Memang syok kalau tidur menghadap kipas lagi-lagi bila kita buka speed dia sampai high level. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Tapi awas! Jika anda mengamalkan tidur menghadap kipas maka anda harus menghentikannya sekarang juga sebab perbuatan ini sebenarnya boleh membahayakan diri.

Pakar Jelas Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri, Memang Nikmat Tapi Awas!

Menurut The Sleep Advisor, tidur sambil kipas terbuka untuk membuatkan bilik lebih sejuk dan segar boleh mengundang debu dan habuk. Tidak bagus jika anda mengalami alergi, asma atau demam.

“Cuba periksa kipas di bilik anda. Jika ia mengampul habuk pada bilah kipas, zarah-zarah tersebut terbang melalui udara setiap kali anda menghidupkannya.”

Kesan buruk yang bakal anda hadapi

1. Gangguan Pada Pernafasan

Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih  atau sebagainya. Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya.

IKLAN

Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit  asma yang pastinya membahayakan kesihatan.

2. Penyakit Bell Palsy

Ia merupakan penyakit kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan.  Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa.

IKLAN

Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.

3. Kurang Oksigen

Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan yang tidak baik di sekitar wajah.

IKLAN

4. Kulit Kering

Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk juga akan memberi kesan yang sama pada kulit.

Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah boleh menyebabkan berlakunya kesan kekurangan air terjadi pada kulit muka sehingga menyebabkan kulit menjadi kering.

Pakar Jelas Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri, Memang Nikmat Tapi Awas!

Tip penggunaan kipas angin secara sihat

  1. Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.
  2. Jangan gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.
  3. Jangan hadapkan kipas angin tepat pada wajah kerana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.
  4. Jika menggunakan kipas ketika tidur maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.
  5. Jangan menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI