Tiap kali ulang tahun kelahiran, pasti terdetik satu perasaan ini kan , ‘Alamak aku dah tua la’,
Jangka hayat yang panjang, orang kata itu suatu rezeki dan mereka yang umur panjang tapi kekal dengan kesihatan mantap adalah anugerah.Sebenarnya dari gaya hidup boleh menentukan jangka hayat kita.
Nak tahu apa kena baca artikal ini sampai habis okay!
1. Makan Kacang
Kajian mendapati penggemar kekacang adalah perisiko rendah untuk menghidapi sakit jantung, kanser dan komplikasi pernafasan. Selain itu, kekacang bagus untuk otak!
#2 Banyakkan bergerak
Tidak kiralah bersiar-siar di taman atau window shopping yang pastinya banyakkan bergerak dari duduk. Ini kerana bergerak selama 30 minit sekurang-kurang mampu mengelakkan anda dari sakit otot, jantung dan diabetes.
Ads
3. Kekalkan persahabatan
Hubungan yang baik bersama rakan rapat atau dengan orang sekeliling mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal. Kajian dari Universiti Michigan mendapati, mereka yang mempunyai kualiti hubungan dengan rakan-rakan mampu menjaga jangka hayat yang panjang
4. Berfikir positif
Percaya atau tak bila kita mula dengan fikiran yang positif ia boleh menjurus terus dengan apa jua keputusan selepas itu adalah positif juga. Individu yang kekal positif biasa tidak kerap jatuh sakit dan lebih ceria dari biasa. Happy-go-lucky!
5. Bercuti!
Ads
Siapa tak suka pergi holiday bukan? Mood gembira dan teruja pada setiap kali anda pergi bercuti boleh menguatkan sistem imunisasi dan melawan sel jahat kanser. Paling penting bercuti anda dapat merehatkan diri dan jauh dari stress.
6. Tonton video kucing
Kalau anda buat carian video kucing di Youtube memang berlambak! Kesan dari menonton keletah comel haiwan tersebut boleh memperbaiki mood dan beri kesan bertenaga.
Lupakan sahaja kata orang tentang suara kamu! Menyanyi rupanya boleh memperbaiki kadar degupan jantung dan juga fungsi imunisasi.
8. Bersikap baik hati dan pemurah
Membantu orang yang dalam kesusahan sebenarnya dapat mendorong kepada memperbaiki tahap kesihatan. Dari memberi perhatian dan membantu orang sekeliling ia juga pelega kepada tekanan. Setuju tak kalau kita tolong orang tu kemudian dia senyum, hati kita pun jadi happy.
9. Jadi pengasuh sementara
Buat anda yang ada anak-anak saudara, apakata hujung minggu ambil peluang untuk menjaga mereka. Sifat cergas dan aktif kanak-kanak boleh mempengaruhi kita juga untuk bergerak aktif.
10. Kekalkan jiwa muda!
Orang kata umur hanyalah nombor… Mereka yang sentiasa kekal dengan aura, jiwa muda memang terserlah bukan sahaja dari seri muka tapi gaya kecergasan diri. Ingat semuanya dari cara kita berfikir yang membawa siapa kita.
Apakata lepas ini kongsikan 10 rutin diatas dengan pasangan anda, barulah boleh tua bersama. Heee…
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“We are what we eat”. Pengamalan diet yang seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.
Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid makanan.
Pemakanan dan Stres
Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
Semasa stres, kita akan bertendensi untuk;
mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Perlunya Pengalaman Diet Seimbang
Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres.
Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres
Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:
Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermulanya Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok, mereka yang ditahan kerana ingkar PKP tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya akan direman dan dikenakan tindakan mahkamah.
Perkara ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang akhbar yang berlangsung petang tadi.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 1,374 individu kerana ingkar PKP yang merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000, manakala seramai 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.
Semalam sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 13 April 2020 adalah seramai 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah 4,036.
“Esok, PKP 3 akan dilaksanakan. Saya percaya expectation rakyat kepada tindakan polis adalah tindakan yang lebih keras dan tegas. Kita lihat rakyat seolah-olah tidak peduli atau takut pada undang-undang yang kita ada pada hari ini.
“Mungkin, RM1,000 tidak dianggap begitu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar kepada PKP. Oleh itu, kita telah bersetuju bahawa pihak polis mulai esok tidak lagi memberikan tumpuan kepada kompaun.
“Mulai esok, sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskan kerana berdasarkan Seksyen 24 Akta 342 bahawa mahkamah boleh menghukum mereka tidak lebih daripada dua tahun penjara dan kesalahan seterusnya, lima tahun penjara,” katanya.
Pihak polis bersetuju bahawa pematuhan masih lagi tidak sampai ke tahap yang disasarkan. Ramai lagi yang sudah lupa ataupun sengaja lupa dan masih keluar seperti biasa.
“Sebab itulah saya dah sebutkan daripada permulaan sidang akhbar saya hari ini bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan hanya memberikan kompaun tetapi kita akan hadapkan mereka ke mahkamah.
Beliau juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa jika mereka dihadapkan ke mahkamah, mungkin mereka akan direman dan akan berada di dalam lokap untuk satu atau dua hari.
“Jadi tidak lagi (seperti) sekarang, offer kompaun, mereka balik, mereka boleh bayar dalam masa dua minggu RM1,000 dan saya percaya, anggapan daripada rakyat kita ialah seperti kita dapat saman kereta kita,” katanya yang mengharapkan mulai esok dan lusa keadaan reda serta rakyat boleh mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Kementerian juga memberi budi bicara kepada pihak polis di mana ada kes-kes tertentu yang membolehkan polis menggunakan budi bicara atau mungkin ada tahap yang tidak memerlukan mereka dibawa ke mahkamah.
“Jadi kita berikan kuasa kepada pihak polis untuk menentukan. Tetapi tumpuan kita, kalau dulu kita nak beri kompaun tetapi sekarang ini kita tidak lagi meletakkan itu sebagai keutamaannya.
“Sebab akhirnya kalau terlampau ramai yang kena kompaun pun mereka akan dibawa ke balai polis. Jadi lebih merumitkan kerja pihak polis. Lagipun, orang tak takut.
“Semakin hari semakin meningkat jumlah (orang) yang dikompaun. Jadi sebab itulah kita putuskan tadi keutamaan kita bawa mereka ke mahkamah, diadili oleh mahkamah dan hakim boleh memutuskan sama ada denda atau penjara sekalipun,” ujarnya.
Kolaborasi kali kedua ini lebih eksklusif kerana The Weeknd yang mencurah idea sepenuhnya dan memilih 18 helaian untuk dilancarkan dan dipamerkan di H&M. Ia termasuklah bomber jacket, Hoodie, Parka, Sweater dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi laman sesawangnya, hm.com, dari 28 September ini. Selain itu, jangan lupa singgah dan mendapatkan koleksi eksklusif ini dari stor pilihan:
H&M Lot 10, Avenue K, One Utama, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Sunway Velocity, KL Festival Mall, IOI City Mall, KLIA 2, AEON Shah Alam, Aman Central, Gurney Paragon Mall, 1stAvenue, Jonker Building, Hatten Square, AEON Desa Terbau, Johor Bahru City Square, AEON Kota Bahru, KK Times Square and The Spring.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.