Nasihat untuk pengantin lelaki, gunakan 6 bulan pertama pernikahan sebaik mungkin. Perkahwinan adalah satu fasa kehidupan yang penuh makna dan tanggungjawab. Ia bukan sekadar ikatan antara dua insan, tetapi juga satu perjanjian suci yang disaksikan oleh Allah dan masyarakat.

Nasihat Untuk Pengantin Lelaki, Gunakan 6 Bulan Pertama Pernikahan Sebaik Mungkin

Bagi seorang lelaki, bergelar suami bukan hanya membawa gelaran baru, tetapi juga amanah besar untuk memimpin, melindungi dan membimbing isteri menuju kehidupan yang diredai. Cabaran yang mendatang bukan sedikit, namun dengan ilmu, kesabaran dan keikhlasan, seorang suami mampu membina rumah tangga yang kukuh dan bahagia.

Dalam Islam, seorang lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai suami perlu bersedia bukan sahaja dari segi fizikal dan kewangan, tetapi juga emosi dan spiritual. Perkahwinan menuntut pengorbanan, kefahaman, dan komunikasi yang berterusan.

Nasihat Untuk Pengantin Lelaki, Gunakan 6 Bulan Pertama Pernikahan Sebaik Mungkin

Maka, amat penting bagi pengantin lelaki untuk memahami peranan mereka dengan mendalam, serta sentiasa memperbaiki diri agar menjadi pasangan yang mampu membawa keluarga ke arah kebaikan.

Berikut beberapa nasihat penting untuk para pengantin lelaki agar dapat memulakan bahtera perkahwinan dengan langkah yang bijak dan penuh keberkatan

Nasihat serius untuk pengantin baru lelaki:

1. Jangan pernah segan silu untuk menikmati 6 bulan pertama pernikahanmu. Itulah fasa “honeymoon” yang kemanisannya hanya akan dirasai oleh pengantin baru sahaja.

Ads

2. Jangan terkejut jika setelah itu gelombang mulai melanda kerana engkau akan tiba di fasa “adjustment” di mana cara engkau dibesarkan (upbringing) akan “clash” dengan cara pasanganmu dibesarkan.

3. Ketika itu engkau akan seperti baru berkenalan walaupun sudah bertahun engkau mengenali dirinya.

Nasihat Untuk Pengantin Lelaki, Gunakan 6 Bulan Pertama Pernikahan Sebaik Mungkin

4. Di fasa itu, ketap bibirmu dan genggam eratlah kesabaranmu kerana di fasa itu si dia paling memerlukan kesabaran dan kebijaksanaanmu sebagai kepala rumah tangga.

5. Peganglah pada nasihat ini. “Jangan pernah percaya omongan isterimu tatkala si dia sedang beremosi. Dia tak perlukan nasihatmu ketika sedang beremosi, dia cuma perlukan dirimu untuk berada di sisi ketika dia berada di tahap yang paling rapuh sekali.”

Ads

Nasihat Untuk Pengantin Lelaki, Gunakan 6 Bulan Pertama Pernikahan Sebaik Mungkin

6. Akan sampai suatu fasa yang lebih indah daripada fasa pertama iaitu fasa “acceptance dan resolution.” Ketika itu engkau akan ketawa tersenyum bahagia melihat tingkah dan perangai pasanganmu kerana engkau tahu bahawa dialah racun dan dialah juga penawar hidupmu.

7. Ingat, perkahwinan ini adalah ibadah paling lama yang engkau akan jalani. Niatkan untuk menjalani perkahwinan ini kerana Allah dan insyaAllah setiap ujian, kesabaran, kekecewaan, kemanisan, gelak ketawa dan segala galanya sepanjang perkahwinan ini akan bernilai ibadah di sisiNya.

Perkahwinan adalah permulaan kepada satu perjalanan yang panjang. Ia bukan hanya tentang hari bahagia, tetapi tentang bagaimana anda mengemudi bahtera itu agar terus belayar dengan tenang. Jadilah suami yang bukan hanya dicintai, tetapi juga dihormati dan diteladani.

Ads

Sumber: Taufik Razif

BACA: Tak Rugi Pun Mengalah Zain Saidin Dedah Rahsia Perkahwinan Bahagia

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI