Ramai mengenalinya dengan bahasa pasar, ‘spek’ hitam.

Bagi lelaki ‘spek’ atau cermin mata hitam atau juga ‘shades’ kini bukan lagi bertindak sebagai pelengkap gaya semata. Ia kini dilengkapi dengan kanta yang bukan sahaja boleh membantu kadar penglihatan lebih baik untuk pelbagai keadaan malah mampu memberikan perlindungan terhadap bahaya cahaya UV.

Ia merupakan item fesyen yang tidak akan lapuk dek panas dan pasti digunakan sepanjang masa oleh lelaki. Dan cermin mata hitam kini juga ]boleh menjadi sebagai salah satu aksesori menyerlahkan personaliti pemakainya menerusi rekaan bingkas, warna kanta dan juga corak yang terdapat pada rekaan.

Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.

Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Di sini MASKULIN ingin kongsi panduan asas untuk anda memilih cermin mata hitam sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jika betul pilihan, penampilan anda akan jadi jauh bertambah kacak dengan gaya bercermin mata hitam. .

IKLAN

FAKTOR SAIZ

Jika ingin memiliki cermin mata yang tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.

Panduan Pilih ‘Spek’ Mata Hitam Sebelum Membelinya Agar Wajah Tampan Lebih Menyerlah

Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.

IKLAN

Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.

BENTUK HIDUNG

Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Jadi anda perlu pilih reka bentuk perangkai yang rendah. Bagi hidung yang pesek dan penyek pula, pilihlah perangkai yang berbentuk tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.

Panduan Pilih ‘Spek’ Mata Hitam Sebelum Membelinya Agar Wajah Tampan Lebih Menyerlah

IKLAN

MATA

Pastikan jarak mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Bagi memberikan ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.

TAHAP BERAT

Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.

Panduan Pilih ‘Spek’ Mata Hitam Sebelum Membelinya Agar Wajah Tampan Lebih Menyerlah

Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI