Antara bentuk senaman yang sangat popular di kalangan lelaki ialah crossfit. Bagi anda yang agak asing dengan CrossFit ia sebenarnya bentuk senaman tang dicipta oleh Greg Glassman dan dipeloporinya bersama Lauren Jenai pada tahun 2000.

Sejak diperkenalkan ia mula mendapat tempat di hati ramai penggemar senaman kerana bentuk latihan menyeluruhnya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Malah jenama CrossFit kini sering menjadi sebutan ramai oleh peminat senaman. Maka tidak hairanlah bila kolabirasi bersama Reebok terhasil. Terbaru Reebok memperkenalkan CrossFit Nano 9 yang dikatakan sebagai pelengkap senaman berprestasi tinggi ini.

Pelengkap Senaman CrossFit, Reebok Nano 9 Tercipta Dari Komuniti Untuk Komuniti

IKLAN

BACA: 10 Tip Berguna Sebelum Anda Membeli Kasut Running!

Menariknya edisi Nano kali ini dicipta bersama-sama oleh komuniti CrossFit untuk sesiapa sahaja yang ingin aktif dalam senaman seperti ini. Malah dalam penghasilannya Reebok bekerjasama dengan atlet-atlet CrossFit di seluruh dunia dari pelbagai peringkat usia dan jantina.

IKLAN

Antara teknologi serta permbaharuan yang diperkenalkan menerusi Reebok CrossFit Nano 9 ialah rekaan tapak memaparkan teknologi MetaSplit yang memberi cengkaman baik.

IKLAN
Pelengkap Senaman CrossFit, Reebok Nano 9 Tercipta Dari Komuniti Untuk Komuniti
Reebok CroosFit Nano 9

Reka bentuknya juga lebih lebar dan sesuai untuk melakukan aktiviti lasak serta menyerap tekanan dengan baik. Selain itu, faktor keselesaan juga diberikan perhatian khusus oleh Reebok.

Kasut ini turut diuji dan digunakan oleh Pat Vellner, atlet Reebok yang juga pernah menaiki podium sebanyak 3 kali di pertandingan Reebok Crossfit Games. Menurutnya, teknologi terbaru Nano 9 membantu dirinya untuk meningkatkan prestasi terutamanya di bahagian tapak yang mencengkam sangat baik sekali.

Untuk pasaran tempatan, Reebok memperkenalkan satu warna sahaja dan ia kini boleh didapati di pasaran. Beberapa warna berbeza yang lain juga akan dilancarkan pada pertengahan bulan Julai hadapan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI