Ipoh jadi pusat anak muda bina kerjaya, kembangkan bisnes. Dahulunya dikenali sebagai bandar bersejarah, kini Ipoh semakin menonjol sebagai ‘bandar hipster’ yang penuh dengan peluang untuk generasi muda.

Ipoh Jadi Pusat Anak Muda Bina Kerjaya, Kembangkan Bisnes

Pertumbuhan pesat premis moden, kafe artisanal dan industri kreatif telah membuka jalan luas kepada anak muda meneroka bidang keusahawanan. Salah seorang yang mengambil peluang ini ialah Muhammad Irsyaduddin Nordin, 27, yang mula mengorak langkah dalam dunia dandanan rambut sejak 2020.

Bermula dari Kampung Ulu Chepor, beliau mengasaskan Craftt Barbershop yang kini sudah melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan kedua di Taman Meru Perdana pada Disember lalu.

Menurut Irsyaduddin, perkembangan pesat di kawasan Meru Raya memberi peluang besar kepada pengusaha muda untuk membina kerjaya di tanah kelahiran sendiri tanpa perlu berhijrah ke negeri lain.

“Permintaan semakin meningkat seiring pembangunan di Ipoh, ini masa terbaik untuk anak muda Perak mengukuhkan tapak di sini,” katanya. Craftt Barbershop dibangunkan sepenuhnya dengan modal simpanannya sendiri hasil daripada kerja sebagai tukang gunting sebelum ini.

Ipoh Jadi Pusat Anak Muda Bina Kerjaya, Kembangkan Bisnes
Muhammad Irsyaduddin (kanan) dan Mohamad Iqbar yakin anak muda Perak mampu menjadi usahawan berjaya kerana peluang sentiasa terbuka melalui pelan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Walaupun menyedari cabaran besar dalam bidang ini, Irsyaduddin tetap nekad meneruskan usaha, bukan sekadar untuk membina perniagaan, malah untuk melatih lebih ramai tenaga kerja muda berbakat dari Perak.

BACA: 10 Adik-Bradik Pemain Bola Sepak Terkenal Di Dunia

Ads

Usahanya juga selari dengan seruan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mahu lebih ramai anak muda kekal berbakti di negeri ini untuk membangunkan ekonomi setempat.

Setakat ini, dua cawangan Craftt Barbershop dikendalikan oleh tiga pekerja tetap berusia antara 20 hingga 35 tahun — kesemuanya dilatih sendiri oleh Irsyaduddin.

Salah seorang rakan sepasukannya, Mohamad Iqbar Ros Addelin, 35, yang sudah lebih sedekad berkecimpung dalam industri dandanan rambut, percaya bahawa bidang ini akan terus relevan.

“Perkhidmatan gunting rambut tidak boleh digantikan oleh mesin atau dijual secara atas talian. Ia perlukan kreativiti, sentuhan manusia, dan pengalaman,” jelasnya. Tambahnya lagi, kerjaya ini bukan sahaja fleksibel, malah mampu memberikan pendapatan yang menarik buat anak muda.

Ads

Dengan pelbagai projek pembangunan seperti Pusat Rehabilitasi PERKESO dan Silver Valley Technology Park (SVTP) di Meru, Ipoh dijangka terus berkembang sebagai destinasi keusahawanan generasi muda.

Perjalanan Craftt Barbershop turut seiring dengan visi Pelan Perak Sejahtera 2030, yang mengutamakan pembangunan modal insan melalui Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, dengan sasaran melahirkan seorang usahawan dalam setiap keluarga.

Sumber: Sinar Harian

Ads

BACA: E-Hailing, Kerjaya Lelaki Moden atau Sumber Pendapatan Sampingan?

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI