Bila badan besar, nak berjalan pun termengah-mengah. Rasa berat je nak bawa badan. Tahun baru pun dah nak dekat, tapi niat nak turunkan berat badan masih lagi tidak berjaya. Nak kurus bukan saja kena jaga makan dan buat senaman, ada juga perkara lain yang perlu korang ambil berat.

Ini 10 teknik paling cepat untuk korang turunkan berat badan. Jom check it out. Semoga berjaya!

Nak Cepat Turunkan Berat Badan? Buat 10 Teknik Berkesan Ini!

1. Jangan tinggalkan makan pagi

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

2. Wajib buat senaman berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi yang lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping dan melakukan senaman regangan secara berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) sangat digalakkan berbanding korang membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

3. Makan lebih sayuran, kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam

Kebanyakan lelaki memang susah nak makan sayur. Mahu tak mahu, kenalah makan sayur kalau korang nak badan cantik dan mantap. Jangan sesuka hati ambil jalan mudah dengan menelan ubat kurus kerana ia boleh memudaratkan, padahal amalan pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko berkaitan masalah kesihatan diri.

IKLAN

Nak Cepat Turunkan Berat Badan? Buat 10 Teknik Berkesan Ini!

4. Elak perut berlapar

Makan ketika perut korang terlalu lapar boleh menjadi penyebab korang makan secara berlebihan. Seharusnya makan ketika perut betul-betul terasa lapar. Kemudian kunyah secara perlahan kerana ia boleh membuatkan perut korang kenyang dan penuh, selain membolehkan korang mengawal pemakanan dengan lebih baik.

5. Jangan makan hidangan tidak lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting iaitu karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama. Pastikan menu harian korang lengkap dengan ketiga-tiga sumber ini.

IKLAN

Nak Cepat Turunkan Berat Badan? Buat 10 Teknik Berkesan Ini!

6. Ambil suplemen atau makanan kesihatan

Jika korang tak mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang, kenalah ambil suplemen sebagai cara mudah nak kekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Kalau korang tak berselera nak makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekali dalam setiap hari, cara paling mudah adalah mengambil suplemen. Sebaiknya pilihlah suplemen atau makanan kesihatan yang organik.

7. Berfikir sebelum ambil program kuruskan badan

Program menguruskan berat badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk korang mendapatkan hasil badan yang kurus dan sihat. Jangan kerana taksub nak kurus, korang sanggup berhabis duit dengan mengunjungi pusat pelangsingan yang mahal.

IKLAN

8. Jangan stres!

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan stres seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri korang, walaupun secara tidak terus.

9. Selalu basuh tangan

Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan korang untuk membina sistem imun yang lebih baik. Namun untuk orang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup yang sihat.

Nak Cepat Turunkan Berat Badan? Buat 10 Teknik Berkesan Ini!

10. Tidur kenalah awal

Dah penat bertungkus-lumus, tapi korang lambat tidur pula. Alamatnya tak menjadilah usaha korang untuk kuruskan badan. Ini kerana berjaga sepanjang malam merupakan tindakan kurang cerdik jika korang nak turunkan berat badan. Badan memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk proses baikpulih badan jika korang tidur secara efisien iaitu dalam waktu yang sama. Tidur yang tak menentu lambat-laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk korang tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI