Koleksi eksklusif Oakley yang tampil dengan Kokoro Collection tampil untuk memberi inspirasi kepada atlet pelbagai upaya untuk berkongsi semangat kesukanan global. Direka oleh pereka terkenal, Meguru Yamaguci koleksi ini turut membawa signifikasi besar dalam perkembangan terkini yang melanda dunia iaitu pandemik Covid-19.
Bersempena pelancaran koleksi ini, Oakley memberikan sumbangan sebanyak USD200,000 (RM849,900) kepada Solidarity Response Fund for World Health Organization bagi membantu mereka mengesan, merawat dan memberian respons terbaik terhadap wabak Covid-19.
Ads
‘Kokoro’ yang merupakan perkatan Jepun membawa makna yang cukup tersendiri. Dengan maknanya yang unik iaitu ‘jiwa, minda, semangat’, ia mampu menyatukan atlet pelbagai keupayaan, ahli profesional dan pekerja am dalam kehidupan seharian.
Meguru Yamaguci yang merupakan pereka asal Tokyo tetapi menetap di Brooklyn, New York menghasilkan rekaan dengan sentuhan hebat.
Ads
Meguru Yamaguchi
Kerjasama beliau bersama Team Oakley turut menerokai semangat kesukanan yang diterapkan dalam setiap rekaannya. Kokoro Collection dilancarkan dengan beberapa siri cermin mata.Di antaranya ialah Flak 2.0 XL, Radar EV Path, Radarlock Asia Fit, Flak 2.0 Asia Fit, Sutro, Frogskins, Frogskins Asia Fit, EVZeroTMBlades, Flight Jacket, JawbreakerTM dan Airbrake MX goggles.
Kesemua cermin mata ini juga turut dilengkapi dengan teknologi baru Oakley, Prizm Lens Technology yang direka untuk mengoptimumkan warna dan kontras agar atlet dapat melihat dengan lebih jelas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemurungan merupakan salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, di setiap lingkungan umur. Penyakit ini melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kekecewaan, putus asa dan hilang semangat secara berterusan, sehingga melebihi dua minggu.
Apabila berbicara mengenai kemurungan, golongan wanita juga terdedah dengan gejala ini pada tahap serius, malah kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.
Golongan wanita boleh menerima kesan kemurungan bila-bila masa sahaja. Kemurungan memang boleh dialami oleh seseorang bergantung kepada bagaimana dia menerima keadaan itu, namun, selalunya kemurungan akibat kesedihan yang dialami mungkin sekitar dua tiga jam sahaja, tetapi sekiranya melarat sehingga melebihi dua minggu, ia sudah menjadi begitu serius.
“Golongan wanita menerima kesan kemurungan dalam fasa-fasa tertentu iaitu pada tahap kanak-kanak, remaja, dewasa, perimenopaus dan seterusnya pada peringkat menopaus. Malah, golongan ini juga akan melalui mood yang berubah sewaktu dalam pantang selepas bersalin.
“Sekiranya, kemurungan yang berpanjangan mengakibatkan kemudaratan kepada individu seperti hilang selera makan, rasa tidak seronok, sukar untuk tidur, sentiasa rasa bersalah, rasa tidak berguna, perkara seperti ini harus diambil berat oleh semua pihak terutama keluarga kerana mereka yang sepatutnya memahami dan mengetahui keadaan psikologi insan berkenaan yang di luar daripada kebiasaan.
Kemurungan juga boleh berlaku sekiranya mereka mempunyai sejarah keluarga yang berkaitan dengan kesihatan mental, keadaan persekitaran, stres dan kecelaruan fikiran. Golongan wanita sentiasa melalui fasa-fasa kehidupan yang menekan dan sekiranya tiada pendinding diri, tidak kuat dengan ketahanan mental, fikiran mereka boleh terjejas. Kemurungan terbahagi kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan serius.
Gejala lebih teruk apabila ada perasaan ingin membunuh diri, masalah gangguan hidup seperti tidak boleh bekerja, tidak boleh melakukan aktiviti keluarga seperti menjaga anak atau memasak dan menyebabkan kesengsaraan sehingga membabitkan anak-anak dan keluarga.
