Kira-kira setahun yang lalu G-Dragon, ikon K-pop popular yang merupakan ahli grup Big Bang memperkenalkan kolaborasi pertamanya bersama Nike. Dia yang juga merupakan ikon fesyen memiliki sebuah label fesyen, PEACEMINUSONE memperkenalkan kolaborasi bersama Nike menerusi Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’.
Jika versi pertama tampil dengan pilihan warna hitam, kali ini G-Dragon memilih warna putih sebagai pilihan untuk kolaborasi terbaru. Sneakers tersebut direka dengan menampilkan permukaan yang multifaceted atau lapisan.
Ads
Ia membawa ideologi fesyen yang dibawa oleh G-Dragon dengan meneroka sisi kreatif di sebalik penggunaan kasut dalam jangka waktu yang lama. Lapisan pertama direka untuk mudah terhakis lalu menonjolkan rekaan sebenar disebaliknya.
PENGARUH VISUAL
Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’ versi kedua ini juga bakal memberikan estetika pengalaman berbeza kepada setiap pasangan yang berbeza. Dengan menggunakan pengaruh visual yang mecabar trend terkini, G-Dragon mempunyai hala tuju atau mindset rekaan tersendiri yang digelarnya sebagai ‘Youtopia’.
Ads
Koleksi ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa seperti versi pertama yang lalu di mana ia lesap dibeli dalam sekelip mata oleh penggemar sneakers.
Ads
Difahamkan, koleksi Nike x G-DRAGON AF1 ‘Para-Noise’ ini akan dikeluarkan serentak di seluruh dunia pada 25 November 2020.
Ikuti video-video menarik di channel YouTube MASKULIN untuk info lelaki terkini. Follow dan subscribe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada banyak perkara yang menjadikan lelaki tampak menarik dan macho di mata umum. Cara mereka berjalan, karisma yang mereka tonjolkan, semua itu cenderung kepada wanita tergila-gilakan mereka. Namun tahukah anda, ada beberapa perkara yang membuatkan kaum Adam ini terseksa? Perkara yang hanya mereka saja tahu.
Ini seringkali terjadi kepada lelaki yang baru mencapai usia matang. Tanpa sedar, badan akan bercambah bulu tak kira tempat. Mungkin ada di antara lelaki yang mengalami masalah ini terasa sangat tertekan kerana bulu yang tumbuh sungguh mengganggu fikiran mereka. Namun, ia adalah normal. Tahniah lelaki, anda sudah dewasa.
Baru saja nak menerima kenyataan dan hakikat bahawa bulu tumbuh di merata badan, lelaki dikejutkan pula dengan kehilangan bulu. Ini bermaksud rambut! Kebanyakkan lelaki mengalami masalah botak di satu bahagian kepala. Pelik kan? Ketika itu lelaki akan berfikir samada untuk buang semua rambut dan menjadi botak atau ke pusat rawatan rambut untuk menambah rambut. Ini sedikit sebanyak mencalar ego para lelaki, kerana separa botak boleh menjatuhkan saham mereka.
Bukan senang nak mencukur ye. Ia memerlukan skill dan kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin ada sesetengah lelaki tidak gemar akan jambang, jadi mereka membuat keputusan untuk mencukur. Namun, jika salah mencukur, wajah akan tampak buruk dan potensi lelaki dikecam rakan sekeliling sangat tinggi. Mereka akan dianggap amatur dalam penjagaan diri. Sekali lagi ego mereka tercalar.
Ini sangat unik. Lelaki seringkali dianggap menakutkan atau di label perogol bersiri atau pembunuh jika mereka berpakaian pelik. Anda yang wanita tu cuba bayangkan jika anda berjalan seorang diri dalam kawasan gelap, dan anda diekori oleh seorang lelaki berpakaian mencurigakan, pasti anda gelabah kan? Hakikatnya, lelaki tersebut pun sedang menuju ke destinasinya. Ini yang digeruni lelaki, tak kan mereka nak ke sebelah wanita dan cakap “jangan takut, saya bukan pembunuh” pasti wanita akan lebih takut kan? Ubah cara menampilan? Kalau itu gayanya, macam mana nak ubah?
Ini sangat sinonim dengan semua lelaki di atas dunia ni. Siapa tak pernah dipukul secara tak sengaja di bahagian tut…. pasti sakit kan? Nyilu dia yang amat! Lelaki yang bersukan terutamanya, sering berhadapan dengan masalah ini, namun jangan risau, sakitnya hanya memakan masa sekejap. Tapi perlu ingat, jika pukulan di tempat itu kuat, potensi untuk lelaki itu mandul sangat tinggi.
