proses menjadi lebih dewasa dan mengasah diri memiliki peribadi matang. Ia dapat diuji dalam alam pekerjaan yang ternyata mencabar. Namun, ramai tersilap percaturan sehingga akhirnya akan membawa kemudaratan. Maskulin rungkaikan 7 kesilapan besar ketika bekerja yang biasa dilakukan kebanyakan orang pada usia 20-an.
1- PENDIDIKAN SUDAH MENCUKUPI?
Ramai beranggapan bahawa memiliki taraf pendidikan tinggi sudah cukup untuk membawa kita ke tahap kegemilangan dalam kerjaya. Segulung ijazah mahupun Master sudah membuatkan anda riak. Untuk kes-kes terpencil, mungkin ya tetapi tidak semua. Akuilah, taraf pendidikan saja tidak mencukupi.
Zaman kini bukan lagi seperti dulu iaitu mereka yang berpendidikan tinggi dipuja dan dicari. Pendidikan tinggi haruslah diselangi dengan elemen lain bagi mengukuhkan personaliti dan masa depan anda; bakat, skil komunikasi, tahap disiplin yang tinggi serta keupayaan untuk berfikiran kreatif. Semua ini perlu ada.
2- TIDAK MENABUNG
Mungkin kerana usia yang dianggap muda dan masih di bawah tajaan ibu dan bapa. Pada usia 20-an, kebanyakan daripada kita mengambil ringan soal menabung. Duit hasil daripada titik peluh bekerja banyaknya dilaburkan untuk keseronokan semata. Ini silap.
Kajian yang dilaporkan di laman kerjaya Bankrate.Com mendapati hampir 69% pekerja muda langsung tidak menyimpan atau mempunyai dana simpanan untuk hari tua kelak. Sewajarnya, daripada usia mudalah kita perlu menyimpan agar hasilnya banyak pada masa depan.
3- ABAIKAN KESIHATAN
Atas alasan diri masih muda dan jarang dihinggapi penyakit, kesihatan bukanlah keutamaan utama bagi anda yang berusia 20-an. Selain tidak menjaga kesihatan, ada yang lebih mudah untuk membiarkan diri terdedah dengan pelbagai gejala memberi efek pada kesihatan. Contohnya merokok, meminum arak, seks bebas, mengambil dadah, makan makanan ringan dan sebagainya.
Apa yang pasti, pada saat anda berada di usia 20-an, anda perlulah memberi perhatian serius akan kesihatan fizik dan mental. Jika dari muda sudah mengabaikan kesihatan, bagaimana nanti jadinya di usia tua?.
4- MUDAH MENYERAH
Walaupun pada usia ini, kebanyakan daripada kita mempunyai daya kekuatan dan mudah untuk memberontak, tidak semuanya punya kekuatan dari segi daya tahan menghadapi sesuatu dugaan mahupun cabaran di alam kerjaya. Kebanyakan daripada kita kerap dipandu oleh mainan emosi dan membiarkan emosi mengawal tingkah.
Hasilnya, kebanyakan anda berusia 20-an mudah marah, sensitif, cepat memberontak akan isu kecil dan akhirnya menyerah begitu saja. Sayang bukan? Oleh itu, kawal emosi dalam setiap keputusan yang dibuat dan pelajari setiap satu pengalaman yang dikutip.
5- SELALU BERDENDAM
Saat anda baru sahaja memulakan kerjaya, pastinya anda sentiasa dituntut untuk menyenangkan hati ramai pihak. Contohnya pihak atasan, bos, rakan kerja, pelanggan, dan semua orang. Itu hakikat yang perlu anda terima seadanya. Namun ia bukannya mudah.
Pada akhirnya nanti, apa saja yang anda cuba lakukan pasti berakhir dengan sikap tidak puas hati, dendam, cemburu dan sebagainya. Akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagai orang muda, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu ambil pusing mengenai perihal ini. Just be yourself and do your job.
6- KONSEP ‘HITAM PUTIH’
James Altucher, seorang penulis dan pelabur berjaya berpendapat bahawa kebanyakan mereka yang berusia 20-an mula terjebak dalam kemutlakan hitam dan putih di alam pekerjaan. Pada usia 20-an adalah lebih senang melihat segalanya hanya dari satu sisi mahupun sudut saja. Padahal wujud banyak lagi elemen sudut pandang dan perspektif baru yang boleh membawa kita ke arah jaya.
Oleh itu, luaskan pandangan dan jangan hadkan pemikiran anda. Sentiasa terbuka untuk mencuba kepelbagaian peluang dan jalan baru yang boleh mengembangkan lagi potensi anda.
7- WANG ADALAH SEGALANYA
Pada usia 20-an, pastinya ramai daripada kita cukup bersemangat untuk mengumpulkan wang dan harta sebanyak mungkin. Ini kerana terpengaruh dengan segala macam teknologi, kemudahan dan sebagainya. Ia hanyalah untuk kesenangan jangka singkat.
Dek kerana terlalu mengejar pekerjaan dan mencari wang demi kesenangan, anda juga di antara kita mula lupa akan kepentingan lain. Antaranya perhubungan erat keluarga, kasih sayang antara sahabat dan lain-lain. Akibat terlalu tamak dengan harta di dunia, sehinggalah anda mengabaikan nilai-nilai lain yang perlu juga diutamakan.
8- DESAKAN KAWAN-KAWAN
Pastinya apabila kita memasuki alam pekerjaan yang baru, pelbagai jenis manusia akan ditemui dengan ragam masing-masing yang sukar untuk dikenal pasti pada awal pergaulan. Ini antara kesilapan utama mereka yang berumur 20an.
Mungkin sukar untuk mereka memilih kerana dek atas alasan ingin fit in dengan rakan-rakan lain. Anda dengan mudah membiarkan diri dipengaruhi untuk melakukan apa saja yang boleh memberi efek pada kerjaya. Jadi, berhati-hati dengan siapa anda berkawan.
9- CULTURE SHOCK
Budaya kerja yang kekok dan tidak masuk dengan jiwa menyukarkan seseorang pada usia muda seperti 20-an khususnya untuk mengadaptasi situasi. Bayangkan, jika sebelum ini hanya duduk sebumbung dan di bawah jagaan serta suapan orang tua, anda mungkin mudah untuk dijangkiti sindrom popular iaitu kejutan budaya. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri, kelak pastinya anda akan mengalami kesukaran sama di tempat lain. Oleh itu, amalkan untuk mencuba
10- ISU KEPERCAYAAN
Soal isu kepercayaan antara salah satu masalah buat mereka yang masih pada awal mahupun pertengahan 20-an, sama ada dalam memberi mahupun menerima. Ini berikutan dengan keadaan diri yang masih lagi memerlukan seliaan atasan terutama berkaitan kerjaya mahupun personaliti diri. Dikuasai dengan tindakan terlalu berhati-hati, di samping mudah percaya akan sesuatu menyebabkan ada sesetengahnya gagal untuk bekerja dalam keadaan selamat dan profesional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.