Ramai antara kita seringkali memilih untuk tidak bangun awal di waktu pagi. HInggakan ada yang selalu terlajak subuh dan sebagainya. Jika ia terjadi pada hari minggu tidak mengapa, namun jika kerap terjadi pada hari bekerja macamana, takkan nak hari-hari datang lambat.

Jadi, apa kata cuba tukar habit suka bangun lewat dan cuba bangun awal pagi. Bangun awal tidak semestinya seawall 5 pagi, ambil masa ketika masuk waktu subuh. Jika subuh pukul 0545 pagi, pastikan pukul 6 anda dah bangun untuk mandi dan dirikan solat subuh.

Mari kita lihat apakah manfaat yang bakal diperolehi bila selalu bangun awal pagi.

BACA: Lelaki Sihat Sentiasa Ambil 3 Makanan Ini Dalam Diet, Makan Bayam & Ikan Salah Satunya

IKLAN

1. Ada masa untuk mengambil sarapan

Sudah banyak kami terangkan kewajipan mengambil sarapan pagi. Selain menyihatkan badan ia juga merupakan salah satu agen diet yang sihat. Kalau bangun lewat, anda pasti tidak mempunyai masa untuk membuat hidangan sarapan yang ringkas.

2. Lebih segar serta bertenaga untuk bekerja

Badan kita sebenarnya lebih segar jika kita tidur awal dan bangun awal. Ini kerana badan sudah mendapat cas tenaga yang mencukupi ketika tidur. Ini membantu anda untuk jadi lebih produktif ketika di pejabat. Kerja selesai, balik tidur awal. Tidur lena pagi senyuman.

IKLAN

3. Otak lebih segar

Bila otak segar, maka tekanan serta stress juga tidak akan menyelubungi kepala anda. Masa yang sama kepala juga akan menyediakan satu ‘setting’ khas untuk anda mula kerja dengan tenang.

IKLAN

4. Sempat bersenam walau sekejap

Waktu solat subuh kita sebenarnya sudah bersenam kerana pergerakan solat itu adalah satu workout. Jadi, selepas solat anda ada sedikit masa untuk buat senaman ringkas seperti push up, squat dan beberapa lagi senaman yang mudah untuk maintain badan sihat anda.

BACA: Selain Bersenam, Lelaki Sihat Sentiasa Amalkan 5 Pemakanan Ini Untuk Kurangkan Kolesterol

5. Jiwa tenang pergi pejabat

Segala jenis blues tidak akan menyelubungi anda kerana segalanya sudah disiapkan dengan awal. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mandi kerana mengejar punch card di pejabat, malahan kalau terpaksa redah jem sekalipun, anda masih lagi awal tiba ke pejabat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI