Foto : Harian Metro

Kekecewaan terus membelenggu kem Manchester United apabila mereka sekali lagi pulang hampa tanpa sebarang trofi selepas tewas tipis 0-1 kepada pasukan ASEAN All-Star dalam aksi Maybank Challenge Cup Malaysia 2025 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam semalam.

Maung Lwin Wira ASEAN

Manchester United Kecundang Lagi, ASEAN All-Star Pamer Taring di SNBJ
Foto : Kosmo

Perlawanan yang disaksikan oleh lebih 72,000 penyokong setia The Red Devils itu menyaksikan bintang Burma, Maung Maung Lwin, muncul wira pasukan ASEAN All-Star dengan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-71.

Rembatan kencang hasil lorongan kemas Adrian Segecic itu menewaskan penjaga gol gantian United, Thomas Heaton, sekali gus memastikan kemenangan manis buat skuad bimbingan Kim Sang Sik.

Rentetan Kekecewaan Buat United

Kekalahan ini menambahkan luka buat skuad kendalian Ruben Amorim yang baru sahaja dikecewakan Tottenham Hotspurs dalam aksi final Liga Europa minggu lalu dengan keputusan serupa, 0-1.

Harapan tinggi untuk menamatkan musim dengan trofi akhirnya berkecai sekali lagi.

Manchester United Kecundang Lagi, ASEAN All-Star Pamer Taring di SNBJ
Foto : Harian Metro

Aksi Seimbang di Separuh Masa Pertama

Sejak wisel sepak mula, kedua-dua pasukan tampil dengan rentak agresif dan saling berbalas serangan.

Ads

Namun, tekanan semakin dirasai kem United apabila ASEAN All-Star tampak lebih tersusun dan mencipta lebih banyak peluang berbahaya.

Pada minit ke-21, pemain Filipina Sandro Miguel Sison Reyes hampir membuka tirai jaringan, namun percubaannya dinafikan oleh ketangkasan Andre Onana di gawang United.

Melihat permainan yang tidak menjadi, Amorim membuat empat pertukaran mengejut pada minit ke-32 dengan memasukkan Sekou Kone, Jaydon Kamason, Daniel Arner, dan Shea Lacey untuk menggantikan beberapa tonggak utama.

Usaha United Gagal Beri Hasil

United hampir membalas pada minit ke-33 menerusi Kobbie Mainoo, tetapi percubaannya digagalkan penjaga gol ASEAN All-Star, Patiwat Khammai.

Ads

Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, kemasukan Bruno Fernandes cuba mengubah nasib The Red Devils, namun jentera tengah United tetap gagal menembusi benteng kental ASEAN All-Star yang tampak semakin yakin dan dominan.

BACA LAGI : Lionel Messi & Luis Suarez Bergabung Buat Kelab Bola Sepak Baru

Manchester United Kecundang Lagi, ASEAN All-Star Pamer Taring di SNBJ
Foto : Sinar Harian

Kemenangan Bermakna ASEAN All-Star

Gol tunggal Maung Lwin akhirnya menjadi pemisah antara dua pasukan gergasi rantau masing-masing.

Ads

ASEAN All-Star membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pasukan pameran, malah mampu menundukkan kelab elit seperti Manchester United.

Bagi Amorim dan anak buahnya, kekalahan ini pastinya menjadi tamparan hebat menjelang persiapan musim baru.

Dengan dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan penting, masa depan beberapa pemain dan juga Amorim sendiri bakal menjadi tanda tanya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI