Panduan Isi Borang Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP, Mula Dibuka Hari Ini!

Share

Seperti mana yang anda semua maklum, pandemik COVID-19 tekah menyebabkan ramai rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi. Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Salah satunya merupakan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jika sebelum ini rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan KWSP dibenarkan melakukan pengeluaran menerusi skim i-Lestari dan i-Sinar, terbaharu melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi, kerajaa bersetuju untuk sekali lagi membenarkan pengeluaran lebih kurang sama yang dikenali sebagai i-Citra.

Kredit: KWSP

Bermula hari ini, anda boleh mula membuat permohonan menerusi laman sesawang https://icitra.kwsp.gov.my/. Menerusi skim terbaru ini, anda boleh melakukan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 dan bergantung kepada baki akaun.

Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan permohonan i-Citra dengan cepat dan mudah.

1.

Layari laman sesawang rasmi i-Citra, https://icitra.kwsp.gov.my/

2.

Kemudian pilih ‘PERMOHONAN’

3.

Masukkan nombor kad pengenalan MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit

4.

Tekan teruskan dan sahkan identiti melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan

5.

Tentukan jumlah AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Skrin akan paparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Tetapkan jumlah amaun pilihan anda dengan penggerakkan penunjuk.

6.

Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.

7.

Lengkapkan nombor akaun bank dan kaji selidik. Tekan teruskan.

8.

Semak maklumat anda dan jadual bayaran

9.

Tandakan pada kota pengesahan dan sahkan anda bukan ‘robot’. Tekan teruskan.

10.

Permohonan anda akan diterima dan diproses. Dinasihatkan anda menyimpan rekod simpanan sendiri permohonan ini sebagai rujukan di masa akan datang. Hanya tekan CETAK & SIMPAN REKOD PERMOHONAN

Semoga panduan ini memudahkan anda untuk melakukan permohonan i-Citra. Diharapkan wang yang akan diterima ini digunakan bagi meringankan beban dan membantu anda untuk bangkit semula.

IKLAN