Pening dengan kisah dunia sekarang ni. Elok-elok lelaki nak jadi perempuan kan. Kalaulah korang ingat dulu viral kisah usahawan muda, Safiey Ilyas pernah menggegarkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia ingin kembali ke pangkal jalan berubah daripada seorang ‘mak nyah’ menjadi lelaki semula. Namun, perubahan Safiey itu tidak bertahan lama apabila dia dikatakan kembali semula menjalani kehidupan lamanya. Dan makin melampau-melampau jadinya.
Baru-baru ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari. Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama.
Ini respon Safiey Ilyas mengenai insiden tersebut:
Ads
Hari ini, Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu. Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.
Ads
Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu
Terdahulu, Safiey telah memuat naik gambar bersama teman lelakinya ketika berada di Bangkok. Mereka dilihat berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”.
Ads
Harap Safiey fikir panjang dululah sebelum nak buat apa-apa. Netizen pula sebaiknya berhenti mengecam tindakan Safiey sebaliknya berusaha menariknya kembali ke pangkal jalan. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Safiey Ilyas.
Sumber : safieyillias94
Via : Ohbulan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia hiburan figura-figura popular seperti pelakon sememangnya menjadi pujaan ramai peminat. Untuk bertemu mata sendiri dengan mereka merupakan peluang yang sukar didapati. Disebabkan itulah banyak pihak terutamanya muzium atau pameran menampilkan patung lilin menyerupai mereka.
Tapi bagaiamana jika patung lilin yang dihasilkan tidak menyerupai artis yang ingin diabadikan? Lebih teruk jika ia ditampilkan dengan karakteristik salah.
Sebagai contoh dalam kes terbaru Dwayne Johnson atau nama gelanggang gustinya, The Rock tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada sebuah muzium kerana menampilkan patung lilin menyerupainya sedikti berbeza.
Menerusi satu hantarannya di Instagram, Dwayne Johson berkata dia dan pasukannya akan mengubungi muzium tersebut dengan segera bagi memastinya ia diperbaiki dan tepat dengan warna kulitnya yang sebenar. Isu ini timbul selepas peminatnya mendakwa patung lilin tersebut bagaikan sengaja menjadikan kulit Dwayne Johnson lebih cerah daripada asal.
Muzium tersebut, The Musée Grévin terletak di Paris mengatakan pihak mereka menukar patung yang tersebut selepas seminggu mendapat ejekan di media sosial dan rayuan daripada pelakon tersebut sendiri.
Patung tersebut, yang diperkenalkan pada hari Isnin lepas oleh The Musée Grévin setara dengan Madame Tussauds di Perancis menampilkan bintang ‘Fast and the Furious’ dan jaguh gusti tersebut dengan memakai polo biru dan seluar sambil melipat tangan dan senyuman di wajahnya.
Kritikan secara di atas talian pantas diutarakan mengolok-olok beberapa aspek dari patung tersebut, terutamanya warna kulit yang banyak dinyatakan secara ketara lebih cerah daripada Johnson.
“Siapa ini kerana uhhhh… Kamu tahu dia adalah keturunan Samoan dan Afrika kan lol?” tulis seorang pengulas. Kiriman Instagram mengenai patung yang ‘kekurangan melanin’ pada akaun berita selebriti popular The Shade Room menerima lebih daripada 40,000 komen.
Ahad lalu, Dwayne Johnson sendiri memberi pendapat dan menyiarkan semula video tersebut Instagram di mana pelawak James Andre Jefferson Jr. bergurau bahawa patung itu “nampak seperti dia bekerja di H & R Block.” Beliau menambah bahawa dia akan meminta wakilnya bekerjasama dengan muzium untuk “beberapa butiran dan peningkatan penting – bermula dengan warna kulit saya.”
The Musée Grévin memberi respons kepada kritikan pada petang hari Isnin dengan satu hantara di Instagram Story mengatakan mereka mendengar maklum balas dan artisnya sedang berusaha untuk memperbaiki patung lilin tersebut.
Difahamkan muzium tersebut turut memiliki lebih daripada 250 patung lilin selebriti seperti Angelina Jolie, Presiden Joe Biden dan Serge Gainsbourg.
Dalam kiriman di laman webnya, muzium tersebut membeberkan proses reka bentuk yang teliti untuk patung itu, menunjukkan bahawa mereka mengambil masa 10 hari untuk meniru tatu Johnson dan mata harus dibuat semula tiga kali. “Hal paling rumit tentang realisme adalah membuat patung menjadi hidup dari perspektif pengunjung,” kata artis, Stéphane Barret.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit ‘Slip disc’ ni memang tidak boleh di pandang remeh dan dibuat main. Sebelum ini Hafiz Suip yang popular dengan lagu awan nano ni pernah di serang penyakit ‘Slip disc’ gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal. Terbaru, telah memuat naik satu gambar beliau menerima rawatan dengan caption ‘ Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku…slip disc datang lagi dengan permainan baru!!’
Rata-rata netizen mendoakan Hafiz kembali sihat dan kata-kata semangat buatnya.
Namun rentetan dari kisah Hafiz Suip ini kami kongsikan sedikit info tentang penyakit ‘Slip disc’ ini
Slip disc adalah keadaan di mana tulang belakang telah berganjak atau telah tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.
Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini.
Di antaranya ialah disebabkan:
Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang
1.REHAT SECARA TENANG DAN RELAKS
Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Jangan terlalu berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.
2. BERJALAN KAKI SEDEKAT BOLEH
Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).
Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.
3. AMBIL UBAT JIKA PERLU
Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, mengehadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.
Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.
4.CUBA TERAPI HABA ATAU AIS
Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Hanya boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.
Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.
5. TERAPI FIZIKAL
Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal. Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan. Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.
6. PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG
Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri. Mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.
7.PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK TULANG BELAKANG
Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc. Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai yang berniat untuk menyimpan di awal bulan, tup tup dapat gaji semua habis kadang-kadang tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’ la jawabnya.
Tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan, yang penting fokus dan demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.
Tapi bagaimana nak simpan duit? Jadi kami kongsikan tip Aminahtul Mardhiah untuk ibu bapa yang berniat untuk menyimpan duit demi anak-anak. Beliau praktikkan dan dia berjaya menyimpan RM12600 setahun . Menarikkan?
“ Harini Aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Cara :
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan. Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan! Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. ?
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Sumber Aminahtul mardhiah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.