Selalu orang beranggapan bahawa nak memiliki sebuah rumah dengan gaji pokok sebanyak RM2,800 amat sukar.

Inikan pula untuk tapau sekali 8 buah rumah, agak-agak macam mana pasangan ini buat sampai boleh beli rumah sebanyak itu di usia 30-an.

Jangan pandang rendah orang bergaji RM2800 ye, mereka mudah sahaja tapau 8 buah rumah.

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Harith Faisal, jom ikuti perkongsian beliau.

BACA: Umur 23 Tahun Sudah Memiliki Rumah Sendiri, Lelaki Ini Kongsi Cara-Caranya

Pasangan Ini Berjaya ‘Tapau’ 8 Buah Rumah Dengan Gaji RM2,800. Ini ‘Cerita’ Inspirasi Tentang Mereka!

8 Rumah Dengan Gaji RM2,800?

Tahniah Fairuz Zain dan Anis Hafiza! Hari ni dapat berita baik yang bank dah luluskan untuk home financing rumah ke-8 iaitu rumah idaman dorang, teres 2 tingkat.

Untuk follower saya yang bergaji kecil, cuba ubah mindset untuk beli rumah pelaburan dulu, kemudian barulah beli rumah idaman. Ikut jejak langkah Fairuz dan Anis.

✅Rumah 1 (2010)
Bank home financing payslip Anis.

IKLAN

✅Rumah 2 (2014)
Bank home financing payslip Fairuz dan Anis sebab dua-dua gaji kecil. Fairuz gaji RM1,200 saja.

✅Rumah 3 (2015)
LPPSA payslip Anis.

✅Rumah 4 (2015)
Bank home financing payslip Fairuz dan Anis lagi.

✅Rumah 5 (2017)
Bank home financing payslip Fairuz dan Anis lagi.

✅Rumah 6 (2017)
Bank home financing payslip Anis.

IKLAN

✅Rumah 7 (2019)
Bank home financing guna income enterprise.

✅Rumah 8 (2019)
Bank home financing guna income enterprise.

Income enterprise dorang adalah 20% daripada pendapatan Fairuz sebagai runner, 20% daripada repair dan reno rumah client. Lagi 60% dari sublet rumah sewa.

Fairuz sekarang memang pulun buat macam-macam kerja sebab nak cari modal dan cantikkan penyata bank enterprise. Anis pula masih lagi kerja dengan gaji cuma RM2,800.

Dorang pun bukanlah tua sangat. Pasangan ni muda lagi tau. Fairuz umur 36 tahun, Anis pula umur baru je 33 tahun. Dorang pun ada 3 orang anak perempuan yang kecil-kecil.

IKLAN

BACA: Sebelum Mohon Pinjaman Rumah, Kenalpasti Dahulu Sebab Bank ‘Reject’ Permohonan Kita

Wake up guys!!

Tiada lagi alasan kalau kau nak berjaya. Set matlamat nak ada berapa rumah pelaburan. Kemudian cari jalan untuk buat sampai jadi realiti.

Dia macam ni, bila kau beli rumah pelaburan dulu, rumah tu kau sewakan kat orang lain. Duit sewaan tu bank pandang sebagai additional income kau. Boleh laku tau.

Jadi, mudahlah untuk kau beli rumah lagi dan lagi sampai bosan. Bila dah bosan beli rumah, waktu tu barulah kau fokus untuk cari rumah idaman satu untuk duduk sendiri. Setel!

Tapi, kalau rumah pertama pun kau dah beli rumah idaman yang mahal untuk duduk sendiri, santak kelayakan sampai takat hidung, siap apply join bersama suami isteri, maka mungkin itulah rumah pertama dan terakhir kau. Bye! – HF

#harithfaisal

SHARE sampai pengsan. Saya memang hari-hari banyak share pasal tips kewangan dan hartanah untuk anak muda Facebook.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI