Ketawa dikatakan boleh mengelakkan seseorang itu daripada terkena penyakit jantung kerana ketawa adalah ubat yang paling baik di dunia secara semulajadi.

Seorang pakar perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya berjaya merungkai perubahan mood seseorang itu akan memberi kesan kepada sistem imun dalam tubuh untuk melawan penyakit.

Kajian awal mendapati ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung dan perkara ini turut disokong pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze.

Michael dalam kajiannya turut menemui, mereka yang hidup pada tahun 1950-an secara puratanya akan ketawa selama 18 minit sehari. Namun kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.

Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali. Itu adalah fakta dan perkara ini dapat dilihat dengan jelas jika anda bergurau dengan bayi. Sikit-sikit mereka akan ketawa!

Sehubungan itu, jelaslah ketawa sedikit-sebanyak ada manfaatnya untuk tubuh manusia dan antara kebaikannya adalah seperti :

1. Meningkatkan sistem imun

Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya sistem ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.

2. Meningkatkan hormon endorphine

IKLAN

Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.

3. Melindungi jantung

Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.

4. Mengurangkan stress

Ketawa juga mampu mengurangkan stres yang kita sedang hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormon stres. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stres.

5. Memperbaiki pernafasan

IKLAN

Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

6. Baik untuk bahagian perut 

Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.

7. Menghilangkan kesakitan

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

IKLAN

8. Mengurangkan sikap agresif

Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini  boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

9. Meningkatkan kemahiran bersosial

Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

10. Meningkatkan ketahanan tubuh

Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

11. Merupakan senaman

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI