Siapa yang pernah alaminya pasti rasa tidak selesa dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata akan rasa sakitnya. Pedih ulu hati kadangkala dianggap tidak serius oleh ramai orang.

Ini kerana gejalanya boleh datang dan hilang dalam tempoh yang sekejap. Namun tahukah anda bahawa gejala pedih ulu hati tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lebih serius dalam jangka masa panjang?

Jadi jika anda sering mengalaminya usah dibiarkan berlarutan. Pertama sekali anda harus kenal pasti gejalanya dan mengapa ia boleh berlaku.

PUNCA PEDIH ULU HATI

Simptom ini biasanya disebabkan oleh asid perut yang menggangu kawasan di bawah esofagus. Hal ini terjadi apabila injap di bahagian atas perut, lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.

Asid ini kemudian masuk ke bahagian esofagus yang tak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Di sinilah di mana ia menyebabkan kesan kimia terjadi. Antara simptom yang selalu digambarkan ialah rasa sakit dada seperti terbakar. Dan ia selaluinya terjadi selepas makan berat.

Namun apa yang anda perlu tahu ialah pedih ulu hati adalah gejala biasa. Jika ia terjadi sekali sekala maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Akan tetapi ada sesetengah orang mengalaminya dengan kerap malah ada yang alaminya setiap hari.

IKLAN

Jika ini kondisinya maka ia perlu diberi perhatian segera dan serius. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).

Pedih Ulu Hati: Kenali Punca, Rawatan & Gejala Yang Selalu Muncul

PETANDA & GEJALA

Terdapat beberapa jenis gejala pedih ulu hati yang berlaku. Di antaranya ialah;

  • Banyak sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Rasa macam terbakar di dada terutama bawah tulang dada
  • Rasa sakit bila tunduk atau baring selepas makan
  • Perubahan suara jadi serak
  • Nafas berbunyi seperti serangan asma

JENIS RAWATAN

Setiap kondisi pasti ada cara rawatannya. Begitu juga dengan pedih uu hati. Pertama sekali amalkan gaya hidup sihat dan tidak mengambil ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Jika anda perasan ia semakin teruk makan dapatkan rawatan daripada doktor. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

IKLAN

Manakala jika anda alami pedih ulu hati yang teruk, ia boleh dikurangkan dengan menukar tabiat pemakanan anda. Begitu juga dengan amalan merokok yang sepatutnya dihentikan jika ada simptom serius.

Antacids atau bismuth subsalicylate pula jenis ubat yang boleh mengurangkan kesakitan dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

Pedih Ulu Hati: Kenali Punca, Rawatan & Gejala Yang Selalu Muncul

IKLAN

PENGAMBILAN MAKANAN

Di antara cara terbaik untuk mengurangkan mengurangkan gejala ini ialah mengubah gaya pemakanan anda.

1. Kenalpasti dan elak makan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Sebagai contoh elak makanan terlalu pedas dan berempah seperti kari. Selain itu jauhi minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

2. Kalau boleh kurangkan ambil makanan bergoreng dan berlemak. Perut kembung dan pedih ulu hati boleh berlaku akibat banyak makan makanan berlemak. Lemak ini melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bersama untuk kita bersama.

Jika ingin mencari produk skincare lelaki terbaik anda boleh dapatkan di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI