Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.
GOL SENDIRI
Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.
SAMBUTAN BERLEBIHAN
Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.
KAD MERAH SEBELUM SEPAK MULA
Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke atas penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walaupun wisel belum ditiup.
Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemek, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.
MINIMUM PEMAIN ATAS PADANG
Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.
Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.
Ads
LAWAN & BENTENG
Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.
TIANG GOLA
Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan
Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa ramai daripada anda yang pernah mendaftar keahlian di gim, namun akhirnya menjadi sia-sia kerana tidak dimanfaatkan?
Perkara ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana memang ramai individu yang ingin mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat.
Tetapi, ramai juga yang tidak mampu untuk terus kekal dalam perubahan tersebut. Kebanyakannya ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Jika anda tidak mahu menjadi salah seorang seperti itu, mungkin langkah-langkah ini boleh membantu anda.
Apabila ditanya mengapa anda mahu bersenam, ramai yang memberi jawapan yang hampir serupa. Kebanyakannya memberi jawapan ingin membina keyakinan diri. Namun adakah itu benar-benar sebabnya?
Setiap individu pasti mempunyai alasan yang berbeza-beza.
Ada yang disebabkan ingin menceburi sukan bina badan, ada yang ingin memohon pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai bentuk badan tertentu, ada pula yang disebabkan trauma menjadi bahan ejekan orang sekeliling, malah ada yang sekadar mahu mengisi masa lapang.
Sebab-sebab yang spesifik sebeginilah sebenarnya ‘Big Why’ anda yang akan membuatkan anda terus kekal konsisten selagi anda belum mencapai tujuan hasrat anda.
Walau apa pun sebabnya, anda tidak sepatutnya berasa malu dengannya kerana ‘Big Why’ inilah punca motivasi sebenar anda.
Apabila anda sudah jelas dengan matlamat anda, maka ini lah saatnya untuk anda mencuba aktiviti yang anda gemari.
Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana merasa terbeban dengan aktiviti yang dilakukan.
Setiap orang tidak diciptakan untuk menyukai perkara yang sama. Sedangkan citarasa makanan, hiburan dan jodoh juga berbeza-beza, apatah lagi aktiviti harian.
Sesetengah orang mungkin tidak gemar aktiviti berjoging. Oleh itu, mereka boleh mencuba aktiviti lain seperti berzumba atau berbasikal.
Tidak semua individu yang ingin melatih otot pula gemar menangkat bebanan di gim, maka mereka mempunyai pilihan untuk melakukan senaman kalistenik di taman atau di rumah.
Apabila anda menemui aktiviti yang dekat dengan jiwa anda, barulah anda mampu menjalani setiap sesi latihan tanpa merasa terbeban.
Kebanyakan individu terpaksa menempuh perjuangan membina kecergasan diri secara berseorangan. Alangkah baiknya jika sahabat kita juga turut bersama dalam menempuh perjuangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu jauh dari realiti kebanyakan orang.
Tidak semua orang mempunyai minat dan matlamat yang sama, begitu juga dengan sahabat. Beruntung bagi segelintir yang mempunyai sahabat bersama-sama mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat, namun tidak bagi segelintir yang lain.
Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa menjauhkan diri dari sahabat kerana keenganan mereka untuk turut serta mengubah gaya hidup.
Maka, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sahabat baharu di dalam dunia kecergasan.
Bukanlah bermaksud anda perlu memutuskan persahabatan sedia ada, cukup sekadar membina persahabatan yang baharu untuk meneruskan perjuangan anda.
Di saat anda ingin bersenam, anda sudah pun mempunyai sahabat baharu. Apabila anda ingin bersantai pula, sahabat sedia ada anda sentiasa mengalu-alukan anda.
Tidak salah untuk mempunyai ramai sahabat bukan? Sekurang-kurangnya, tidaklah anda berasa sunyi dalam menempuh perjuangan kecergasan anda.
Tidak semua aktiviti kecergasan memerlukan bayaran yang mahal. Namun tidak salah untuk bersiap sedia.
Penting untuk anda mengkaji jenis aktiviti kesukaan anda agar mudah untuk anda kenal pasti sama ada aktiviti itu melibatkan kos tertentu atau tidak.
Jika ya, penting juga untuk mengetahui sama ada kosnya berbentuk sekali bayar ataupun tanggungan berterusan secara bulanan.
Misalnya, yuran keahlian di gim perlu dibayar setiap bulan. Pengambilan makanan harian anda juga akan berubah dan secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan harian anda.
Itu belum termasuk jika anda perlu mengambil makanan tambahan seperti minuman protin yang tidak murah harganya.
Jika anda sudah mengambil kira semua aspek perbelanjaan ini, lebih mudah untuk anda mengekalkan komitmen terhadap aktiviti kecergasan anda tanpa risiko terkandas di tengah jalan dengan alasan tidak mampu untuk terus menanggung kos perubahan gaya hidup berkenaan.
Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan kecergasan. Kebanyakan individu berhenti separuh jalan kerana letih menunggu hasil yang tidak kunjung tiba.
“Rome was not built in a day”, sebelum anda memulakan perjalanan anda dalam dunia kecergasan, penting untuk anda tanamkan di dalam fikiran anda yang perjalanan itu merupakan suatu perjalanan yang jauh.
Tidak begitu realistik untuk anda menjangkakan hasil yang anda harapkan dapat dicapai dalam jangka masa yang singkat. Tempoh beberapa bulan pertama anda itu bukanlah untuk anda meraih hasil yang jelas dilihat.
Sebaliknya, tempoh itu hanyalah untuk anda membina rutin baharu dan menjadikannya sebagai suatu kebiasaaan.
Untuk mengubah gaya hidup, ia perlu dilakukan secara berterusan. Tidaklah ia dipanggil sebagai ‘gaya hidup’ seandainya ia tidak kekal dalam kehidupan anda. Jika ia begitu mudah pasti sudah ramai yang mempunyai tahap kecergasan yang mantap, bukan? Be patient and enjoy the process, hasilnya akan tiba kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi kebanyakan pelari, cabaran sebenar sebelum berlari marathon bukan sekadar latihan fizikal atau persiapan gear, tapi soal tidur.
Seorang content creator yang juga pelari aktif, Hazim Nyem kongsi dalam videonya di TikTok bahawa normal sebenarnya untuk susah tidur malam sebelum event besar.
Katanya, walaupun pelari elite yang dah puluhan kali sertai marathon, mereka tetap rasa susah nak lelap pada malam penting itu.
Menurut Hazim, banyak faktor yang datang serentak rasa risau boleh perform atau tidak, terlalu excited nak turun beraksi, sampai ada yang rasa macam adrenaline malam tu memang tak nak bagi mata pejam.
Situasi ini bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya sebahagian daripada perjalanan seorang pelari.
Hazim tekankan, rahsia sebenar bukanlah pada malam terakhir sebelum event, tetapi 2–3 hari sebelumnya.
Jika masa itu pelari dapat cukup tidur dan rehat, badan sudah bersedia untuk menghadapi larian.
“Kalau dapat tidur malam sebelum marathon tu memang bonus, tapi kalau tak dapat, jangan panik. Yang penting badan dah recharge lebih awal,” jelasnya.
Selain itu, Hazim berkongsi bahawa rehat bukan bermaksud tidur semata-mata. Rehat boleh datang dalam bentuk lain elakkan aktiviti berat, jaga pemakanan, cuba tenangkan diri dengan muzik santai, atau lakukan sedikit stretching ringan.
Apa yang paling penting ialah memberi ruang pada tubuh dan minda untuk relax.
Jadi, kalau anda pun berdepan masalah sama menjelang marathon percayalah, anda bukan keseorangan.
Hazim Nyem sudah buktikan, tidur itu bonus, tapi rehat adalah keutamaan.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda menjaga tubuh sepanjang persiapan, termasuk pemakanan, hidrasi, serta waktu rehat yang konsisten beberapa hari sebelum hari perlumbaan.
Mungkin malam terakhir sukar untuk lelap kerana rasa gugup atau teruja, itu perkara biasa.
Namun, jangan biarkan ia merosakkan keyakinan anda.
Percayalah, tubuh yang sudah cukup rehat dalam tempoh beberapa hari sebelumnya tetap mampu beraksi dengan baik.
Kesimpulannya, jangan terlalu bimbang soal tidur malam terakhir. Fokus pada rehat yang berkualiti, kawal emosi, dan nikmati perjalanan anda di garis marathon.
Itulah rahsia sebenar untuk kekal bertenaga dan berlari dengan penuh semangat.
