Jika anda inginkan otot jadi mantap lebih cepat, syaratnya anda wajib buat senaman-senaman ini setiap pagi. Bukan sahaja memberi manfaat pada otot, ia juga mengajdikan badan anda lebih segar dan sihat.
Ini antara 10 senaman pagi yang wajib anda amalkan.
1. Lateral Run dan Pause
2. Lateral Speed Lunge
Ads
3. Mountain Climb
4. Jumping Jacks
5. High Knees
Ads
6. Lompatan Sisi Ke Sisi
7. Circuit Training
Ads
8. Tekan Tubi dengan Kayuhan
9. Single-Leg RDL
10. Bridges Glute
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah penting dalam bidang kecergasan kerana tidur yang berkualiti memainkan peranan yang besar dalam pemulihan badan, pembaikan otot, dan prestasi fizikal secara keseluruhan. Ini adalah beberapa sebab mengapa tidur yang mencukupi penting dalam konteks kecergasan:
Semasa tidur, tubuh kita mengalami proses pemulihan, di mana tisu-tisu otot yang rosak semasa latihan akan diperbaiki. Tidur yang mencukupi membolehkan badan melakukan pemulihan ini dengan lebih efektif, membantu otot-otot kita pulih dan membesar.
Tidur yang mencukupi membantu penghasilan hormon pertumbuhan yang penting untuk pembinaan otot dan pemulihan. Hormon ini berfungsi dengan baik ketika kita tidur dalam tahap tidur nyenyak.
Kurang tidur boleh mengakibatkan keletihan dan penurunan prestasi fizikal. Dengan tidur yang mencukupi, anda akan merasa lebih bertenaga dan mampu memberikan usaha yang lebih baik semasa latihan atau aktiviti kecergasan.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelemahan otot dan penurunan keseimbangan, meningkatkan risiko cedera semasa berolahraga. Tidur yang mencukupi dapat membantu menjaga kekuatan otot dan koordinasi.
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan hormon yang mengawal selera makan. Ini boleh menyebabkan peningkatan nafsu makan, terutamanya untuk makanan berlemak dan bergula, yang boleh membawa kepada penambahan berat badan yang tidak diingini.
Tidur yang mencukupi juga penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan mental dan emosi. Kekurangan tidur boleh menyebabkan stres, keletihan mental, dan masalah kesihatan mental lain.
Jadi, untuk mencapai prestasi yang baik dalam kecergasan, tidur yang mencukupi adalah sebahagian penting daripada rutin harian anda. Pastikan anda memberi tubuh anda peluang untuk pulih dan berkembang dengan tidur yang mencukupi setiap malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam usaha untuk menurunkan berat badan setiap individu pastinya mempunyai objektif serta dorongan tersendiri. Selain ingin mengubah diri sendiri menjadi lebih sihat dan cergas inspirasi dari luaran juga boleh menjadi pencetus perubahan tersebut.
Untuk FIT JOURNEY kali ini, MASKULIN telah menemubual seorang lelaki yang mendapat inspirasi dari perjuangan ibunya melawan kanser. Ahmadsaufi Bin Saludin yang berusia 32 tahun tekad menurunkan berat badan melihatkan semangat ibu tercinta yang berjuang melawn kanser payudara.
Ikuti kisah perjalanan bagaimana Ahmadsaufi berubah menurunkan berat badannya untuk menjadi seorang yang lebih cergas dan sihat.
Bagaimana tabiat pemakanan anda sebelum ini?
Tabiat pemakanan saya memang agak kurang sihat dan sangat tidak seimbang. Tabiat pengambilan makanan secara berlebihan lebih-lebih lagi makanan yang manis serta bergoreng.
Adakah berdepan mana-mana jenis masalah kesihatan ketika berat badan dahulu?
Saya mengalami sakit lutut (arthritis) sehingga terpaksa pakai tongkat untuk berjalan selama beberapa waktu. Selain itu saya juga mengalami masalah sukar untuk tidur kerana masalah dengkut yang kuat. Satu ketika saya juga pernah mengalami Gout dengan bacaan asid urid yang tinggi.
Perasaan ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah alami tekanan perasaan atau kurang keyakinan?
Pada ketika itu saya akui saya berdepan perasaan yang sangat stres. Malah, saya juga rasa terbeban dengan berat badan yang berlebihan. Ada sampai satu tahap saya jadi kurang ada keyakinan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Perasaan untuk mencari pakaian besar agak susah. Jika ada sekali pun kosnya memang lebih mahal dari baju saiz biasa.
Dahulu apabila sudah sakit sampai bertongkat saya ingat saya sudah tak boleh aktif lagi.. Tapi sebenarnya “senaman itu menguatkan badan” . Jadi jangan takut untuk bersenam.
Pernah berdepan ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Tidak menjadi ejekan akan tetapi apabila badan kita dijadikan satu panggilan seperti gemuk, ‘bob’… Lama-kelamaannya nama asal sudah tidak ada. Dan ada juga yang suka cakap lepas dengan mengatakan “tak lama lagi penyakit sampai la”. Mereka mungkin tak sedar itu adalah ibrat satu doa untuk saya mendapat sakit. Saya memang kecewa dengan sikap segelintir orang kita.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Sebenanrya sudah bertahun-tahun lamanya saya berazam untuk turunkan berat badan. Tapi asyik tak menjadi saja. Sehinggalah satu ketika ketika saya mendapat berita tentang ibu saya yang disahkan menghidap kanser payudara. Padamasa itu ibu saya memang berasa sangat ‘down’. Tapi dia juga masih bersemangat. Saya pandang ibu dan mula bertekad untuk berubah. Ia demi demi kesihatan dan demi insan tercinta.
