Apabila menyebut nama Khairul Aming, sudah pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran orang ramai ialah video-video masakannya yang cukup menggiurkan.
Lebih-lebih lagi di bulan suci Ramadan, siri video “30 Hari, 30 Resipi” nya sering dinanti-nantikan pengikut setia laman sosialnya yang mencari idea-idea juadah berbuka puasa yang baharu.
Namun sedarkah anda yang penghasilan video-video resipi yang menyelerakan itu memerlukan tahap komitmen dan disiplin yang tinggi?
PERNAH JATUH SAKIT
Menurut Khairul Aming, beliau mengakui pernah jatuh sakit hingga dimasukkan ke hospital pada bulan Ramadan 2019 akibat terlalu memaksa diri menghasilkan kandungan masakan.
“Saya memang perah sangat-sangat content untuk keluar… masa tu badan memang teruk sampai tak boleh jalan dalam masa sebulan,” katanya kepada Maskulin ketika ditemui di sidang media Tiktok Awards 2023 semalam.
Tambahnya, beliau terpaksa berbuat demikian demi memenuhi jangkaan pengikutnya yang menantikan video masakannya, apatah lagi tahun tersebut merupakan tahun keduanya menghasilkan kandungan sedemikian.
Mengambil pengajaran daripada peristiwa itu, Khairul mula merancang strategi baharu dalam penghasilan kandungan iaitu menyusun jadual dan mendisiplinkan diri untuk patuh pada jadual berkenaan.
“Kita push content kita ibarat dia adalah satu karier utama kita, tapi kena letak limit. Jangan terperangkap dalam dunia nak views, nak likes sampai kita tak jaga kesihatan,” katanya.
Ads
MAHU LIHAT LEBIH BANYAK RESIPI TRADISIONAL
Dalam pada itu, Khairul juga berharap agar lebih ramai pencipta kandungan masakan untuk mengetengahkan juadah-juadah tradisional Malaysia agar ia tidak ditelan zaman.
“Banyak sebenarnya masakan-masakan sedap di Malaysia, cuma ada yang kita tak tahu terutamanya resipi-resipi tradisional”.
Oleh itu, Khairul menyeru agar anak-anak muda memanfaatkan pengetahuan mereka mengenai kamera untuk membantu golongan tua di kawasan kampung yang mempunyai kepakaran menyediakan resipi sedemikian.
Ads
“Sekurang-kurangnya kita boleh bantu makcik-makcik itu mengajar cara-cara nak buat kuih-kuih tradisional, sebab itu semua benda yang susah nak dapat sekarang,” tambahnya.
Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, merupakan antara pempengaruh media sosial kandungan masakan yang terkenal di laman sosial sejak 2018.
Hasil kerja kerasnya itu ternyata tidak sia-sia apabila kini beliau tercalon bagi kategori ‘Creator of The Year‘ bagi Tiktok Awards 2023 yang julung kali diadakan di Malaysia di samping pencipta kandungan terkenal yang lain.
Temasya anugerah berprestij meraikan pencipta kandungan atas talian itu juga bakal disiarkan secara langsung di media arus perdana pada 27 Ogos ini, iaitu di TV3 bagi acara utama dan di TV9 bagi acara karpet merah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hiris atau kisarkan sebiji lemon kemudian ambil airnya. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah selesai bilas menggunakan air sejuk.
Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan urut pada bahagian wajah selama 30 saat hingga seminit menggunakan gerakan membulat. Setelah selesai, bilas dengan air sejuk.
Putih Telur
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Gunakan bahagian telur putih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Lidah Buaya
Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.
Tomato
Sapukan tomato yang telah dikisar pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Tomato mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka di samping menghaluskan wajah.
Betik
Ambil dua potongan kecil betik, kemudian lenyekkan ke dalam mangkuk kecil atau kisar. Setelah hancur, sapu pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas bersih dengan air sejuk.
Timun
Campurkan jus timun yang telah dikisar bersama tepung jagung untuk menjadikannya lebih likat. Seterusnya, sapu pada sekeliling muka terutama pada liang pori yang terbuka selama 15minit. Setelah selesai bilas dengan air sejuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan menilai buku pada kulitnya. Itulah pepatah yang cukup tepat bagi menggambarkan tentang seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun, Ango Musungu yang mempunyai kebolehan cukup luar biasa.
Lelaki dari Nairobi, Kenya ini telah memperlihatkan kemampuannya dengan kekuatan luar biasa apabila menarik trak pikap dengan menggunakan janggut dan rambutnya sahaja.
Memetik laporan berita Tuko baru-baru ini, Ango Musungu yang mempunyai lima orang isteri dan 19 orang anak menunda sebuah pikap bersama beberapa orang penumpang di dalamnya.
Tambah laporan tersebut lagi, kekuatan luar biasa warga emas tersebut telah menggemparkan masyarakat setempat yang hairan bagaimana dia mendapat kekuatan tersebut.
Jadi tidak hairanlah mengapa masyarakat menganggapnya sebagai manusia mempunyai rambut terkuat di dunia.
Sebuah rakaman video aksinya telah tular dan tersebar di Internet di kalangan pengguna setempat yang turut mencuri perhatian warganet antarabangsa.
“Saya mengahwini ramai isteri kerana merasakan kuasa dalam diri saya. Isteri-isteri saya juga menyayangi saya kerana kegagahan saya dan saya juga seorang lelaki yang tampan,” katanya.
Mengenai bagaimana dia mendapat kuasanya, lelaki tersebut berkata, ia datang kepadanya melalui mimpi.
Mantap betul kekuatan dimiliki oleh lelaki ini. Agak-agaknya apa rahsia pemakanan serta latihan senaman yang diamalkan sejak dari usia muda? Semoga kisahnya menjadi inspirasi buat anda semua yang jauh lebih muda!
Rumah tangga bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Johan Raja Lawak yang sering berkongsi kemesraannya bersama keluarga di media sosial baru-baru ini berkongsi tip cara Bahagia rumah tangga caranya.
Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Walaupun tiada formula yang sempurna untuk mencapai kebahagiaan, terdapat beberapa rahsia dan amalan yang boleh membantu mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam rumah tangga.
John Tip Rumah Tangga
Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia.
Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan.
Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar.
Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.
Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan petua yang dikongsikan oleh Johan. Isteri yang gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.