Lionel Messi dan Luis Suarez, dua ikon bola sepak dunia, kini mengambil langkah strategik dengan menubuhkan sebuah kelab bola sepak baru.
Suarez menjelaskan bahawa pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Deportivo LS kini akan dipanggil LSM dan akan mula bermain bola sepak profesional divisyen empat Uruguay.
Kelab Bola Sepak Baru
Kelab bola sepak ini diwujudkan dengan fokus utama kepada pembangunan pemain muda yang dinamik serta kompetitif. Messi dan Suarez berharap kelab ini menjadi platform terbaik untuk bakat muda menonjolkan kemampuan mereka dan memperoleh peluang beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
“Deportivo LS ialah impian keluarga yang bermula pada 2018. Kami telah berkembang pesat dengan lebih daripada 3,000 ahli.
Ads
“Saya mahu menawarkan bola sepak Uruguay, tempat yang saya suka dan tempat saya membesar sebagai seorang kanak-kanak, peluang dan alat untuk remaja dan kanak-kanak berkembang.”
Dua Lagenda Bergabung
Kedua-dua pemain ini bukan sahaja terkenal dengan kecemerlangan teknikal di padang, malah juga mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan dan strategi sukan yang efektif. Gabungan mereka dalam mengemudi kelab ini dijangka memberikan impak positif terhadap pembangunan bola sepak masa depan.
Ads
“Saya bangga dan gembira kerana anda memilih saya, jadi saya berharap untuk menyumbang segala yang saya mampu untuk terus berkembang.
“Lebih-lebih lagi, berada di sisi anda dalam hal ini,” kata Messi, yang duduk bersama Suárez dalam video itu.
Ads
Dengan inisiatif ini, Messi dan Suarez sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memajukan sukan bola sepak dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
Fakta – Melihat skrin komputer secara berterusan selama berjam-jam akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata atau dikenali sebagai sindrom penglihatan komputer (CVS).
CVS akan terjadi pada seseorang yang membuat pergerakan sama setiap masa contohnya kanak-kanak yang bermain permainan video secara mudah alih. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang menggunakan komputer dalam aktiviti harian secara berterusan terutamanya jika pencahayaan dan kedudukan komputer tidak sesuai.
Namun masih belum terbukti CVS akan menyebabkan kerosakan kepada mata contohnya katarak. Simptom CVS adalah seperti mata kabur, penglihatan berganda, mata kering dan merah, iritasi, sakit leher, sakit belakang serta sakit kepala. Jika simptom ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan prestasi kerja individu terbabit.
MITOS: MEMBACA DALAM KEADAAN SAMAR AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Menurut Pakar Oftalmologi dari Cleveland Clinic Cole Eye Institute, Dr Richard Gans, cahaya samar akan menyebabkan mata kurang berkedip, sukar untuk fokus dan mengakibatkannya menjadi penat serta kering.
Ketidakselesaan ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur atau fungsi mata. Bagi menyelesaikan masalah ini, pesakit hanya perlu menggunakan ubat titis sebagai pelembap. Jelasnya, tiada bukti saintifik yang membuktikan bahawa membaca di dalam cahaya samar akan menyebabkan kerosakan pada mata.
MITOS: MENONTON TELEVISYEN PADA JARAK DEKAT AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Kenyataan ini tidak benar, sama seperti membaca dalam keadaan samar. Ia tidak akan merosakkan mata sama ada disebabkan terlebih fokus ataupun dari segi radiasi.
Kanak-kanak yang melakukan sedemikian mungkin bagi melihat imej di televisyen dengan lebih jelas dan ini petanda mereka mungkin memerlukan kaca mata.
MITOS: MENCABUT GIGI MENYEBABKAN PENGLIHATAN KABUR.
Fakta – Pesakit akan diberikan suntikan bius setempat sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Kebiasaannya, suntikan pada gusi bawah tidak menyebabkan masalah pada mata.