Sehingga kini sudah dua tahun ibu melawan kanser beliau denngan kanser tulang stage 4 dan kanser payudara. ‘Journey fat to fit’ saya selalu kongsi dengan ibu agar dia juga boleh kuatkan semangat melawan kansernya. Selain itu saya bertkead berubah kerana saya merupakan ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan isteri. Perlu kena kuat untuk menyara kehidupan mereka.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Dalam setiap perkara ingin dilakukan mestilah dengan ada ilmu. Jadi saya cuba ikuti program dengan salah seorang coach yang juga bekas pemain ragbi negara, Coach Azmir Zed. Program beliau tentang ‘30 Hari Fit Challenge’ serta ‘Warriors FitCamp’ memberi kesempatan saya untuk konsisten terus sehingga menjadi sebagai lifestyle.
Bukan buat hanya sekadar bermusim! Untuk terus tinggalkan makanan bergula dan berminyak bukanlah satu perkara mudah kerana kita nak ubah tabiat permakannan yang sudah sebati selama bertahun-tahun lamanya. Dari Coach Azmir saya belajar dan terus sertai mana-mana program lain untuk tambah ilmu.
Perkara pertama kita mesti cari ilmu dengan zaman sekarang media social semuanya di hujung jari sahaja. Jangan terus tinggalkan makanan bergula, berlemak… Buat secara perlahan-lahan tapi pastikan kena konsisten setiap bulan. Ini Kekuatan dari program “30 Hari Fit Challenge” yang mana setiap bulan saya akan cabar diri untuk buat program ini.
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Paling sukar adalah bagaimana kita hendak sentiasa konsisten dan beristiqamah melakukannya. Sebab kebanyakan kita mampu berubah tapi dalam jangka masa yang sekejap. Usaha ini yang kita nak terapkan kepada kawan-kawan untuk terus menerus menjaga pemakanan dan kesihatan bukan skadar buat di satu-satu masa sahaja. Ini adalah cara hidup kita.
Boleh share apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Selain dari program dan coach yang berkaliber, kejayaan ini datang dari semangat yang lebih kuat atas dorongan dan sokongan kawan-kawan yang sentiasa aktif cergas dan sihat. Ini kekuatan paling kuat untuk kita berjaya dalam pengurusan berat badan. Dekat dengan kawan-kawan yang sama-sama membina semangat dan motivasi. Abaikan kawan-kawan yang ada sikap toksik untuk kita. Selalu juga sokong kawan-kawan lain untuk berubah ke arah lebih sihat.
Boleh share rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Seminggu tiga kali saya akan berlatih di Warriors FitCamp yang bertempat di Ulu Klang. Ia merupakan satu-satunya program asal saya gemuk dahulu sehingga kini. Sya juga lakukan latihan bebanan di gym. Dari segi pemakanan pula saya juga sudah berubah dengan mengurangkan makanan manis, bergula dan bergoreng.Paling penting bila saya off diet, saya akan kawal pengambilan pemakanan.
Terima kasih buat saudara Ahmadsaufi yang sudi berkongsi dan ditemubual oleh MASKULIN untuk perkongsian menarik ini. Semoga kisah penurunan berat badan ini mampu memberikan motivasi untuk anda yang ingin melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang benar-benar berperwatakan lelaki. Dari segi penampilan, dia berbadan sasa dan berfikiran matang.
Bila Bermula
Saya bermula dalam industri bina badan ini sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Ketika saya berumur 17 tahun , saya sudah berjinak-jinak dalam pertandingan bina badan peringkat junior. Pertandingan pertama saya ialah Mr Kuala Lumpur dan sejak itu minat saya dalam aktiviti bina badan makin mendalam sehingga lah sekarang.
Rutin Harian
Jika ada pertandingan, saya akan melewati gimnasium sebanyak enam kali seminggu. Ini semua dilakukan untuk persediaan saya menghadapi sesebuah pertandingan. Kalau rutin harian biasa saya, selalunya 4-5 hari seminggu.
Inspirasi dan Idola
Ketika saya di zaman sekolah menengah, saya seorang yang kurus. Justeru saya mendapat inspirasi untuk membina badan ketika saya melihat David Kimmerle. Dia seorang ahli bina badan merangkap seorang peragawan. Saya mahu menjadi seperti dia.
Tip dan Nasihat
Tip saya mudah, perkara pertama yang perlu diterapkan jika mahu membina badan adalah displin. Bila kita berdisplin, kita boleh melaksanakan banyak perkara yang berkaitan bina badan. Displin juga mengajar kita supaya menjaga perihal pemakanan. Segala latihan dan training akan lebih bersemangat. Akhir sekali, nasihat saya , gunalah dan manfaatkan kecergasan dan badan kita ke arah perkara positif.
Perancangan akan datang
Saya mahu maju membina badan sehingga saya dikenali dan diangkat sebagai idola seseorang. Saya juga mahu membuka gimnasium saya sendiri dan mengajar ilmu saya dalam bidang ini kepada semua orang yang memiliki semangat yang sama dengan saya.
Tun Mahathir pada kacamata Generasi Y
Sebagai Generasi Y itu sendiri, saya melihat cara kepimpinan Tun Mahathir lebih teratur. Cara pemikiran beliau juga tidak sama sekali dengan orang lain. Maksudnya, Tun Mahathir melihat sesuatu menjangkaui masa. Dia seorang yang idealistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.