Ini boleh menjadikan sesama mereka awkward. Wanita seringkali tertanya-tanya adakah sesama mereka melihat alat sulit mereka? Ataupun adakah mereka berinteraksi semasa buang air? Jawapannya TIDAK! Mereka bukan wanita, yang boleh beramah mesra dengan sesiapa saja di dalam tandas sambil touch up makeup. Peraturan di dalam tandas, jangan sesekali berkomunikasi dengan jiran sebelah ketika sedang buang air, atau jangan merinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Jangan pelik wahai kaum hawa jika pasangan anda fanatik dengan sukan. Lebih baik dia fanatik dengan sukan berbanding wanita lain kan? Haha sukan sudah menjadi sebahagian daripada diri lelaki dari dulu sampai sekarang. Lelaki akan cenderung kepada emosi yang sangat extreme apabila pasukan kesukaan mereka tu menang ataupun kalah. Mereka boelh mengalirkan air mata jika gembira, atau bertindak untuk membakar stadium jika pasukan kegemaran mereka kalah. Menakutkan kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang sering mengabaikan ciri-ciri penting ketika ingin membeli kasut sukan. Bagi mereka, kalau nak beli kasut suka cukup sekadar memilih yang cantik dan mahal sahaja.
Pemilihan kasut sukan yang sesuai dan sempurna amatlah penting bagi mengelakkan kaki anda tercedera ketika melakukan senaman atau aktiviti.
Malah memakai kasut sukan yang menepati saiz dan bentuk kaki akan membuatkan langkah anda jadi lebih selesa.
Pastikan anda jangan main pillih je kasut sukan. Sebelum nak beli kasut sukan, perhatikan dahulu empat ciri-ciri ini agar anda dapat membeli kasut sukan yang berkualiti.
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut sukan yang ketat. Berkualiti macam mana pun kasut sukan anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda membelinya. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi, berhati-hatilah apabila memilih kasut sukan ye!
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza? Jangan pernah memakai sebelah kaki saja dan terus membeli kasut sukan tersebut. Takut nanti anda akan menyesal apabila balik ke rumah.
Sebelum anda ingin membeli kasut sukan, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas daripada pembeli lain. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut sukan itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall sudahnya tak kena cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.
Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut sukan mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut sukan yang berseuaian untuk aktiviti yang anda lakukan dalam bangunan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya tidak lengkap jika seorang lelaki tidak pernah memiliki sekurang-kurangnya sehelai seluar jean Levi’s. Jenama yang dipercayai sejak turun-temurun sebagai pengeluar denim, pakaian dan aksesori ini sudah cukup sinonim di kalangan golongan lelaki di peringkat global dan Malaysia amnya.
Walaupun terkenal dengan rekaan jean potongan klasiknya, setiap tahun Levi’s pasti tidak pernah ketinggalan memperkenalkan inovasi baharu.
Terkini Levi’s bakal memperkenalkan pelitup muka atau face mask reusabale. Ini bermakna pelitup muka istimewa keluaran mereka boleh diulaNg pakai dan dicuci semula. Berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, Levi’s pada awalnya memainkan peranan untuk membantu pelbagai komuniti.
Di Amerika Syarikat sebagai contohnya, Levis’s telah menyumbna sebanyak USD3 juta kepada tabung Covid-19. Ia disalurkan kepada pelbagai program serta rangkaian yang boleh membantu komuniti secara terus dan cepat.
Ketika pandemik ini dilihat masih tiada penghujungnya, Levi’s sedar akan tanggungjawab mereka untuk memenuhi permintaan pelitup muka di kalangan orang awam.
Pelitup muka yang diperkenalkan oleh Levi’s datang dalam tiga warna berbeza dalam setiap pek. Setiap satu mempunyai corak cetakan seperti yang biasa kita lohat pada bandana dan juga kemeja keluaran mereka.
Tinjauan MASKULIN di Facebook Levi’s mendapati pelitup muka istimewa ini bakal dilancarkan di Malaysia berkemungkinan pada 20 Julai 2020.
Rata-rata pengguna terutamanya peminaty jenama Levi’s begitu teruja untuk mendapatkan pelitup muka eksklusif ini. Ia bakal dijual menerusi Levi’s Store secara online dan juga butik Levi’s yang terpilih.
MASKULIN menjangkakan pelitup ini bakal laku keras dan sold out dalam sekelip mata sahaja. Jika anda berminat ingin dapatkan pelitup muka ini teruskan dapatkan update terkini dari Levi’s Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.