Walaupun negara kita terutamanya di Lembah Klang telah mencatatkan kadar vaksinasi yang cukup memberangsangkan namun itu tidak bermakna kita harus leka. Jumlah kes Covid-19 yang positif masih lagi tinggi di negara kita.
Namun begitu kes kemasukan ke wad ICU telah dilihat semakin menurun, sekali gu menunjukkan kejayaan awal program vaksinasi negara.
Kemunculan pelbagai jenis varia terutamanya Delta kini perlu diberikan perhatian yang cukup khusus. Sebelum ini kita digalakkan memakai dua pelitup muka berbeza dengan pelitup muka 3-ply di bahagian dalam dan fabrik di bahagian luar.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah secara terbuka memberikan saranan kepada kita semua untuk menggunakan pelindung muka atau face shield. Ia terutamanya dengan lebih banyak kegiatan ekonomi dan sosial dibuka sekarang ini.
Jelas beliau, “Penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu beri perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara”.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi kita untuk membendung penularan wabak ini. Kita perlu lebih cakna terhadap golongan yang lebih berisiko terutamanya kanak-kanak dan golongan warga emas.
Ads
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Menurut kajian juga mendapati varian Delta mampu menjangkiti individu lain dalam masa 15 saat. Oleh itu perlindungan kepada bahagian muka perlu dipertingkatkan dengan pemakaian alat pelindung muka dan pelitup muka berganda.
Kredit: Public Health Malaysia
Buat anda yang ingin mencari dan membeli pelindung muka ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan.
Pelindung muka berperanan sebagai penghadang kepada mata. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pelindung muka yang disarankan ialah seperti berikut:
Ads
1
Yang meliputi bahagian dahi pengguna
2
Berbentuk memanjang sehingga melepasi bahagian dagu
3
Melindungi sekeliling wajah
Ads
4
Memetik Pakar Epidemioloi Universiti Alabama, Prof David Freedman berkata untuk mengelakkan keadaan berwap dan berkabus, pengguna disarankan boleh menyemburkan semburan anti kabus (anti fogging) pada bahagian dalam pelindung muka untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas
5
Perlu diingat bahawa memakai alat pelindung muka sahaja tanpa pelitup muka tidak berkesan untuk membendung jangkitan koronavirus
Semoga kita terus teguh dan bersatu-padu untuk mengurangkan penularan wabak ini. Lindung diri, lindung semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menggunakan pengangkutan awam sebenarnya bukan sahaja boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.
Seperti mana yang kita tahu, kerajaan menerusi MyRapid memperkenalkan pas bulanan My100 dan My500 untuk pengguna bas dan LRT. Menerusi pas yang cukup murah ini pengguna boleh menggunakan mana-mana rangkaian pengangkutan awam Rapid KL sepanjang tempoh 30 hari.
Tapi ramai mungkin tak sedar bahawa anda juga boleh menggunakan kad pengenalan atau Mykad untuk perkhidmatan ini. Seorang pengguna Facebook yang sering berkongsi buah fikiran bernasnya kepada follower iaitu Afil Jefri membuat satu perkongsian yang cukup menarik tentang perkara ini.
Jadi bagaimanakah anda boleh berjimat dengan menggunakan Mykad? Jom kita ikuti perkongsian saudara Afil Jefri di bawah;
Ini bukan penulisan advertorial yang dibayar atau apa. Tapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau boleh, dalam zaman serba mencabar macam sekarang, kita semua nak sangat berjimat cermat kan. ⠀ Ya, memang ada banyak cara untuk berjimat sebenarnya. Tapi, saya nak share satu cara terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan kenderaan awam semaksima mungkin. ⠀ Untuk cara berjimat yang saya dah cuba buat ini, ada beberapa langkah dan tak susah pun.
1. Pastikan anda ada MyKad yang boleh berfungsi sebagai MyKad Touch ’N Go. Kalau selama ini, anda memang gunakan sebagai Touch ’N Go, maksudnya semuanya dalam keadaan baik. Kalau MyKad anda adalah MyKad versi terdahulu yang ada satu gambar, anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan buat permohonan untuk tukar kepada MyKad baru yang ada dua gambar. Saya sendiri pun baru-baru ini, ke JPN untuk tukar MyKad saya dan Alhamdulillah, prosesnya boleh tahan pantas juga dan caj yang dikenakan hanya RM10.
⠀
2. Sila buat permohonan atau daftar Unlimited Travel Pass yang ada dua pilihan iaitu My100 dan My50. Pilih mana-mana pas berdasarkan penggunaan perkhidmatan awam yang sesuai untuk anda. Untuk saya, saya pilih My100.
