Nissan Perkenal Model GT-R Edisi Istimewa Tribute Kepada Jaguh Tenis Naomi Osaka

Share

Ini merupakan projek yang cukup istimewa dan sangat eksklusif diperkenalkan oleh Nissan. Kereta model GT-R (R35) ini merupakan tribute istimewa kepada jaguh tenis muda Jepun, Naomi Osaka.

Naomi Osaka bersama salah sebuah model GT-R edisi istimewa.

Naomi yang merupakan suara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat kini bergelar sebagai pemain di ranking keempat dunia. Bertindak sebagai duta Nissan, Naomi dilihat menjadi ikon sukan tenis dan juga inspirasi buat rakyat Jepun untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

BACA: Harley Davidson Blue Edition Motosikal Termahal Di Dunia!

Hanya 50 unit sahaja Nissan GT-R edisi istimewa dihasilkan dan Naomi memainkan peranan sangat besar dalam memilih warna kereta-kereta yang dikeluarkan.

Terdapat tiga warna yang mampu membuatkan ramai terpesona iaitu ungu, putih dan hitam. Ketiga-tiga warna tema ini juga boleh dilihat di bahagian dalam kereta yang mempunyai sentuhan berkualiti tinggi.

Turut diberi gelaran Osaka GT-R ia dilengkapi dengan carbon spoiler dan plat enjin emas. Untuk bahagian enjin dan chasis tidak ada sebarang perubahan dilakukan berbanding model biasa.

Kombinasi enjin 562 kuasa kuda twin-turbo dan ATTESA kereta ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

IKLAN