Penglihatan berganda dan mata kabur adalah kesan sampingan kepada agen bius setempat iaitu lidocaine atau xylocaine. Kesan sampingan ini selalunya bersifat sementara, tetapi jika ia berterusan, pesakit dinasihatkan berjumpa pakar oftalmologi untuk rawatan lanjut.
MITOS: MERENUNG MATAHARI SECARA LANGSUNG BOLEH MEROSAKKAN MATA
Fakta – Ini adalah benar. Melihat matahari secara langsung bukan saja akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan menjadi herot sementara tetapi ia juga boleh mengakibatkan kerosakan mata secara kekal.
Cahaya matahari akan mengakibatkan radiasi ultra lembayung pada mata yang menjadi penyebab kepada penyakit mata seperti degenerasi makular, solar retinitis dan distrofi kornea.
Waktu gerhana matahari adalah tempoh paling berbahaya jika mata merenung matahari kerana pada waktu itu kecerahan cahayanya akan berkurangan tetapi radiasi yang boleh menyebabkan kerosakan mata tidak berubah.
MITOS: MAKAN LOBAK MERAH AKAN MEMULIHKAN RABUN MATA.
Fakta – Lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta karotena iaitu pigmen karotid yang juga dijumpai di dalam oren, sayur-sayuran, keju, susu, kuning telur dan hati.
Karotid adalah pelopor penting bagi vitamin A. Kekurangan vitamin A yang ekstrem akan menyebabkan kebutaan seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang sedang membangun.
Vitamin A boleh membantu dalam mengatasi masalah katarak dan degenerasi makular, tetapi jika masalah penglihatan tidak berkait dengan kekurangan vitamin itu, ia tidak akan berubah walau sebanyak mana pun memakan lobak merah.
MITOS: KANAK-KANAK TIDAK PERLU MENJALANI PEMERIKSAAN MATA SEHINGGA MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN.
Fakta – Pemeriksaan mata seawal usia tiga hingga tujuh tahun perlu untuk mengelakkan terjadinya masalah mata malas atau ambliopia. Perkembangan mata kanak-kanak yang kritikal adalah pada usia berkenaan.
Jika sebarang keabnormalan dapat dikesan pada peringkat umur ini, pencegahan awal boleh dilakukan. Tanda yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah mata adalah:
– Melihat televisyen atau sesuatu objek pada jarak dekat.
– Kerap berkelip dan menggosok mata.
– Mata berair.
– Sakit kepala.
– Mata mudah menjadi penat.
– Suka menelengkan kepala.
MITOS: KATARAK BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN UBAT
Fakta – Ini adalah 100 peratus tidak benar. Katarak adalah sebarang kekaburan pada kanta mata yang selalunya dikaitkan dengan proses penuaan.
Rawatan katarak hanyalah melalui pembedahan dan memerlukan penggantian kanta intraokular palsu. Rawatan awal diperlukan untuk mencegah penyakit lain seperti glaukoma.
MITOS: ORANG YANG MENGHIDAP RABUN JAUH KETIKA MUDA TIDAK AKAN MENDAPAT RABUN DEKAT
Fakta – Rabun dekat atau dikenali sebagai presbiopia terjadi apabila seseorang mencapai umur 40 tahun apabila otot siliari yang memegang kanta kristalin menjadi kurang kenyal untuk mengubah bentuk kanta berkenaan.
Bagi penghidap rabun jauh, penglihatan pada jarak jauh adalah kabur manakala jelas pada jarak dekat. Apabila penglihatan jarak jauh dibetulkan dengan kaca mata, penglihatan jarak dekat juga akan terjejas manakala pesakit presbiopia akan mengalami kekaburan jarak dekat.
Disebabkan keadaan itu, pesakit akan membuka cermin mata untuk melihat pada jarak dekat. Selalunya, pesakit dinasihatkan untuk membuat kaca mata pembetulan bagi jarak jauh dan dekat atau dikenali sebagai kanta bifokal atau multifokal.