Sumber : Tiktok Hazim Nyem
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perlu diakui kadangkala kita seakan memandang remeh akan kondisi dan kesihatan kaki. Cuba tanya diri sendiri sejauh manakah anda tahu dan peka dengan kesihatan kaki?
Seorang doktor yang sering memuat naik perkongsian menerusinya posting Facebook, Dr Khairul Faizie telah membuat satu sharing yang menarik tentang simptom kaki ‘bunian’.
Sebenarnya ia bukanlah bernama ‘bunian’ tetapi bunion.
Menerusi perkongsian itu seorang pesakit telah menemuinya dan berkata dia memiliki simptom kaki ‘bunian’. Namu ia diperbetulkan oleh Dr Khairul yang menyatakan nama sebenarnya simptom tersebut ialah bunion.
Bunion merupakan kondisi di mana terdapat benjolan yang menyakitkan berlaku di bahagian dalam kaki terutamanya di sendi jari. Ia juga dirujuk sebagai hallux valgus.
Ramai yang menyangka mereka bebas daripada kondisi ini namun apa yang perlu anda tahu ialah ia berlaku serta berkembang dengan perlahan-lahan. Tekanan yang dikenankan terhadap sendi menyebabkan ia terhimpit dan membenjol.
Ikuti perkongsian lanjut tentang bunion daripada Dr Khairul Faizie di bawah:
Sebaik sahaja duduk di kerusi patient, lelaki ini pun bagitau aku:
“Doktor, saya dah check kat internet…kaki saya ni ada bunian..sakit doktor”
Haaaaa? Aku terperanjat. Dan aku risau jugak nak periksa kakinya, kang aku pulak hilang kena kidnap dek bunian.
Bila aku check….Laaaaaa….. ” Ini namanya B – U – N – I – O – N “
BUNION atau nama medical nya HALLUX VALGUS ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari Metatarsophalangeal joint ( MTP joint) di ibu jari kaki anda, menyenget ke dalam ( lari alignment nya ), dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu. ( Rujuk anatomi kaki yang disertakan dalam post ini).
Disebabkan sendi MTP ini punya alignment dah lari ke dalam ( masuk ke sisi jari kaki ke- 2), maka dari luar kita nampak ibu jari kaki bentuknya abnormal. Dan kedudukan abnormal ibu jari kaki ini akan menyebabkan simptom sakit, terutamanya ketika berjalan. Ini kerana sendi MTP itu bersifat flexible, masa kita berjalan ianya bergerak. So bila ia dalam susunan anatomi yang tak normal, dengan setiap gerakan ianya sakit.
Wanita lebih ramai kena Bunion berbanding lelaki,
Why?
A) Rawatan bukan pembedahan
1) Tukar kasut kalau pakai kasut yang muncung nya ketat. Kalau Bunion dah terbentuk, boleh cari kasut yang di reka khas untuk masalah kaki seperti Bunion.
2) Menggunakan ” Bunion Correctors “. Secara umum ada 3 jenis bunion correctors.
3) Penggunaan alatan Orthotics ke dalam kasut / waktu malam, seperti bunion night splint ( rujuk gambar)
4) Ice compression — tuam dengan ais pada bahagian Bunion yang sakit membantu meredakan bengkak.
5) Penggunaan pain killer, jika perlu (sakit kuat)
B) Rawatan Pembedahan.
Surgeri mungkin diperlukan jika keadaan Bunion makin teruk, dan segala usaha guna kasut khas / bunion correctors tak beri kesan yang dingini. Pembedahan bunion akan meluruskan balik tulang, tendon & ligamen kembali ke posisi asal.
Perlu difahami, pembedahan Bunion dilakukan bukan atas sebab kosmetik, yakni bukan semata mata buat surgeri untuk cantik kan semula bentuk ibujari kaki tu. Surgeri hanya perlu kalau:
Ada banyak teknik pembedahan seperti mengikis bahagian Bunion yang terbonjol ( pembedahan Exostectomy ), pembedahan meluruskan tulang ibujari dengan memasukkan pin / skru ( pembedahan Osteotomy), pembedahan membuang sendi yang dah rosak teruk dan tulang yang senget diluruskan dengan ikatan skru / pin / plate ( pembedahan Arthrodesis).
Terima kasih Dr Khairul di atas perkongsian yang cukup berguna ini. Semoga anda pembaca MASKULIN dapat memanfaatkan perkongsian beliau untuk membendungnya di masa akan datang.
Perkongsian asal beliau di Facebook;
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.