⠀
3. Untuk mendaftar, bawa MyKad ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL yang terletak di beberapa lokasi seperti yang saya senaraikan di bawah.
4. Maklumkan kepada pekerja di kaunter perkhidmatan pelanggan bahawa anda ingin membeli My100 atau My50. Untuk My100, anda perlu mempunyai baki di dalam MyKad anda sebanyak RM10 manakala untuk My50, anda perlu ada baki sebanyak RM5. Jadi, kalau MyKad anda kosong, anda perlu membeli My100 dengan harga RM110 manakala untuk My50 dengan harga RM55. (Ini adalah untuk pembelian kali pertama atau pengguna baru).
5. Kemudian, anda akan diminta untuk mengisi nama, nombor MyKad dan beberapa butiran ringkas dalam satu borang.
⠀
6. Selepas anda selesai melakukan pembelian, anda terus boleh menggunakan pas tanpa had anda untuk menaiki kenderaan awam seperti LRT, MRT, BRT, Monorail dan bas Rapid KL. Pas ini tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter dan ERL kerana mereka bukan ‘geng’ Rapid KL. Lagi satu, kesemua perkhidmatan pengangkutan awam yang saya senaraikan di atas adalah untuk pas My100 sahaja, manakala untuk pas My50, ia hanya sah untuk perkhidmatan bas Rapid KL sahaja. Jangan keliru okay?
⠀
7. Untuk persoalan dan pertanyaan lain, anda boleh klik link ini (https://www.myrapid.com.my/…/all-t…/unlimited-pass-my100my50)
⠀
8. Akses ini boleh digunakan selama 30 hari dan jumlah hari berbaki akan tertera ketika anda menyentuh MyKad anda di pintu masuk stesen.
Dari situ, saya dah berjimat daripada mengeluarkan wang untuk petrol, tol, parking dan sebagainya. Kalau memandu, tempoh masa perjalanan itu pun sebenarnya lebih lama daripada tempoh perjalanan menaiki kenderaan awam seperti LRT. Bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, kita tak perasan pun sebenarnya kereta kita makan minyak kuat dan itu dah membazir. ⠀ Dalam sebulan, selalunya saya akan habiskan lebih kurang RM70 seminggu untuk petrol sahaja dan tol serta parking, lebih kurang RM50 dalam sebulan memandangkan saya banyak bergerak untuk kerja di luar pejabat.
⠀ RM70 x 4 minggu = RM280 (petrol)
RM280 (petrol) + RM50 (tol & parking) = RM330
⠀ Kalau saya keluar di hujung minggu atau hari cuti, RM330 akan bertambah menjadi RM350 ke RM400 sebulan. ⠀ Jadi, selepas saya cuba berjimat dan gunakan My100, saya cuba hadkan penggunaan kereta dan banyak menggunakan kenderaan awam seperti LRT. Jadi, biaya yang saya keluarkan untuk perjalanan pergi dan pulang kerja adalah RM100 dalam sebulan.
Secara kasarnya, saya dah jimat sebanyak RM230 hingga RM300 sebulan. Banyak kan? ⠀ RM230 x 12 bulan = Anda dah dapat jimat sebanyak RM2,760 dalam setahun. ⠀ Bayangkan, dengan jumlah RM2,760, dah boleh beli tiket penerbangan ke luar negara dan mungkin boleh gunakan untuk belanja ibu bapa dan keluarga. ⠀ Sebelum ini, saya cuba gunakan kad Touch ’N Go, tapi jumlah biaya bulanan saya untuk kenderaan awam lebih kurang RM150 sebulan (berdasarkan enam hari bekerja). Jadi, dengan menggunakan My100, saya dah jimat RM50 berbanding menggunakan Touch ’N Go. ⠀ Memanglah, RM50 apalah sangat untuk mereka yang banyak duit. Tapi, untuk saya, RM50 itu saya boleh buat duit makan tengah hari untuk lima hari. Hehe. ⠀ Kalau saya perlu ke mana-mana majlis yang lokasinya ada akses berhampiran stesen LRT, Monorail atau MRT, jadi mudah sebab saya cuma perlu sentuhkan MyKad saya di pintu masuk stesen. ⠀ Tapi, kalau saya perlu hadir ke majlis atau acara yang memang tak ada akses kereta api, terpaksalah saya memandu. Kadang-kadang, kalau acara anugerah yang habis jam 2 pagi, takkan saya nak tidur di stesen kan? Jadi, saya bawa kereta. ⠀ Nak berjimat pun, kena jadi realistik jugalah. Hehe. Tapi, anugerah pun bukanlah hari-hari kan. Jadi, tak menjadi masalah. Hehe.
Kereta pun, sekarang banyak saya gunakan untuk hujung minggu atau bila perlu saja. Isi tangki sampai penuh pun kadang-kadang bertahan sampai dua minggu. Jimat kan? ⠀ Satu lagi faedah adalah, dapat jugalah saya keluarkan peluh sedikit sebab perlu berjalan kaki dari Stesen LRT Abdullah Hukum ke pejabat. Tak jauh pun, tapi perjalanan pergi balik itu memang buat berpeluh jugalah. Harapnya, dapatlah susutkan badan yang sebesar lori tanah ini. Haha. ⠀ Semoga info ini berguna untuk mereka yang sedang cuba berjimat macam saya. Mungkin ada yang dah tahu mengenai pas-pas ini. Jadi, saya kongsikan dengan mereka yang belum tahu dan baru nak bermula jadi pengguna. ⠀ Semoga bermanfaat.
Penipu terkenal dari Israel, Simon Leviev, akhirnya ditahan pihak berkuasa di Georgia minggu lalu. Nama ini kembali menjadi sebutan dunia kerana kisahnya pernah menggegarkan platform Netflix menerusi dokumentari The Tinder Swindler.
Bagi lelaki moden, kisah ini bukan sekadar drama atau gosip antarabangsa, tetapi satu pengajaran bagaimana dunia digital mampu membuka ruang jenayah yang kompleks dan licik.
Simon Leviev, atau nama sebenarnya Shimon Yehuda Hayut, bukan calang-calang penipu. Pada usia 34 tahun, dia berjaya membina identiti palsu sebagai pewaris empayar berlian. Dengan imej mewah – jet peribadi, pengawal peribadi, pakaian berjenama – Leviev mencipta persona yang meyakinkan di aplikasi janji temu Tinder.
Antara tahun 2017 hingga 2019, siasatan mendapati dia memperdaya ramai wanita di Norway, Finland dan Sweden. Modus operandinya cukup mudah: memikat mangsa dengan cinta, kemudian memujuk mereka memberikan pinjaman kewangan kononnya untuk urusan kecemasan. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan AS$10 juta (RM42 juta).
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, Tato Kuchava, mengesahkan Leviev diberkas di Lapangan Terbang Batumi, sebuah bandar di Laut Hitam. Penahanan dilakukan atas permintaan Interpol, walaupun butiran lanjut mengenai ekstradisi masih belum didedahkan.
Kisah ini sekali lagi membuktikan bahawa jenayah moden tidak mengenal sempadan. Dengan hanya sebuah aplikasi, Leviev mampu melintasi negara, mengaburi mata undang-undang, dan mengaut keuntungan besar daripada mangsa yang percaya.
Penipuan yang dilakukan Leviev adalah contoh klasik ‘catfishing’ – mencipta persona palsu dalam talian untuk menjerat mangsa secara emosi dan kewangan. Walaupun kebanyakan mangsanya adalah wanita, lelaki juga tidak kebal daripada taktik sebegini.
Bagi lelaki Maskulin, isu ini penting kerana ia membuka mata tentang:
Bahaya identiti maya – jangan mudah percaya dengan paparan gaya hidup di media sosial.
Kawalan kewangan – jangan sesekali campur-adukkan emosi cinta dengan keputusan kewangan.
Kekuatan mental – penipuan sebegini mampu menghancurkan keyakinan diri, jadi sokongan emosi dan keteguhan jiwa adalah kunci untuk pulih.
Kisah Leviev bukan sekadar sensasi media, tetapi satu peringatan keras. Di era digital, kita terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi – sama ada cinta palsu, skim pelaburan cepat kaya, atau janji manis yang sukar ditolak.
Sebagai lelaki moden, sikap berhati-hati, keberanian untuk menyemak fakta, dan tidak mudah goyah dengan gaya hidup glamor adalah benteng pertahanan utama.
Ingatlah, kejantanan sebenar bukan pada berapa banyak yang anda mampu berikan, tetapi pada kebijaksanaan melindungi diri dan orang tersayang daripada bahaya tersembunyi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini antara perkara yang akan menyerang mereka yang ketagih dengan teknologi.
Masalah yang terjadi apabila obses dengan teknologi dan ketagih dengan media sosial, terjadilah tabiat berjaga malam dan alami masalah tidur.
Terlalu bergantung dengan teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan. Bahaya tu!
Setiap status dan perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi perkara negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca status orang lain.
Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Jadi pastikan bersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.