Siapa kata nak kelihatan bergaya dan smart setiap hari perlu berhabis duit?
Sebenarnya, gaya lelaki yang kemas dan menarik boleh dicapai tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.
Kunci utamanya adalah pemilihan pakaian yang tepat, penjagaan diri yang konsisten, dan keyakinan diri yang tinggi.
Pilih Pakaian Basic yang Versatile
Langkah pertama untuk tampil smart tanpa menghabiskan banyak wang adalah dengan memilih pakaian yang basic tetapi versatile.
Pakaian seperti t-shirt putih, kemeja polos, seluar chinos atau jeans gelap boleh digayakan untuk banyak acara.
Warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy dan kelabu akan sentiasa memberikan kesan kemas dan elegan.
Dengan gabungan yang tepat, pakaian basic ini boleh dipakai berulang kali dan tetap kelihatan fresh setiap kali.
Fokus Pada Fit Pakaian, Bukan Jenama
Foto : decorexpro
Seringkali lelaki terkeliru dengan idea bahawa jenama yang mahal akan membuatkan mereka nampak lebih bergaya.
Ads
Padahal, yang paling penting adalah fit pakaian itu sendiri. Pakaian yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar akan memberi kesan yang lebih kemas dan menarik.
Pastikan bahu baju tepat, seluar tidak terlalu sempit, dan lengan baju sesuai dengan panjang tangan.
Kunci kepada penampilan smart adalah memastikan pakaian yang dipakai memenuhi saiz badan kita dengan sempurna.
Grooming Itu Kunci
Tak boleh dinafikan, grooming adalah elemen penting dalam penampilan smart seorang lelaki.
Rambut yang kemas, janggut yang terurus, dan muka yang bersih memberi impak yang besar.
Ads
Tidak perlu berbelanja mahal di salun, cukup dengan menjaga kebersihan diri menggunakan produk yang sesuai seperti facial wash dan trimmer untuk mengemas janggut.
Kasut Bersih dan Aksesori Ringkas
Foto : Pngtree
Kasut adalah salah satu elemen yang boleh menaikkan lagi penampilan anda.
Kasut yang bersih, kemas dan sesuai dengan outfit akan membuatkan penampilan anda lebih elegan.
Kasut putih, contohnya, boleh kelihatan sangat bergaya jika dijaga dengan baik.
Selain itu, aksesori seperti jam tangan yang sederhana dan gelang kulit juga boleh menambah elemen stail pada penampilan anda tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
“Jika berani dan rasa diri ‘anak jantan’, sertailah Askar Wataniah”, demikian seru pelakon Ashraf Muslim.
Menerusi perkongsian video di laman Tiktok, Ashraf Muslim mengajak orang ramai untuk menyertai dunia ketenteraan sebagai askar sukarela atau juga dikenali sebagai Askar Wataniah.
Ashraf Muslim menjelaskan terdapat banyak ilmu dan kemahiran berguna yang boleh diperoleh dengan menjadi seorang Askar Wataniah seperti ilmu senjata, ilmu kelangsungan hidup (survival) dan banyak lagi.
Bagi pelakon berusian 43 tahun itu, amat rugi jika ilmu berguna sebegitu tidak dipelajari.
“Saya nak beritahu kepada mereka di luar sana yang berminat dengan dunia ketenteraan, askar, senjata dan kelangsungan hidup, ada ilmu-ilmu itu dan rugi kalau kita tak belajar,” kata Ashraf.
“Bukan suruh jadi askar sepenuh masa, tapi sukarela. Askar sukarela adalah askar simpanan dan ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, orang di sekeliling kita, tempat tinggal kita dan akhir sekali, negara kita.
“Jadi, mungkin ada yang di luar sana nak menjadi sebahagian dalam ketenteraan, boleh bersama-sama dengan saya, bersama-sama kami askar wataniah dan sesiapa yang berada di Lembah Klang nak masuk ke 515 (Rejimen 515), saya syorkan datang sebab kita ada latihan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem terkenal Aku Masih Dara itu memaklumkan kini sedang berlangsung beberapa sesi latihan antaranya Latihan Aplikasi Peperangan Konvensional (CW) dan Peperangan Melawan Insurgensi (CIW).
“Contohnya, sekarang kita ada latihan APMS, kita ada buat latihan medan di Bentong. Jadi, sedang dilakukan CIW dan CW. Sangat menarik,” ujarnya lagi.
Oleh itu, Ashraf mengajak orang ramai untuk memanfaatkan masa mempelajari ilmu dan Kemahiran tersebut berbanding menghabiskan masa menonton cerita atau bermain permainan telefon.
“Jadi, kepada yang berminat, asyik tengok cerita atau main permainan di telefon, apa kata cuba rasa bagaimana.
“Kalau berani lah, kalau berani. Kalau rasa anak jantan. Mari sertai askar wataniah,” katanya.
Terdahulu, aktor berusia 43 tahun itu telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada Mac lalu.
Seluruh dunia kini betul-betul merasai bahang kehangatan final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Liverpool dengan juara bertahan dua tahun berturut-turut Real Madrid. Tapi apa yang menarik perhatian penulis ialah pemain prolifik Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan, walaupun pada hari perlawanan penting hujung ini.
Sudah pasti perlawanan itu menjanjikan aksi yang hebat antara kedua-dua pasukan gergasi ini. Real Madrid akan menentang Liverpool di Stadium NSC Olimpiyskiy Kiev, Ukraine pada Sabtu (Ahad, 27 Mei 2:45 pagi waktu Malaysia) dan peminat boleh menyaksikan perlawanan itu secara langsung di bermula jam 2:30 pagi, waktu Malaysia.
Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu apabila fakta menunjukkan dia akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.
Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, dia beragama Islam.
“Kejayaan saya hari ini datang dari Allah. Saya akan terbabit dalam banyak perlawanan penting pada bulan Ramadan ini, termasuk Piala Dunia, tetapi saya berniat mahu menghabiskan puasa 30 hari tanpa meninggalkannya,” kata Salah seperti yang dipetik portal Yenisafak.com.
Mengikut laman web SalahTimes.com, waktu berpuasa di Kiev pada 26 Mei ini bermula jam 2.32 pagi dan tamat jam 8.53 malam.
Waktu perlawanan pula ialah 7.45 malam, bermakna Salah akan turun bermain ketika dia masih berpuasa, jika tersenarai dalam kesebelasan utama.
Namun begitu, ada juga peminat yang yakin Salah tidak berpuasa pada hari berkenaan kerana dia sedang bermusafir.
“Kepada anda yang tertanya-tanya, Salah mungkin tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Mengikut ajaran Islam, mereka yang dalam perjalanan jauh dibenarkan untuk tidak berpuasa dan boleh menggantikannya pada tarikh lain,” tulis pengguna Twitter dengan nama @grizz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda berkeinginan untuk mendapatkan badan ‘six pack’ ala Hugh Jackman atau Chris Evans yang tengah meletup-letup kini bagaikan wafel karamel? Bukan wanita sahaja yang inginkan tubuh badan cantik ala model. Kalau tidak dapat sampai jadi model sekalipun, at least mungkin menarik untuk mata memandang dan mengikut BMI yang sesuai.
LELAKI JUGA TAK KURANG YANG KINI AMAT MEMENTINGKAN PENAMPILAN LEBIH MASKULIN DAN MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK DAPATKAN BENTUK TUBUH BADAN YANG KELIHATAN SEDIKIT BEROTOT ALA-ALA ‘SIX PACK’ MACAM ABANG SADO HUGH JACKMAN.
Apakah 5 makanan yang dapat membantu anda untuk membentuk otot badan yang ‘six pack’?
1. Susu Coklat
Susu coklat dikatakan sangat baik untuk penjagaan tubuh badan agar kekal berhidrasi sepanjang masa. Ia dikatakan minuman terbaik selepas bersenam atau selepas melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fizikal. Penambahan coklat dalam susu pula nanti akan memudahkan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.
2. Air Sejuk
Ia dikatakan sangat berkesan untuk membantu anda dalam usaha untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh. Ia membuatkan badan anda boleh bekerja untuk memanaskan suhu tubuh hingga dapat merangsang metabolisme kita ketika saat bangun dari tidur.
3. Bayam
Bayam merupakan antara makanan paling baik untuk membantu anda dalam membina otot. Ia merupakan item utama bahan bakar otot kerana meningkatkan proses sintesis protein hingga mencapai sehingga 120%. Disebabkan itu, jaringan otot anda nanti akan mampu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
4. Nanas dan betik
Kedua dua buah-buahan ini adalah sangat baik untuk meningkatkan proses penyembuhan otot. Ia dapat memecahkan protein yang telah diambil untuk proses pencernaan. Pembaikan tisu otot juga dapat dilakukan dengan lebih pantas juga melalui pengambilan buah-buahan tersebut.
5. Salmon
Salmon sebenarnya cukup bagus terutamanya untuk menjaga kesihatan jantung. Omega 3 yang wujud di dalam minyak ikan ini sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung seseorang lelaki itu. Pengambilan minyak ikan memang bagus jika diamalkan dalam pembinaan otot termasuk dalam bentuk kapsul atau dengan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...