
PUTRAJAYA, 5 Mei — Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lepas.
Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.
“JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja,” menurut kenyataan itu.
Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik COVID-19.
“Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.
“Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” menurut JPJ.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro x MPL MY S15 Pentas Kebanggaan Menyatukan Dua Dunia, Hiburan dan E-sukan

Malaysia bakal menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam dunia hiburan dan e-sukan apabila dua nama besar industri, Astro dan MPL Malaysia, berganding bahu menganjurkan Grand Finals MPL MY Musim ke-15.
Peristiwa ini bakal menjadi titik tumpu dalam kalendar budaya dan hiburan negara, apabila dua entiti utama industri menggabungkan kepakaran serta pengaruh mereka untuk mencipta sebuah acara yang bukan sekadar kompetitif, malah menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.
Acara berprestij ini akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada 14 dan 15 Jun 2025. Lokasinya yang strategik dan mudah diakses menjadikannya tempat ideal untuk menghimpunkan para peminat e-sukan, pencinta hiburan serta penggiat industri dalam satu ruang yang inklusif dan bertenaga.
Mengangkat tema “Pentas Kebanggaan”, acara ini berperanan sebagai platform nasional yang menyatukan ekspresi belia, semangat komuniti, serta kebanggaan negara. Ia adalah lambang sinergi budaya moden dan semangat kesatuan dalam kalangan generasi muda yang semakin berani menyuarakan identiti mereka melalui medium kontemporari.
Kolaborasi Strategik: Astro & MPL Malaysia
Tahun ini menandakan tahun kedua kolaborasi antara Astro dan MPL Malaysia. Usaha bersama ini mencerminkan visi jangka panjang untuk menjadikan e-sukan sebahagian daripada landskap hiburan arus perdana di Malaysia.
Astro, dengan kekuatan kandungan dan platform media menyeluruh, serta MPL Malaysia, sebagai peneraju komuniti e-sukan tempatan, bergabung dalam satu misi untuk merapatkan jurang antara dua dunia yang dahulunya terpisah.

Menerusi tema “Pentas Kebanggaan”, acara ini bukan sekadar kejohanan kompetitif, tetapi perayaan budaya dan identiti generasi muda Malaysia.
Ia mengangkat bakat tempatan serta memberi ruang kepada belia untuk meraikan pencapaian dan kreativiti mereka dalam suasana inklusif dan progresif.
Pendekatan ini mengukuhkan kedudukan e-sukan sebagai sebahagian daripada gerakan budaya kontemporari negara.
Barisan Artis dan Persembahan Pentas
Menghidupkan suasana dan menyemarakkan lagi kemeriahan acara, Astro membawakan barisan artis yang bukan sahaja terkenal di persada muzik tanah air, malah turut menampilkan bakat baharu yang sedang meningkat naik.
Kehadiran artis-artis ini dijangka memberi sentuhan dinamik kepada acara, menjadikannya bukan sahaja medan persaingan e-sukan, tetapi juga sebuah festival hiburan yang dinanti-nantikan.
Antara nama yang bakal menyerikan pentas termasuk:
Artis Persembahan:
- Mimi Fly
- Aisha Retno
- Perserta Big Stage Alpha
- Firdaus Rahmat
- Bunga Isme
- Layla Sania
- Wani Kayrie
- Shahrol Kamal
- Isaac Voo
- Lucidrari & Neil
Penampilan Istimewa:
- Daniel Fong
- Arena Wan
Hos Acara:
- Keanu Azman
- Munabella
- Daniel Cheang
- Rose
Barisan ini dijangka menarik minat bukan sahaja peminat e-sukan, malah penggemar muzik dan hiburan arus perdana.
Pengalaman Imersif dan Pelbagai Pengisian
Selain aksi perlawanan akhir, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Konsert Pra-Anugerah Astro x MPL (14 & 15 Jun)
- Majlis Anugerah & Perlawanan Akhir Grand Final (15 Jun)
- Pratonton eksklusif kandungan Astro termasuk drama, program realiti dan produksi Astro Originals
- Zon interaktif peminat dan aktiviti jenama
Gabungan elemen hiburan dan e-sukan ini menawarkan pengalaman menyeluruh yang menyentuh pelbagai aspek minat audiens muda masa kini.
Liputan Menyeluruh Melalui Platform Digital & Media
Astro memanfaatkan rangkaian platformnya merangkumi TV, digital dan radio untuk memperluas capaian dan keterlibatan acara ini.
Bersama dengan komuniti MPL yang aktif, acara ini dijangka meraih liputan dan penglibatan yang meluas, baik secara fizikal mahupun digital.
Grand Finals MPL MY S15 bersama Astro adalah lebih daripada sebuah kejohanan. Ia merupakan manifestasi kepada perubahan budaya, di mana e-sukan dan hiburan berjalan seiring sebagai medium ekspresi belia moden Malaysia.
“Pentas Kebanggaan” bukan sekadar tema, tetapi sebuah kenyataan tentang arah masa depan industri hiburan dan komuniti digital tanah air.
Sorotan Acara Utama
14 & 15 Jun: Konsert Pra-Anugerah Astro x MPL
15 Jun: Majlis Anugerah & Perlawanan Akhir Grand Final
“Pentas Kebanggaan” bukan sekadar sebuah acara e-sukan atau persembahan hiburan. Ia mencerminkan satu gabungan unik antara dua dimensi hiburan moden, iaitu e-sukan dan hiburan arus perdana, yang bersama-sama membentuk pengalaman budaya menyeluruh dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia.
BACA: Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Agar Jadi Kaki Lebih Kuat Untuk Larian
Melangkaui pentas pertandingan, acara ini menjadi ruang di mana generasi muda mengekspresikan identiti, aspirasi dan kebanggaan mereka sebagai rakyat Malaysia yang aktif dalam dunia digital dan kreatif.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman unik ini. Untuk maklumat dan kemas kini terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Astro dan MPL Malaysia dan jadi sebahagian daripada naratif budaya yang sedang berkembang ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nafsu Makan Melampau Buat Badan Lelaki Nampak Buruk Dan Selekeh


MINUM AIR SECUKUPNYA 2-3 LITER SEHARI.
Air sangat diperlukan oleh badan kita. Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda! Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.

NUTRISI SEIMBANG
Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien di dalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrien kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.

PUASA
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.

SEDIAKAN KUDAPAN/SNEK YANG BERKHASIAT.
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya.

SEDIAKAN JADUAL
Tip ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman berserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Menyeru Penyertaan Sukarelawan Tangani Covid-19

Sama ada kita suka atau tidak inilah dugaan yang sekali lagi harus kita harungi. Gelombang ketiga Covid-19 kini sedang melanda negara kita dengan beberapa negeri seperti Sabah, Selangor dan WP Kuala Lumpur saban hari mencatat kes agak tinggi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meneruskan peranannya sebagai figura penting.
Kita pernah melakukankannya. Melandaikan kadar penularan Covid-19 boleh dilakukan namun semua pihak harus berganding bahu membantu barisan hadapan negara. Terbaru, Dr. Noor Hisham menyeru dan membuka penyertaan sebagai sukarelawan bukan KKM bagi menangani pandemik Covid-19.
Menerusi satu hantarannya di Facebook, beliau berkata KKM menyeru mana-mana individu untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM. Ia bagi membantu KKM untuk berdepan dengan ujian besar gelombang ketiga Covid-19.
TUGAS DIPERLUKAN
Dr. Noor Hisham menyenaraikan beberapa sukarelawan bagi beberapa jenis jawatan. Antara jawatan sukarelawan yang amat diperlukan ialah:
1. Doktor Perubatan
2. Pegawai Sains Mikrobiologi
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Jururawat
5. Penolong Pegawai Perubatan
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
7. Juruteknik Makmal Perubatan
8. Juru X-ray
9. Pembantu Kesihatan Awam

Kesemua tugas sukarelawan ini diperlukan untuk membantu dan menjalankan beberapa jenis perkhidmatan penting. Berikut merupakan tugas yang diperlukan KKM:
1. Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
2. Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
3. Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.
SYARAT KELAYAKAN
Kepada yang berminat untuk menabur bakti dan jasa kepada negara, anda perlu memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan di atas sebagai kelayakan menyertai khidmat sukarelawan ini. Antara syarat-syarat yang dinyatakan oleh KKM ialah:
1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari
Inilah masanya untuk anda yang mempunyai kelayakan dan memenuhi kriteria turun sebagai barisan hadapan utama untuk membantu KKM menangani penularan Covid-19.
Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan pautan di sini https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi menerusi e-mel: mobilisasi19@gmail.com
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