MITOS: KUASA CERMIN MATA DAPAT DIKURANGKAN ATAU AKAN BERTAMBAH SEKIRANYA MEMAKAI CERMIN MATA SETIAP HARI
Fakta – Penambahan atau pengurangan kuasa cermin mata bergantung kepada pertumbuhan mata pesakit. Cermin mata hanyalah alat bantuan penglihatan yang dapat membantu si pemakai untuk melihat dengan lebih jelas. Pemanjangan bola mata akan tetap berlaku walaupun memakai cermin mata.
MITOS: JULING AIR ATAU JULING ITIK TIDAK PERLU MENDAPAT RAWATAN
Fakta – Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dengan mata juling. Juling lebih mudah diperbetulkan pada peringkat kanak-kanak. Ini antara kepentingan kanak-kanak mendapat pemeriksaan mata awal iaitu ketika bayi dan seterusnya pada umur dua tahun. Juling air atau juling itik adalah jenis juling yang jarang berlaku dan jika tidak dirawat akan menjadi juling kekal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin ramai mula berlari semula terutama di kawasan terbuka dan riadah awam selepas tiga bulan kita di dalam tempoh PKP.
Namun kita masih lagi dalam peringkat pemulihan atau PKPP dan belum menang sepenuhnya dalam misi menumpaskan penularan wabak COVID-19. Walaupun begitu kita bersyukur kerana aktviti sosial seperti larian dalam skala kecil kini sudah dibenarkan.
Dalam pada masa itu ramai yang sudah berehat dari berlari berdepan masalah cepat penat dan sakit kaki apabila melakukan aktiviti ini semula. Ikutkan hati ingin berlari lebih lama dan jarak lebih jauh namun disebabkan masalah ini anda harus lupakan sahaja niat tersebut.
Tapi tahukah anda bahawa perkara ini dapat dielakkan jika anda mengamalkan teknik yang betul untuk elak cepat rasa penat dan sakit kaki?
Ikuti beberapa tip mudah di bawah.
PANASKAN BADAN
Sebelum mula lakukan larian sebaiknya anda panaskan badan terlebih dahulu. Jika terus mula berlari dirisaukan kaki anda boleh ‘terkejut’ dan berlakunya kekejangan otot.
KASUT SESUAI
Kasut lama anda sudah ketat atau tapaknya sudah hilang cengkaman? Tukar sahaja kasut baru. Ini kerana kasut yang ketat atau tidak cengkam boleh menyebabkan berlakunya kecederaan seperti melecet. Pakai kasut larian yang true-to-size dengan kaki anda.
MULAKAN DENGAN PERLAHAN
Ingat, anda sudah lama berehat daripada berlari. Jadi mulakan larian dengan perlahan dan langkah kaki lebuih kecil. Ini bagi mengurangkan risiko kaki mudah sakit dan cedera. Pace yang slow dan steady.
CARA PERNAFASAN
Bagi menikmati larian yang lebih lama dan jauh anda perlu berlari dengan mengamalkan teknik pernfasan dengan baik. Paling penting elakkan kepada anda tundyuk ke bawah semasa berlari. Dan janganlah juga terlalu mendongak ke atas.
JAGA KELAJUAN LARIAN
Salah satu cara untuk mendapatkan larian berkualiti dan jarak lebih jauh ialah menjaga kelajuan larian. Jika semasa berlari nafas anda tidak tercungap-cungap itu bermakna anda melakukannya dengan betul dan baik. Jika berasa seperti tidak cukup nafas perlahankan sedikit larian dan kembalikannya dengan betul.
USAH GELOJOH
Sesetengah orang terlalu teruja dan gelojoh melakukan larian hingga tidak sedar bahawa badan mereka tidak bersedia untuk larian lebih jauh atau laju. Buat permulaan fokus kepada sejauh mana anda boleh berlari kerana pembakaran kalori itu juga bergantung kepada jarak arian dan kadar denyutan jantung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang