Tidak dinafikan anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi memang cantik orangnya. Memiliki wajah yang lembut, putih gebu, pemalu sedang belajar agama pula, memang ramai jejaka yang berhasrat nak menyunting Marissa Dania sebagai isteri.
Namun semenjak dua menjak ini makin popular pula gadis ni di media sosial. Perkara ini diakui oleh Norman dalam instagramnya. Ujar pelakon ini ramai yang menghantar mesej di instagram untuk ‘merisik’ anak dara suntinya.
Tak mahu ‘bakal-bakal imam’ tertunggu-tunggu maka ini jawapan Norman buat mereka. Padu sungguh!
Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak.
Nak bagitau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan
Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhuwah & silaturahim sesama kita.
Ads
Utamakan yang utama, kata Abby
Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini
Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’
Ads
Doakan dia
Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.
Ads
Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok��Aamiin in shaa Allah❤️
Ha amacam, harap yang DM Norman tu, faham ya. Kita tengok siapa jejaka bertuah yang dapat jadi menantu Norman ni nanti. Lambat lagi kot, umur Marissa ni baru 13 tahun uolls.
Sumber: normanhakim_786 via Vanilla Kismis
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda seorang pelajar, terimalah hakikat bahawa anda masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Maka, anda perlu ketahui tip menguruskan kewangan dan perbelanjaan yang betul agar tidak timbul masalah kemudian hari. Jangan tahu enjoy saja. Patuhi tip kewangan dan perbelanjaan yang disarankan ini.
Tip pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Kenal pasti sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah keperluan atau tidak. Jika tidak, anda mesti kurangkan perbelanjaan terebut.
Tip kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, buku, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.
Tip ketiga : Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, kenal pasti kembali di mana wang anda di gunakan.
Tip keempat : simpan wang yang tidak digunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang yang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Tip kelima : Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih daripada kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.
Tip keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Tip ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang berduit banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
Tip kelapan : Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat aktif dengan aktiviti dalam persatuan , kelab, sukan dan sebagainya.
Tip kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.
Tip kesepuluh : Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.
Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan.
Salah satu alat bantu yang baik untuk pelajar ialah penggunaan `Buku Wang Saku’ yang diterbitkan oleh Bank Negara. Buku ini merupakan cara yang mudah untuk membantu seseorang pelajar merancang kewangan melalui rancangan berbelanja harian. Berikut adalah beberapa faktor-faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan:
1-Rancang Perbelanjaan
Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian.
Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.
2-Belanja Dengan Bijak
– Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
-Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Bagi pelajar yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang kepada kawan-kawan.
-Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
-Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu bapa.
3-Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini disebabkan wang perlu digunakan pada bila-bila masa.
4-Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat
Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibu-bapa untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.
5-Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun ini, peminat muzik rock tanah air bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang bukan sahaja penuh tenaga tetapi juga sarat dengan identiti tersendiri apabila band BARBARIK mengumumkan konsert khas bertajuk BARBARIK PENTAS PELURU COKELAT.
Berlangsung pada 28 Jun 2025 jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini hadir sempena sambutan ulang tahun pertama album sulung mereka, Peluru Cokelat, yang dilancarkan pada 9 November tahun lalu.
Meskipun BARBARIK baru sahaja memasuki usia tiga tahun dalam industri, band ini sudah pun membina nama melalui deretan konsert terdahulu yang mendapat sambutan luar biasa.
Bermula dengan BARBARIK Pentas Keras 1.0 pada tahun 2022, mereka kemudian terus menggegarkan pentas menerusi Double Trouble 2: Search X Barbarik (2023), diikuti Pentas Keras 2.0 dan Pentas Keras 3.0 pada tahun berikutnya.
Namun kali ini, buat pertama kalinya, BARBARIK akan mempersembahkan sepenuhnya lagu-lagu ciptaan mereka sendiri dari album sulung tersebut.
Ia merupakan satu langkah besar yang membuktikan keyakinan dan kematangan mereka sebagai band yang memiliki suara dan gaya tersendiri.
“Kalau sebelum ini kami dikenali melalui lagu-lagu Muss bersama Wings, kali ini kami mahu tampil dengan identiti sebenar BARBARIK melalui lagu ciptaan kami sendiri,” jelas JoBranko yang juga komposer utama band ini.
Menurutnya lagi, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa. Ia menjanjikan pengalaman bertenaga dari awal hingga akhir dengan elemen kejutan yang telah dirancang untuk membuka, mengisi dan menutup malam itu dengan penuh impak.
Mereka merancang untuk mendendangkan sekitar 20 buah lagu, termasuk gabungan lagu lama dan baharu, dalam tempoh dua jam yang dijamin akan membuat penonton terpaku dan enggan beranjak walau sedikit pun.
“Setiap konsert ada keunikan tersendiri, tapi konsert kali ini adalah paling istimewa kerana ia mewakili suara dan jiwa kami sepenuhnya,” ujar Muss, vokalis BARBARIK yang terus membawa aura legenda dalam penampilannya.
Barisan anggota BARBARIK — Muss selaku vokalis, JoBranko di posisi gitar, Rozaimi di bass dan Ainol di drum — masing-masing membawa pengalaman luas dalam dunia muzik.
Namun dalam BARBARIK, mereka disatukan oleh semangat yang sama: untuk menghidupkan kembali jiwa rock sebenar dalam bentuk yang segar dan menggugah.
Dengan semangat ini, mereka yakin bahawa persembahan kali ini bakal menjadi momen paling berharga buat peminat yang setia mengikuti perjalanan mereka sejak awal.
“Kami janji, dari mula sampai tamat, anda takkan sempat rasa bosan. Ini bukan hanya konsert — ini letupan adrenalin,” kata JoBranko penuh yakin.
Konsert ini dibawakan oleh Karri Talk Production dan dianjurkan bersama oleh Pentas Barbarik Sdn. Bhd., sebuah kerjasama yang bertujuan mengangkat martabat persembahan muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Buat peminat muzik keras yang mencari sesuatu yang autentik, bertenaga dan sarat dengan kejujuran seni, BARBARIK PENTAS PELURU COKELAT adalah acara yang tidak patut dilepaskan.
Ini bukan sekadar konsert, tetapi manifestasi semangat rock yang membara dalam tubuh empat lelaki yang tidak pernah jemu menyalurkan emosi dan jiwa mereka ke dalam muzik.
Jika anda mengaku sebagai pencinta muzik rock sejati, maka malam 28 Jun ini, Zepp KL adalah destinasi wajib buat anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.