Individu yang menaiki kenderaan persendirian dan tidak memakai pelitup muka, tidak akan dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Walau bagaimanapun, individu yang berada di tempat awam yang sesak seperti pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya, selain tempat tumpuan pelancong dan panggung wayang diwajibkan memakai pelitup muka.
Sebelum ini tular dalam media sosial mengatakan mereka yang berada di dalam kenderaan persendirian pun dikenakan tindakan, itu tidak betul.
“Seperti yang saya sebutkan kenderaan awam, sangat jelas. Kenderaan persendirian bukan kenderaan awam. Kalau kita bawa kereta dengan keluarga, tak perlulah pakai mask dalam kereta kerana itu merupakan kenderaan persendirian.
“Kalau kita dengan kawan tempat kerja pergi pejabat, kita tahu siapa. Kalau ada kes yang berkaitan dengan COVID-19 positif, kita tahu siapa kerana dia merupakan kawan kita yang bersama dengan kita setiap hari. Penumpang di dalam satu kenderaan. Jika dengan keluarga tidak perlulah diambil tindakan,” ujar Ismail Sabri.
Ads
Setelah berbincang dengan polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ujar Ismail Sabri, polis akan membatalkan saman-saman yang dikenakan ke atas mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.
“Jika mereka sudah pun membayar saman tersebut kepada pihak KKM, mereka boleh menuntut semula wang tersebut kepada KKM,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan semalam.
Ismail Sabri yakin dengan pihak polis dari segi menggunakan budi bicara untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ads
“Begitu juga bagi mereka yang berada di tepi pantai, kalau dia seorang duduk di situ dan tiada kesesakan, tidak perlu disaman.
“Contoh lain, padang bola adalah tempat awam, tetapi berkeluasan besar yang mampu dilakukan penjarakan fizikal, jadi tidak perlu dikenakan kompaun juga,” katanya yang menegaskan, pelitup muka diwajibkan bagi kawasan yang sesak dan penggunaan pengangkutan awam.
Ads
Dalam pada itu, beliau berkata, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka lemas.
Katanya, ibu bapa perlu memainkan lebih bertanggungjawab dengan tidak membawa anak yang masih kecil di tempat awam yang sesak.
Deodoran – Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
Bercukur – Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
Pakaian ketat – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
Minyak wangi : Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
Pemilihan deodorant : Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang aktif menggunakan laman media sosial terutamanya Twitter pasti akan kenal dengan Elon Musk. Begitu juga peminat kereta elektrik berinovasi tinggi, Tesla kerana dia merupakan pemilik syarikat tersebut.
Bilionar yang dikenali dengan visi teknologi luar biasa tersebut merupakan seorang ikon perniagaan yang sangat aktif di laman Twitter. Keterbukaannya dalam meraikan penggunaan matawang kripto juga sering disambut baik oleh warganet masa kini.
Dalam tempoh beberapa minggu lalu telah heboh diperkatakan tentang ura-ura Elon Musk ingin membeli saham dan memiliki laman media sosial Twitter yang dianggarkan mempunyai kira-kira 206 juta pengguna.
Minggu lalu, Elon Musk mengumumkan hasratnya untuk membida dan membeli Twitter namun pada mulanya ia ditolak. Dan semalam perkara tersebut telah menjadi realiti dan dimiliki oleh Elon Musk.
Memetik laporan Reuters, pembelian laman media tersebut oleh Elon Musk dicatatkan pada harga USD44 bilion (RM191.5 bilion) sekali gus memberikan kuasa sepenuhnya terhadap platform tersebut.
Sebagai pengguna Twitter yang tegar, bilionair tersebut sebelum ini dilihat sering mengkritik pendekatan Twitter dan menganggap ia mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses orang ramai.
Transaksi pembelian tersebut juga telah diluluskan oleh pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian di kalangan pemegang saham. Dalam satu kenyataan Elon Musk berkata kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter merupakan ruang digital yang menyaksikan banyak perkara penting kemanusian pada masa depan diperbincangkan.
Rata-rata warganet bercampur-baur akan perkembangan ini. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang skeptikal terhadap apa yang akan dibawa oleh Elon Musk terhadap platform kesayangan ramai ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orang kalau dah ada duit memang macam-macam boleh buat walaupun pada akal kita perkara itu nampak mengarut. Itulah yang dilakukam oleh Yusaka Maezawa, bilionair dan pengasas jenama pakaian online, Zozotown.
Dia yang sebelum ini pernah membayar Elon Musk untuk menjadi pelanggan untuk trip ke bulan menerusi projek SpaceX telah melakukan sesuatu yang cukup luar biasa di Twitter.
Bilionair Jepun yang telah tular di Twitter!
Kira-kira dua hari lalu dia telah memuat naik sebuah tweet di akaun Twitter miliknya dengan sekeping kad ucapan istimewa. Di dalam ucapan itu, Yusaku berkata dia akan menghadiahkan wang sebanyak sejuta Yen (kira-kira USD9,200) kepada 100 orang yang bertuah follow dan retweet status tersebut.
Dia memberikan masa kepada pengguna Twitter sehingga 7 Januari 2019 sebagai tarikh tutup penyertaan. Jelasnya lagi pemenang akan dihubungi menerusi direct message (DM) di Twitter. Sehingga artikel ini ditulis tweet tersebut telah mendapat jumlah retweet melebihi 4.71 juta dan likes sebanyak 1.17 juta!
Tweet inilah yang telah mencipta sejarah baru di Twitter!
Ia sekali gus menjadikan tweet daripada Yusaku tersebut sebagai tweet yang paling banyak mendapat jumlah retweet dalam sejarah Twitter! Apa yang mengagumkan lagi jumlah tersebut semakin bertambah dari semasa ke semasa. Rekod sebelum ini telah dipegang oleh Wendy’s nugget guy, kisah seorang jejaka yang ingin mendapatkan nugget percuma daripada restoran makanan segera.
Nampaknya pengaruh orang kaya yang ingin menaburkan duit secara harfiah kepada orang tak dikenali di laman media sosial telah mencipta satu sejarah baru.
Anda dah retweet? Mana tahu rezeki datang dari Jepun tanpa disangka!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.