Penyakit psikologi ini bukan setakat rasa sedih, namun boleh melarat kepada simptom lain seperti rasa pesimis, putus asa sehingga mendengar bisikan negatif yang boleh membayangkan diri dan mengundang perkara yang tidak diingini.
“Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan hormon, gaya hidup trauma silam, masalah rumah tangga dan konflik diri menyebabkan tekanan. Namun, tekanan dan kemurungan sebenarnya lebih kerap melanda wanita dewasa yang produktif berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 40 tahun,”
Golongan yang mengalami kemurungan perlu mendapatkan rawatan daripada mereka yang profesional dalam bidang berkenaan, namun stigma masyarakat menghalang mereka daripada mendapatkan rawatan yang sempurna. Ini kerana ramai yang menganggap seseorang itu adalah ‘gila’ kalau berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila. Tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.
Kemurungan juga berbeza dengan perasaan cemas tidak menentu (anxiety disorder). Mereka yang mengalami perasaan cemas secara tiba-tiba ini menyebabkan mereka tidak boleh bernafas, berdebar-debar dan panik. Mereka khuatir sekiranya diserang sakit jantung, tetapi sebenarnya tidak.
“Serangan panik dan cemas secara tiba-tiba ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sehinggakan mereka akan menjadi cemas tentang hal-hal kecil yang sepatutnya tidak perlu dirisaukan,”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia fesyen dan seni sering kali bertemu di persimpangan kreativiti, dan kali ini, Converse Malaysia mengambil inisiatif untuk menjadikan persimpangan ini lebih bermakna melalui aktivasi “Creative Exploration”.
Berlangsung di bawah kempen global ‘LOVE, CHUCK’, program ini bukan sekadar satu pameran seni, tetapi satu usaha kolaboratif yang menyatukan industri fesyen, akademik, dan komuniti seni tempatan.
Dirasmikan 28 Februari lalu, Balai Seni Negara akan menjadi saksi kepada pelancaran rasmi Creative Exploration, satu kolaborasi dinamik antara Converse Malaysia, Balai Seni Negara, serta institusi pengajian tinggi ternama seperti UiTM dan MIA.
Turut hadir memberikan sokongan, ialah tetamu kehormat, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam menyokong bakat seni muda tempatan.
Kasut Chuck Taylor bukan sekadar sepasang kasut biasa. Ia adalah kanvas kosong yang membuka peluang kepada ekspresi tanpa batasan.
Menerusi inisiatif Creative Exploration, pelajar-pelajar seni dari UiTM dan MIA akan diberi peluang untuk menjadikan kasut ikonik ini sebagai medium ekspresi seni mereka.
Hasil karya mereka bakal dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025. Karya-karya ini akan dipilih untuk dipamerkan di beberapa butik utama Converse sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Dr. Shaliza binti Mohd Shariff, “Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan.
“Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka. Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” jelasnya lagi.
Bagi pelajar yang menyertai program ini, ia bukan sekadar satu pengalaman akademik. Mereka diberikan peluang untuk melihat bagaimana hasil seni mereka boleh diterjemahkan ke dalam dunia fesyen komersil.
Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada mereka untuk membina jaringan dengan penggiat seni, pihak industri, dan juga institusi seni berpengaruh seperti Balai Seni Negara.
Bagi Balai Seni Negara sendiri, aktivasi seperti ini adalah peluang untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin seni kontemporari Malaysia.
Dengan memberikan ruang kepada bakat muda, ia secara tidak langsung membantu membentuk ekosistem seni yang lebih berdaya saing dan inovatif.
Creative Exploration bukan sekadar projek jangka pendek. Ia dirancang sebagai satu inisiatif mampan yang dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan.
Dengan kejayaan awal ini, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak kolaborasi seumpama ini yang memperkasakan seni kreatif tempatan dalam konteks yang lebih luas.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri hasil kreativiti luar biasa ini, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran Creative Exploration di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025.
Dengan gabungan seni, fesyen, dan ekspresi kreatif, pameran ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menginspirasikan tetapi juga membuka mata terhadap potensi besar bakat seni tempatan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Man photo created by karlyukav – www.freepik.com
Tip memilih sepasang cermin mata
Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada usia 15 tahun, Salim Sacoor bukan sahaja membina jenama sendiri, malah bekerjasama dengan Montigo untuk membantu atlet kekal terhidrat dan menyokong pemulihan atlet cedera.