Menggunakan basikal hanya aktiviti riadah semata-mata. Ia adalah cara yang efektif untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental, serta mempererat hubungan sosial dengan keluarga dan rakan-rakan.
Populariti kayuh basikal atau berbasikal semakin meningkat, didorong oleh minat masyarakat dan pengaruh tokoh-tokoh awam yang menjadikannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup aktif mereka.
Bagi anda yang baru ingin memulakan aktiviti berbasikal, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian basikal pertama anda.
Artikel ini akan memberikan panduan ringkas namun komprehensif untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Memilih Sesuai Dengan Bajet
Sebagai permulaan, jangan terlalu fokus pada jenama-jenama mewah. Pasaran menawarkan pelbagai pilihan jenama dengan julat harga yang berbeza.
Lakukan perbandingan dan pilih basikal yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Utamakan fungsi dan kesesuaian dengan kebutuhan anda, bukan sekadar mengikut tren.
Ads
Mengenali Jenis-Jenis Basikal dan Kegunaannya
Sebelum membeli, penting untuk memahami pelbagai jenis basikal yang tersedia, masing-masing direka untuk aktiviti yang berbeza. Antaranya ialah:
Folding Bike: Ideal untuk mobiliti di bandar dan penyimpanan yang mudah.
Road Bike: Direka untuk kelajuan dan efisiensi di jalan beraspal.
Mountain Bike: Sesuai untuk medan off-road dan permukaan yang tidak rata.
Fat Bike: Mampu melintasi pelbagai permukaan seperti salji dan pasir.
Touring Bike: Dibina untuk perjalanan jarak jauh dengan membawa muatan.
Hybrid Bike: Gabungan ciri-ciri basikal jalan raya dan basikal gunung, sesuai untuk pelbagai permukaan.
Tentukan jenis aktiviti berbasikal yang anda minati untuk memilih jenis basikal yang paling sesuai.
Memastikan Ukuran Tepat
Ukuran basikal yang sesuai dengan tinggi badan anda adalah faktor penting untuk kenyamanan dan efisiensi kayuhan.
Ads
Setiap jenama mungkin memiliki panduan ukuran yang berbeza, jadi rujuklah kepada penjual di kedai. Tinggi badan adalah penentu utama ukuran basikal, bukan berat badan.
Sebagai contoh, jika tinggi anda 160 cm, anda mungkin memerlukan saiz XS, tanpa mengira berat badan anda.
Untuk basikal gunung dan fat bike, ukuran biasanya dalam inci, manakala basikal jalan raya, hibrida, dan jelajah menggunakan sentimeter. Basikal lipat umumnya memiliki ukuran badan standard dengan variasi pada ukuran tayar.
Perlengkapan dan Aksesori Keselamatan
Keselamatan harus menjadi keutamaan anda saat berbasikal. Beberapa perlengkapan penting yang perlu anda miliki termasuk:
Ads
Topi Keledar (Helmet): Melindungi kepala dari impak sekiranya berlaku kemalangan.
Sarung Tangan (Gloves): Memberikan cengkaman yang lebih baik dan melindungi tangan.
Seluar Berbasikal (Cycling Pants): Direka untuk kenyamanan saat mengayuh jarak jauh.
Baju yang Sesuai: Memastikan anda selesa dan tidak terhalang saat bergerak.
Kepentingan Lampu Belakang
Lampu belakang adalah aksesori keselamatan yang kritikal, terutama jika anda berbasikal di jalan raya.
Lampu yang terang akan meningkatkan tahap visibiliti kepada pengemudi dan pengguna jalan lain, terutama pada waktu senja atau malam hari. Pilihlah lampu belakang yang berkualiti untuk memastikan keselamatan anda.
Semoga panduan ini bermanfaat bagi anda yang ingin memulakan aktiviti berbasikal. Ingatlah, keselamatan adalah aspek terpenting dalam setiap perjalanan anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Memilih waktu yang tepat untuk bersenam boleh membantu memaksimumkan hasil senaman anda. Berikut adalah lima waktu senaman yang terbaik dan cara untuk mengoptimalkan hasilnya:
PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR
Kelebihan: Mengaktifkan metabolisme tubuh badan, meningkatkan mood, memberi tenaga sepanjang hari.
Cara Optimum: Mula dengan pemanasan ringan untuk bangkitkan tubuh anda. Kemudian, lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal untuk meningkatkan denyutan jantung dan pembakaran kalori. Pastikan anda minum air sebelum dan selepas senaman untuk hidrasi.
PERTENGAHAN PAGI (ANTARA 9-11 PAGI)
Kelebihan: Suhu tubuh badan sedikit lebih tinggi, mengurangkan risiko kecederaan. Tenaga dan fokus biasanya lebih baik berbanding awal pagi.
Cara Optimum: Lakukan senaman yang melibatkan kekuatan seperti angkat berat. Ini adalah waktu yang baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan massa otot.
PETANG (SELEPAS KERJA)
Kelebihan: Menghilangkan stres selepas bekerja, meningkatkan kualiti tidur, tubuh badan pada tahap pemanasan maksimum.
Cara Optimum: Gabungkan kardio dan latihan kekuatan. Anda mungkin akan dapati anda mampu melakukan lebih banyak repetisi atau mengangkat berat yang lebih berat pada waktu ini berbanding waktu lain.
LEWAT PETANG (ANTARA 5 PETANG -7 MALAM)
Kelebihan: Suhu tubuh dan tahap hormon pada paras optimum untuk senaman. Denyutan jantung dan tekanan darah biasanya lebih rendah.
Cara Optimum: Lakukan senaman intensiti tinggi selang-tabata atau latihan kekuatan. Ini adalah waktu yang baik untuk latihan yang memerlukan fokus dan ketepatan.
LEWAT MALAM
Kelebihan: Gym atau pusat kecergasan mungkin kurang sesak, membolehkan anda melakukan senaman tanpa gangguan.
Cara Optimum: Pilih senaman yang menenangkan seperti yoga atau regangan. Jika anda memilih untuk melakukan senaman yang lebih intensif, pastikan untuk memberi masa yang cukup untuk tubuh anda untuk tenang sebelum tidur.
Tips Tambahan:
Pastikan anda makan makanan yang seimbang sebelum dan selepas senaman untuk memberi tenaga dan pemulihan yang diperlukan.
Minum air yang cukup sepanjang hari.
Dengar badan anda. Jika anda merasa letih atau sakit, beri masa untuk berehat dan pulih.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah masa tubuh anda memulihkan diri dan memperbaiki otot.
Ingat, yang paling penting adalah konsistensi dalam rutin senaman anda, bukan semata-mata waktu anda bersenam. Pilih waktu yang paling sesuai dengan jadual dan keperluan tubuh anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai dari kita kadangkala terpaksa tidur lewat hingga menganggu kualiti tidur di malam hari. Kesannya pasti dirasai apabila pergi ke pejabat dan rasa mengantuk. Ini cara mudah untuk kekal bertenaga di pejabat.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja ataupun pada pukul 10 sudah mula menunjukkan tanda=tanda awal, jadi ini cara mudah untuk kekal bertenaga.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
1. Minum air kosong atau air suam
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
3. Hidu bau-bauan aromaterapi
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
4. Dengar muzik yang sesuai
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
5. Lakukan senaman ringan
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
6. Pandang pokok-pokok berwarna hijau
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
7. Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
8. Tidur dengan cukup
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Elak Mati Pucuk Di Usia Muda. Amalkan Tip Mudah Ini jika anda salah seorang yang berhadapan dengan mati pucuk, kami telah menasihatkan anda agar tidak makan ubat-ubat yang terjual di luar sana untuk menguatkan tenaga waktu malam anda. Dalam artikel kali ini, kami akan sediakan beberapa jenis ubat dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan akan mengundang maut pada masa hadapan. Kalau boleh tak payah ambil langsung. Terus berjumpa dengan doktor. Ubat-ubat dan herba ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa ia mengandungi bahan terlarang. Ini antaranya:
Bazooka Pills
Kononnya Ia dapat membantu seorang lelaki untuk membesarkan alat kemaluan kalau rasa ia terlalu kecil dan memberi lebih efektif. Ia juga dapat melancarkan pendarahan dalam tubuh badan serta memberi kepuasan 100%. Bahan-bahan yang digunapakai terdiri daripada herba yang bukan saja bagus untuk zakar anda, malah untuk kesihatan anda.
Bio Rehmannia Plus
Ia bagus untuk kegunaan bagi lelaki dan wanita kerana masing-masing boleh membantu dalam tingkatkan ketahanan dan lambatkan pancutan air mani, naikkan hormone testosterone lelaki tingkatkan aktiviti pengeluaran sperma Kuatkan otot badan, menaikkan tenaga dalaman lelaki. Untuk wanita pula ia dapat menaikkan Libido serta keinginan seksual serta meningkatkan kesuburan dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
Bull’s Genital Pills
Ia membantu untuk membuatkan sperm anda berkekalan lebih lama, dan ia boleh mempercepat sel darah yang bertambah dan menimbulkan sperma. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyi bahan terlarang.
Cobra X
Ramuan tradisional berbentuk ekstrak yang disempurnakan, merupakan intisari tumbuhan tumbuhan pilihan yang mengandung bahan bahan aphrodisiac terdiri daripada daun, akar, kulit, pohon, biji tanaman ubat yang dikombinasikan dengan bahan Viagra. Bahan-bahannya bersifat tradisional, namun ia turut mempunyai bahan terlarang.
Emperor Huang Saint Medicine
Produk ini sudah terkenal di China dan kini mereka meluaskan pemasaran di Malaysia. Tentulah ia dapat membantu dalam menguatkan stamina lelaki dan wanita tapi anda sendiri tahu kesannya di kemudian hari kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.