Foto : Mysumber TV (Gambar Hiasan)

Seorang juruteknik penghawa dingin baru-baru ini mencuri perhatian di platform Threads apabila mendedahkan hampir 99 peratus rakyat Malaysia pernah menjadi mangsa penipuan ketika mendapatkan servis aircond.

Menurutnya, penipuan paling kerap berlaku melibatkan cadangan untuk melakukan ‘top-up’ gas, walaupun hakikatnya ia tidak perlu.

Salah Faham Tentang Gas Aircond

Katanya, ramai pelanggan keliru dan percaya bahawa gas penghawa dingin berkurangan selepas digunakan dalam tempoh tertentu.

Disebabkan itu, ada yang terus meminta juruteknik mengisi semula gas setiap kali servis, walaupun sebenarnya tindakan tersebut tidak diperlukan.

Kebocoran, Bukan Gas ‘Habis’

Nak Jimat Servis Aircond? Jangan Mudah Percaya Bila Diminta Tambah Gas
Foto : Service Aircond Rumah (Gambar Hiasan)

“Jika gas dalam penghawa dingin kurang, itu bukan sebab penggunaan harian. Ia tanda ada kebocoran pada paip tembaga (copper piping),” jelasnya.

Menurut lelaki itu, sistem gas dalam penghawa dingin adalah sistem tertutup ia tidak akan ‘habis’ dengan sendiri.

Namun, ramai pelanggan yang tidak tahu perkara asas ini akhirnya terpedaya dengan helah sesetengah juruteknik tidak bertanggungjawab.

Ruang Untuk Tukang Servis Ambil Kesempatan

Fenomena ini membuka ruang mudah untuk tukang servis mengenakan caj tambahan.

Ada pelanggan yang sanggup membayar ratusan ringgit kerana menyangka gas sudah kurang, sedangkan masalah sebenar iaitu kebocoran langsung tidak dibaiki.

Ads

Akibatnya, penghawa dingin tetap tidak sejuk walaupun selepas gas ditambah berkali-kali.

Penjagaan Asas Lebih Penting

Juruteknik berkenaan menegaskan bahawa penjagaan asas jauh lebih penting daripada sekadar menambah gas.

Penapis (filter) udara, misalnya, perlu dicuci setiap dua hingga empat minggu bagi memastikan aliran udara lancar dan kualiti udara kekal bersih.

Selain itu, servis ‘chemical wash’ boleh dilakukan setahun sekali bergantung kepada tahap penggunaan, terutamanya bagi unit di ruang tamu atau pejabat yang beroperasi sepanjang hari.

Kenali Tanda-Tanda Gas Bocor

Beberapa tanda awal yang boleh dikesan pengguna sekiranya berlaku kebocoran gas.

Ads

Antaranya ialah udara yang tidak lagi sejuk walaupun suhu ditetapkan rendah, bunyi pelik yang keluar daripada unit, serta kewujudan lapisan ais pada paip tembaga.

Jika gejala ini dikesan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera sebelum kerosakan menjadi lebih serius.

Ramai pelanggan juga kurang jelas tentang kos sebenar servis aircond.

Caj asas biasanya hanya melibatkan pembersihan unit dalaman dan luaran.

Nak Jimat Servis Aircond? Jangan Mudah Percaya Bila Diminta Tambah Gas
Foto : Velocity Air (Gambar Hiasan)

Bagaimanapun, jika perlu mengganti alat ganti tertentu atau membaiki kebocoran, caj tambahan akan dikenakan.

Ads

Apa yang penting, pelanggan berhak mendapatkan penjelasan telus sebelum sebarang caj tambahan dikenakan.

Pelanggan Berhak Dapat Laporan Kerja

Satu lagi perkara penting yang sering diabaikan ialah laporan kerja. Selepas setiap servis, pelanggan digalakkan meminta juruteknik memberikan butiran lengkap tentang apa yang telah dilakukan.

Contohnya, sama ada kipas dibersihkan, coil dicuci, atau tekanan gas diperiksa. Laporan ini bukan sahaja memberi ketenangan hati, malah membantu pelanggan memahami keadaan sebenar unit mereka.

Sumber : Mstar

BACA LAGI : 5 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Insurans Kenderaan

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads