Siapa tak kenal dengan penyanyi  80an, Datuk Nassier Wahab yang bersuara lunak dan sentiasa mencuri tumpuan peminat dek kerana sentiasa kelihatan awet muda dan kekacakkannya tak di mamah usia.  Nassier juga merupakan antara selebriti yang terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal beliau yang memukau. Antara penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah ShideeRazis Ismail dan Jamal Abdillah.

Kalau korang nak awet muda macam Datuk Nassier ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh beliau ini.

Nassier juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan. Mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca Surah Yusuf.

Patut La Nassier Wahab Awet Muda & Ketampanannya Tak Di Makan Usia, Alif Satar Dedah Rahsia Bapa Saudaranya

IKLAN

Terkini,perkara itu diakui sendiri oleh anak saudaranya yang juga penyanyi Alif Satar, memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak. Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

Patut La Nassier Wahab Awet Muda & Ketampanannya Tak Di Makan Usia, Alif Satar Dedah Rahsia Bapa Saudaranya

IKLAN

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Patut La Nassier Wahab Awet Muda & Ketampanannya Tak Di Makan Usia, Alif Satar Dedah Rahsia Bapa Saudaranya

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini. Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah. Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

IKLAN

Jadi kalau nak awet muda macam Nassier Wahab mungkin korang boleh cuba amalkan surah Yusuf ni kan.

Selamat mencuba!

Sumber : IG Alif Satar

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI