
Kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi aset penting bagi setiap lelaki moden. Setiap hari, kereta digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak, urusan keluarga dan pelbagai aktiviti lain. Sebab itu, menjaga kondisi kereta sangat penting agar ia sentiasa dalam keadaan tip top serta tidak mendatangkan masalah ketika diperlukan.
Namun, ramai pemilik kereta tidak sedar bahawa tabiat kecil ketika parkir boleh mengundang risiko kerosakan jangka panjang. Salah satunya ialah parkir kereta dengan tayar senget atau tidak lurus. Nampak remeh, tetapi menurut mekanik, ia sebenarnya boleh membuat anda menanggung kos tinggi di bengkel.

Risiko Parkir Dengan Tayar Senget
Menurut perkongsian mekanik dari TikTok @altimatautogarage, apabila kereta diparkir dengan tayar tidak lurus, berat kenderaan akan tertumpu pada satu sisi sahaja. Tekanan ini memberi kesan pada beberapa komponen penting:
Rak Stereng & Rod Ikatan Cepat Rosak
Jika kereta diparkir dengan tayar menghala ke kiri atau kanan, komponen seperti rak stereng, rod ikatan dan sendi bola terpaksa menanggung beban berlebihan. Lama-kelamaan, rak stereng boleh bocor manakala rod ikatan menjadi haus.Sistem Stereng Kuasa Tertekan
Sekiranya parkir dilakukan dengan tayar senget ketika enjin masih hidup, tekanan berganda akan berlaku pada sistem stereng kuasa. Ini boleh menyebabkan pam stereng kuasa cepat rosak dan mengeluarkan bunyi berdengung.Tayar Haus Tidak Sekata
Tayar yang diparkir senget juga mempercepatkan kehausan pada bahagian tepi tayar. Akibatnya, tayar menjadi botak sebelah, sekali gus menjejaskan kestabilan dan cengkaman jalan.
@altimatautogarage Suka parking kereta tayar senget?! Tengok video ni sampai habis!! #ALTIMATAUTOGARAGE #filui #bengkelkeretasungaibuloh #BengkelBumiputera #bengkelkereta #carworkshop #serviskereta ♬ original sound – Altimat Auto Garage
Hanya Lima Saat Untuk Elak Kos Tinggi
Mekanik tersebut menasihatkan, sebelum keluar dari kereta, pastikan tayar diluruskan terlebih dahulu. Proses itu tidak memakan masa lama – hanya sekitar lima saat untuk memusing stereng. Tabiat mudah ini mampu mengelakkan kerosakan ribuan ringgit di bengkel.
Sebagai lelaki yang bijak menjaga aset dan masa depan, anda perlu peka dengan hal-hal kecil seperti ini. Jangan biarkan duit ‘terbang’ di bengkel hanya kerana malas meluruskan tayar ketika parkir. Ingat, disiplin kecil hari ini mampu menyelamatkan anda daripada kos besar esok hari.
Sumber: @altimatautogarage via TikTok
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

















