Suami pun kena jaga badan bukan hanya isteri saja. Dalam sesebuah perkahwinan, tanggungjawab untuk menjaga keharmonian rumah tangga bukan terletak pada sebelah pihak sahaja.
Suami Pun Kena Jaga Badan Bukan Hanya Isteri Saja
Ia adalah usaha dua hala. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing, termasuk dalam aspek menjaga penampilan diri dan membina komunikasi yang sihat.
Jaga Penampilan, Tanda Hormat Dan Cinta
Ramai orang beranggapan bahawa selepas berkahwin, penampilan tidak lagi penting kerana pasangan sudah “jadi milik kita”. Hakikatnya, menjaga penampilan bukan hanya untuk memikat di awal perkahwinan, tetapi tanda kita masih menghargai dan menyayangi pasangan.
Buat suami, mandilah dengan kerap, pakailah baju bersih, wangi-wangian itu sunah. Isteri pula, berhiaslah di rumah untuk suami, bukan semata-mata untuk keluar rumah. Bukan soal kecantikan semata, tapi soal usaha untuk tampil kemas dan menyenangkan mata pasangan.
Ads
Masalah di Ranjang: Bincang, Bukan Hina
Perkara yang sering menjadi punca keretakan rumah tangga adalah apabila pasangan tidak berkomunikasi dengan baik bila timbul isu di bilik tidur. Kalau ada ketidakpuasan hati, jangan pendam. Tapi jangan juga lepaskan kemarahan dengan cara menghina atau memperlekeh pasangan.
Berbincanglah dengan tenang, cari masa yang sesuai. Gunakan bahasa yang lembut. Contohnya: “Abang rasa kita boleh cuba cara lain, abang nak kita sama-sama rasa bahagia.” atau “Sayang, boleh kita borak sekejap? Ada benda yang abang rasa kita boleh perbaiki sama-sama.” — ayat begini lebih mudah diterima berbanding sindiran atau herdikan.
Ads
Hormat Dan Empati
Setiap orang ada kekurangan. Suami mungkin penat bekerja, isteri pula penat urus rumah dan anak-anak. Dalam keadaan begini, empati sangat penting. Kalau pasangan nampak letih, bantu. Kalau nampak murung, tanya. Jangan terus menuduh atau buat andaian yang bukan-bukan.
Rumah tangga bukan tentang siapa betul siapa salah. Ia tentang bagaimana kita boleh saling melengkapi. Jaga penampilan bukan sebab takut pasangan berpaling, tapi sebab kita masih mahu buat pasangan kita jatuh cinta setiap hari. Bila ada masalah, bincang baik-baik, bukan saling menjatuhkan.
Ads
Perkahwinan itu satu ibadah. Bila kita jaga dengan niat yang betul, insya-Allah rumahtangga kita jadi sakinah, mawaddah wa rahmah.
Perjuangan negara kita kita dalam usaha keluar dari belenggu wabak COVID-19 kini banyak bergantung kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini sedang rancak dijalankan di seluruh negara.
Di Lembah Klang sekarang sudah mencatatan kira-kira 85.5% orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini merupakan satu berita baik untuk kita semua.
Selain rakyat Malaysia, kerajaan juga turut memberikan vaksinai ini kepada pekerja-pekerja warga asing. Menerusi kerjasama pelbagai pihak, imuniti kelompok pasti dapat kita capai melihatan trend pemberian vaksin yang cukup pantas sekarang.
Bercakap tentang jenis vaksin pula, di negara kita terutamanya kerajaan telah membekalkan dan memberikan beberapa jenis vaksin seperti Pfizer Biontech, Sinovac, Astrazeneca dan beberapa jenis vaksin satu dos yang telahpun dilulukan iaitu Johnson & Johnson dan Cansino.
Namun dalam masyarakat kita ada juga yang jenis suka membanding-bandingkan jenis vaksin yang mereka terima. Sehingga ada yang rasa mereka mendapat vaksin lebih baik dari yang lain.
Perkara ini turut diulas oleh personaliti TV program kesihatan yang juga merupakan seorang doktor iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say. Menerusi hantarannya di Instagram kendaliannya, Dr Say mengulas tentang isu kenapa ada warga asing mendapat vaksin Pfizer dan lebih awal daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri.
Beliau yang kini sedang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di MMU Cyberjaya. Jelasnya, dia dihujani pelbagai pertanyaan dan rasa tidak puas hati dari sesetengah pengguna media sosial. Ia berikutan perkongsian IG Story-nya yang menyaksikan ramai pekerja asing dari Bangladesh dan Myanmmar datang untuk memenuhi temujanji pemberian vaksin.
Malah ada yang tidak berpuas hati kenapa pekerja warga asing mendapat vaksin jenis Pfizer. Menjawab persoalan itu Dr Say berkata, “First & foremost kita sembang pasal kenapa depa dapat Pfizer. Jawapannya ingin sy tegaskan sekali lagi, IT DOES NOT MATTER WHAT BRAND OF VACCINE THAT YOU GET AS LONG AS YOU GET VACCINATED.
“Tolonglah ubah mindset “untunglah ko dapat Pfizer, aku dapat Sinovac je” ni. Kat Twitter dok ada clan Pfizer la, clan Sinovac la, clan AZ la. Boleh tak kita wujudkan CLAN VACCINATED kan lebih indah bunyinya. Semalam @myhealthKKM ada klasifikasikan kes harian mengikut sejarah vaksinasi atau tidak & ternyata tahap keterukan mereka yg menerima vaksin teramat rendah berbanding mereka yg tiada sejarah vaksinasi. So PLEASE STOP JUDGING WHAT BRAND OF VACCINE THAT A PERSON GETS boleh?”
KENAPA MEREKA LEBIH AWAL
Manakala bagi persoalan kenapa ada pekerja asing boleh mendapat vaksin lebih awal berbanding sesetengah rakyat Malaysia, Dr Say menjelaskan pendapatnya yang cukup baik.
“Ramai di ramai antara mereka yang pakai baju Jaya Grocer, Village Grocer, Sri Ternak. Dan bila saga kaji, saya terjumpa poster Program Vaksin Selangor yang memberi keutamaan kepada 9 golongan dan salah satu golongan tersebut adalah “PENJAJA/ PENIAGA PASAR”.
“Jadi it make absolute sense kenapa mereka dapat vaksin dahulu. Bagi saya di Selangor ni, warga asing lah yang banyak handle barang keperluan harian kita. Walaupun semalam habis tenaga nak consult depa akibat language barrier, bila balik tu saya beli groceries yakin sikit apabila saya pegang sayur-sayuran & buah-buahan.”
Dr Say juga memberi pesanan kepada mana-mana individu yang tidak mendapat sebarang temu janji vaksinasi sehingga 1 Ogos. Sekiranya masih belum dapat temu janji, mereka boleh walk-in ke mana-mana PPV berdekatan untuk mendapatkan vaksin.
MASKULIN turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Sau. Vaksin yang terbaik untuk anda ialah vaksin yang paling cepat dapat anda perolehi!
Baru 3 minggu kerajaan baru memerintah, Parlimen telah diserikan dengan pelbagai insiden menarik. Semenjak Pakatan Harapan menang dalam PRU ke 14 Mei lalu, banyak perubahan telah dilakukan selaras dengan janji menisfesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan. Banyak perkara telah mula dibahaskan sepanjang tempoh 3 minggu Dewan Rakyat mula bersidang. Ini antara perkara menarik yang boleh anda recap balik sepanjang tempoh 3 minggu ini.
Pembangkang keluar dewan
Ini berlaku semasa perlantikan Yang di-Pertua, dimana hampir keseluruh ahli parlimen pembangkang bergerak keluar dewan kerana tidak setuju dengan perlantikan Yang di-Pertua. Dapat disaksikan media sempat merakam detik tersebut dan dapat disaksikan menerusi KiniTV bahawa hanya YB KJ dan YB Anifah sahaja yang masih kekal di tempat duduknya.
Ini terjadi baru-baru ini dimana ahli Parlimen Kinabatangan telah mengeluarkan kata-kata kesat ketika YB Rembau sedang berbahas. Apa yang berlaku ketika itu, YB Pucak Borneo telah menyentuh tentang peribadi YB Bung Mokhtar yang menyebabkan dewan kecoh seketika. Bagaimanapun YB Kinabatangan telah menarik balik ayat tersebut dan perbahasan berlangsung seperti biasa.
