Niat kita memang la baik nak menegur demi kebaikan, tapi takut juga di salah ertikan dan menjadi punca gaduh pula.
Ya, bab nak tegur orang ni memang benda yang agak susah lebih-lebih lagi terhadap individu yang paling rapat dan disayangi. Bukan apa, cuma takut kalau-kalau teguran kita itu tidak boleh diterimanya atau membuatkannya berkecil hati.
Menurut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ini cara mudah untuk memberi teguran tanpa ‘menyakiti’.
#1 Betulkan Niat
Musahabah diri terlebih dahulu untuk mengelak teguran kita itu daripada menyakiti atau mengaibkan mana-mana pihak. Fikir balik apa niat sebenar anda untuk menegurnya. Untuk menyedarkannya dan mendorong dia untuk jadi manusia yang lebih baik atau sengaja mencari kesalahannya?
#2 Lafaz Doa Sebelum Menegur
Doa ini pernah dibacakan oleh Nabi Musa untuk menlembutkan hati Firaun:-
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)
#3 Selitkan Pujian
Ads
Teguran kita mungkin akan membuatnya kecil hati kerana tak semua orang memiliki kesabaran dan keterbukaan untuk menerima kritikan dengan sepenuh hati betul tak? Oleh itu, selitkan dengan pujian agar teguran kita itu seimbang bunyinya.
#4 Fokus Kepada Perkara Yang Ditegur
Bila nak tegur kalau boleh, terus terang sahajalah. Jangan berdolak-dalik sehingga maksud yang cuba disampaikan itu lari dari tujuan yang sepatutnya. Elak mengunkit hal-hal kesalahannya sebagai contoh:-
Kalau hari ni isteri buat air tak sedap, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap”.
Ads
Hmm, berbelas tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap? Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap? Kecil hati yang mendengar… Oleh itu, straight to the point, tegur dengan lembut dengan niat untuk menasihati dan fokus pada perkarayang hendak ditegur sahaja okay!
#5 Kawal Emosi & Ton Suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita.
Contoh: “Aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot?” Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.
#6 Doa Yang Terbaik Untuk Orang Yang Berkenaan
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
Ads
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.
Selamat beramal! ❤️
SUMBER – Inspirasi Bersama #DMFK @ Radio Sinar.fm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejujurnya kita semua cukup bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Langkah drastik yang diambil oleh kerajaan sejak wabak COVID-19 merebak dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan telah menunjukkan hasil yang positif.
Kadar jangkitan di negara kita telah berjaya dilandaikan dan tidak meningkat terlalu tinggi. Malah kerja keras yang dilakukan oleh barisan hadapan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuktikan ramalan pakar yang meramalkan kadar jangkitan di negara kita berlaku lebih tinggi.
Selain itu, kadar pematuhan oleh kita semua juga sangat tinggi. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diperkenalkan pula menyaksikan kadar pematuhan juga kekal tinggi dengan hampir 95 peratus.
Walaupun begitu kita semua tidak boleh terlalu selesa. COVID-19 masih lagi wujud di negara kita dan disebabkan itulah kita harus terus mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Ikut segala SOP yang telah diberikan oleh kerajaan sepanjang masa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyuarakan kebimbangan dan memberikan amaran risiko COVID-19 kembali menular ketika banyak negara sudah mula melonggarkan sekatan.
Badan kesihatan dunia kini terus mendesak agar negara-negara yang terlibat terus kekal berwaspada pada tahap paling tinggi.
Beberapa buah negara Eropah kini antara yang mula melonggarkan sekatan. Namun, wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara-negara berkenaan.
Pakar Kesihatan Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata beberapa buah negara telah menunjukan kemunculan semula kes seperti di Wuhan dan juga Korea Selatan yang mencatatkan 85 kes dari kluster seorang pengunjung kelab malam.
Tegasnya lagi, selepas sekatan dilonggarkan adalah normal orang ramai orang mula melakukan kegiatan sosial bersama-sama. Namun jika penjarakan sosial tidak diberikan penekanan yang tinggi risiko jangkitan akan meningkat.
Persoalannya, masyarakat dunia sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19.
Sehingga artikel ini ditulis, pandemik COVID-19 ini sudah meragut kira-kira 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Teruskan mengamalkan penjarakan sosial dan sama-sama kita boleh memastikan keselamatan antara satu sama lain!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai di antara kamu yang susah untuk bangun pagi. Walaupun dah set alarm dan sudah bunyi banyak kali, tapi masih lagi sukar untuk bangun. Jom ikut langkah-langkah ini, lepas ni kamu sudah tidak ada masalah masuk kerja lambat!
1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.
2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.
3. Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.
4. Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.
5. Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.
6. Mengetahui motivasi anda. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. Anda perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih “motivated” untuk bangun pagi.
7. Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain. Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk dilakukan.
8. Berikan diri anda sebuah penghargaan. Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman, berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan nada untuk bangun pagi se awal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk menunaikan ibadat wajib sebelum apa-apa kerja yang lainnya.
sumber: panduanpercuma.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KULIT BERMASALAH, MACAM-MACAM PRODUK DAH GUNA, TAPI HASILNYA MENGECEWAKAN. INI ANTARA MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN REAKSI KULIT KEPADA JERAWAT. AYUH KURANGKAN PENGAMBILANNYA.
MAKANAN BERLEMAK DAN BERGORENG
Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
MAKANAN DARIPADA PRODUK TENUSU
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
MAKANAN DARIPADA KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT
Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
MAKANAN YANG DIPROSES ATAU DITINKAN
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.