Lelaki dan permainan video memang tidak dapat dipisahkan. Namun malang bagi lelaki ini apabila gara-gara leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, dia mengalami lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Ia mengakibatkan paramedik terpaksa membawa lelaki itu ke hospital.
Dalam masa yang sama, ketika dia diusung ke dalam ambulans, lelaki itu masih sempat merayu kepada kawan-kawannya untuk bermain bagi pihaknya. Kejadian berkenaan berlaku di China. Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Menurut Chinese news site QQ.com, lelaki berkenaan mahu ke tandas apabila dia secara tiba-tiba menyedari bahawa bahagian bawah badannya tidak boleh bergerak.
Ads
Lelaki itu kini di bawah pemantauan hospital.Pemainan video game menjadi isu utama di negara China kerana ia melibatkan golongan remaja. Kebanyakannya memilih untuk bermain game dan mengetepikan pengajian serta kehidupan sosial.
Malah ketagihan kepada internet dianggap sebagai satu penyakit di China hinggakan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem pemulihan untuk membuang ketagihan berkenaan.
Ads
Salah satu permainan paling popular di internet ialah ‘King of Glory’. Ia dimainkan dengan beberapa pemain dan dikatakan sebagai `candu’ internet. Permainan itu diperkenalkan pada 2015 dan telah menarik 50 juta orang untuk bermain pada satu-satu masa.
*video hanya hiasan
Ads
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas bekas bintang Formula 1 (F1) Jerman Ralf Schumacher mendedahkan dirinya seorang homoseksual, bekas isterinya Cora Schumacher mengakui rasa dirinya dipergunakan dan membazirkan tempoh terbaik dalam hidupnya ketika berumah tangga.
Memetik laporan GB News, Cora hanya mengetahui mengenai tarikan seksual songsang bekas suaminya itu baru-baru ini menerusi hantaran media sosial Ralf Scumacher.
“Sepanjang kerjaya F1 nya, memang ada banyak khabar angin yang berlaku di paddock (kawasan kerja di litar F1),” kata Cora.
“Saya pernah minta dia menjelaskan jika khabar angin itu benar, tapi dia selalu menafikannya, mengatakan saya hanya membayangkan segala-galanya dan mungkin saya memerlukan bantuan psikologi”.
Meskipun pendedahan itu berlaku selepas Cora tidak lagi bergelar isteri kepada Ralf, dia mengakui emosinya tetap terkesan dan menyifatkan hatinya rasa seperti ditikam.
“Mendedahkan diri seorang homoseksual sentiasa memberi kesan kepada orang sekeliling, termasuklah bekas isteri yang telah melahirkan anak anda,”
“Hari ini saya rasa dipergunakan sepanjang berumah tangga. Saya rasa seperti telah membazirkan tempoh tahun terbaik saya.
Selain meragui kejujuran Ralf sepanjang menjadi suaminya, Cora turut mempersoalkan sama ada bekas suaminya itu benar-benar pernah mencintainya.
“Saya mempunyai banyak persoalan dalam diri saya. Jujurkah dia dengan saya dahulu?
“Dan soalan yang lebih penting dalam fikiran saya, pernahkah dia mencintai saya?” soal Cora lagi.
Terdahulu, Ralf dan Cora mendirikan rumah tangga selama 14 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 2015.
Mereka juga mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan itu, iaitu David Schumacher.
Julai lalu, Ralf mendedahkan dirinya seorang homoseksual menerusi sebuah hantaran gambar di media sosial.
Gambar itu menunjukkan pasangan songsang baharunya yang dikenali sebagai Etienne.
Rafl dan Etienne dikatakan bertemu di Monaco dan telah menjalinkan hubungan sejantina selama dua tahun.
1) Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3) Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4) Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5) Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6) Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Bagaimana saya ingin bermula ?
Sebaik-baiknya bermulalah dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Wah, kalau macam ni bolehlah beli satu kan. Lepas ni kalau nak berjogging rasa selamatlah sikit. Hiks!
Keris & Co cipta kejayaan luar biasa apabila pengasasnya, Hanzat Azmi, bangkit daripada kegagalan dan pernah memandu Grab sebelum membina jenama fesyen lelaki tempatan yang kini menembusi pasaran luar negara.