Munafik
Ini yang berlaku ketika hari pertama perbahasan dijalankan dalam Dewan Rakyat. YB Bagan Datuk mengeluarkan perkataan Munafik yang ditujukan kepada Perdana Menteri. Namun, Setelah Timbalan Yang di-Pertua meminta agar YB Zahid Hamidi memperjelaskan isu tersebut, maka ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Ini telah memberi kesan pada rakyat dan sekaligus rakyat mula membuat pelbagai spekulasi.
“Sila duduk, jangan lari!”
Ini menjadi trending sepanjang minggu pertama Parlimen berlangsung. Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V, telah merasmikan pembukaan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018. Ayat tersebut ditujukan kepada pembangkang yang keluar dewan seperti perkara pertama tadi. Rata-rata rakyat puji dengan adengan lucu Agong dan menyifatkan Agong mempunyai personaliti dan jiwa yang lucu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bernikah, berkahwin atau kata lain mendirikan rumahtangga merupakan sebuah proses yang sangat kompleks yang memerlukan persediaan fizikal,bahkan mental yang tinggi.
Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk tidak berkahwin berbeza mengikut jantina. Lebih separuh responden lelaki meletakkan masalah kewangan sebagai punca tidak berkahwin walaupun sudah menemui pasangan yang sesuai. 35 peratus responden wanita menyatakan punca mereka tidak berkahwin adalah kerana tidak menemui pasangan yang sesuai.
Berikut adalah tujuh penghalang paling besar yang admin rasakan kerap menjadi punca mengapa seseorang itu enggan berkahwin dan mengapa masyarakat perlu bersedia untuk berubah sekiranya kita masih sayangkan institusi perkahwinan.
1. Kita tetapkan hantaran tinggi
Agak tak logik permintaan masyarakat kita tentang perihal hantaran sekarang ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat, jumlah mereka yang mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji di negara kita adalah hanya 6 peratus sahaja. Tetapi seperti sudah biasa pula kita dengar hantaran perkahwinan melebihi RM10 ribu ringgit, sehinggakan ramai anak muda kita memilih untuk tidak berkahwin selagi tidak ada wang hantaran yang cukup. Sekiranya pihak keluarga perempuan merasakan hantaran itu perlu, kenapa selalunya nilai yang ditetapkan tak masuk akal?
Memang sukar untuk dipercayai dalam sebuah masyarakat yang setuju banyak perkara memerlukan kos yang tak masuk akal, kita sendiri burukkan lagi dengan permintaan hantaran yang mampu membuatkan ramai lelaki rasa lebih baik membujang.
2. Masyarakat terkejut kalau kenduri diadakan ringkas!
Dek kerana kita dah terbiasa dengan kenduri yang besar, kenduri-kenduri yang diadakan secara kecil-kecilan atau sederhana kerap dijadikan isu viral. Kita semua tahu kenapa perkara itu berlaku; jangkaan masyarakat terhadap sesuatu kenduri itu normanya berada di satu tahap yang agak tinggi. Kenduri yang besar kerap dijadikan contoh pada masyarakat kita, selain pengaruh pihak media yang kerap menjulang perkahwinan bersifat mega atau ‘wedding of the year’ selebriti.
Ini menjadikan perkahwinan kecil dipandang unik sementara perkahwinan besar dianggap norma masyarakat. Sama seperti hantaran, ini juga satu perkara yang berada dalam kawalan kita tetapi entah mengapa, kita sendiri setuju untuk menyusahkan pasangan dan keluarga.
3. Ramai takut hidup berubah selepas berkahwin
Sudah pasti hidup kita akan melalui banyak perubahan ekoran perkahwinan. Anak muda yang sebelum ini bebas keluar siang malam tiba-tiba perlu menghadkan masanya untuk rumah. Gadis yang sebelum ini bebas, tiba-tiba perlu memikul tanggungjawab menjadi suri rumah. Kesan yang paling ketara ketara dalam karier. Bagaimanapun, meletakkan karier nombor satu bukanlah solusi kepada isu ini, kerana ini akan membawa kepada masalah lain kemudian hari. Apa yang lebih baik sebenarnya adalah anda mengorbankan diri melakukan kedua-duanya serentak, tanpa memilih salah satu sejak mula.
Kenapa kita hadkan diri kita salah satu, sama ada memilih karier atau memilih untuk membangunkan keluarga?
4. Tak suka terikat dengan Komitmen
Justeru lelaki beranggapan mereka tidak kesunyian dengan masa terluang mereka dihabiskan menghadap komputer. Jika berkahwin, pasti mereka tidak berkesempatan melakukan itu semua dan perlu memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Orang zaman sekarang ini terlalu manja. Oleh kerana kita ada banyak minat, banyak hobi serta banyak kemahuan sendiri – kita rasakan baik untuk kita mementingkan. Akan tiba satu masa kita tersedar, barulah kita rasa gelabah untuk berubah melihat orang lain gembira bersama keluarga.
5. Rekod media sosial bakal pasangan
Jika zaman dahulu kualiti seseorang bakal pasangan hanya dapat dinilai daripada tingkah laku dan kelakuan, zaman sekarang bukan setakat pasangan, seluruh ahli keluarga dapat menilai sendiri bagaimana bakal pasangan keluarga kita melalui perkara yang direkodkan dalam media sosial. Apa saja perangai tak senonoh, mengada-ngada atau memalukan yang berlaku dicatat dalam internet, daripada gambar bersama bekas kekasih, aktiviti harian, siapa jaringan kawan kita, corak hidup kita dan bermacam lagi.
6. Tak fikir masa depan
Majlis perkahwinan zaman sekarang sudah jadi satu bukti nyata pemikiran singkat, di mana seseorang itu dianggap perlu bersedia membelanjakan satu amaun yang banyak untuk upacara dua tiga hari. Kes-kes pasangan berkahwin dan kemudian bersusah payah membayar pinjaman peribadi sudah jadi perkara biasa. Kes bercerai sebelum habis bayar pinjaman pun dah selalu dibaca.
Sudah banyak tips dan nasihat ditulis bagi membantu pasangan mendapatkan pinjaman dalam internet! Bukankah itu sesuatu yang gila? Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan mengubah mentaliti masyarakat supaya hanya berbelanja sekadar mampu. Namun dalam dunia yang semakin materialistik ini, ramai pula orang yang sanggup berkorban untuk kemewahan sementara kemudian mengeluh kesusahan nak kumpul deposit beli rumah sepanjang hayat mereka.
7. Ilusi pilihan yang menipu
Masyarakat dunia ketika ini kerap menekankan kepentingan mengutamakan pilihan peribadi pada manusia. Setiap pilihan individu dikatakan terbaik untuk diri sendiri kerana kita diyakinkan pilihan sendiri, adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita rasa hebat bila kita mampu buat pilihan sendiri, tanpa campur tangan pihak lain – tetapi dalam hidup bermasyarakat dan berkeluarga, pendapat pihak lain sebenarnya sangat penting dalam membantu kita membuat keputusan.
Banyak pilihan dibuat berdasarkan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan sebab praktikal dan kesan jangka panjang keputusan yang akan kita buat. Atas sebab itulah pada admin, terlalu ramai individu yang takut untuk kahwin, kerana kita masih lagi mahu kawalan sepenuhnya ke atas hidup kita. Kita takut dengan perkahwinan kerana itu akan membuat kita hilang kawalan dan terpaksa ‘go with the flow’ dengan hidup, ekoran tanggungjawab baru berkeluarga.
Dalam bab kehidupan selepas perkahwinan, perubahan yang bakal berlaku dan kesan-kesan positif serta negatif yang akan terjadi akibat perkahwinan pula, itu pula isu yang anak muda zaman sekarang cuba nak kawal sebaik mungkin, walaupun perkara itu belum berlaku.
Rujukan : Till Debt Do Us Part
Via : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Remaja 15 tahun, Jayboy Magdadaro dari Cebu, menjadi wira selepas menyelamatkan lebih 50 mangsa banjir ketika Taufan Tino. Keberanian luar biasa ini membolehkannya menerima biasiswa penuh sebagai pengiktirafan.