Dalam arena bola sepak moden, pemain bukan sekadar mempamerkan skil luar biasa di atas padang. Mereka juga adalah ikon gaya dan jenama global. Penampilan diri memainkan peranan yang sangat penting dalam membina imej ini, malah adakalanya ia menjadi aset sama pentingnya dengan kebolehan menggelecek bola.
Walaupun skil dan prestasi di atas padang tetap keutamaan, penampilan luar turut menjadi aset bernilai.
Ini kerana imej menarik memudahkan pemain membina jenama peribadi yang kukuh, sekali gus membuka peluang kerjasama dengan jenama-jenama besar dunia dalam pelbagai sektor.
Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain bintang yang sentiasa menjaga penampilan terutamanya rambut.
Syarikat-syarikat terkemuka lebih mesra untuk mengaitkan produk atau perkhidmatan mereka dengan individu yang mempunyai daya tarikan visual dan karisma.
Dalam konteks ini, rambut sering kali menjadi tumpuan utama, melengkapi keseluruhan gaya, keyakinan diri, dan ‘nilai pasaran’ seorang pemain di luar lingkungan sukan itu sendiri.
PROSEDUR SEMAKIN POPULAR
Menyedari kepentingan ini, ramai pemain bola sepak profesional, terutamanya di liga-liga utama Eropah seperti Liga Perdana Inggeris, beralih kepada prosedur transplan rambut untuk menangani isu keguguran atau penipisan rambut.
Prosedur ini biasanya melibatkan pengambilan folikel rambut dari bahagian belakang atau tepi kepala (kawasan penderma) dan menanamkannya ke bahagian hadapan atau atas kepala yang terjejas. Ia adalah penyelesaian kekal yang memberikan hasil semula jadi apabila dilakukan oleh pakar bertauliah.
Prosedur transplan rambut
Di Malaysia, anggaran kos untuk prosedur transplan rambut boleh bermula dari sekitar RM15,000 hingga RM40,000 atau lebih, bergantung kepada teknik yang digunakan (seperti FUE atau FUT), jumlah graft yang diperlukan, dan reputasi klinik serta kepakaran doktor.
Populariti prosedur ini di kalangan pemain di England dan Eropah tidaklah mengejutkan. Selain akses mudah kepada teknologi perubatan estetik yang canggih dan pakar berpengalaman, terdapat juga faktor budaya di mana penampilan diri sangat ditekankan dalam dunia hiburan dan sukan.
Ads
Ia ditambah pula dengan tekanan berterusan daripada media dan peminat untuk sentiasa kelihatan terbaik di khalayak ramai. Ini menjadikan transplant rambut sebagai pelaburan dalam kerjaya dan imej mereka.
Hasil daripada prosedur ini sering kali sangat signifikan. Pemain dapat memiliki semula rambut yang lebih lebat dan teratur, membolehkan mereka menggayakan pelbagai potongan rambut yang lebih menarik dan bergaya.
Perubahan ini bukan sahaja meningkatkan penampilan fizikal secara drastik, malah turut melonjakkan keyakinan diri mereka di atas dan di luar padang, membolehkan mereka tampil lebih berani dan menarik perhatian. Kita dapat melihat transformasi ketara pada ramai bintang bola sepak yang secara terbuka atau tidak menjalani prosedur ini.
Jelas sekali, bagi pemain bola sepak profesional hari ini, transplant rambut bukan sekadar keputusan kosmetik semata-mata, tetapi merupakan sebahagian daripada strategi penjenamaan diri mereka.
Berikut maskulin kongsikan 10 pemain sebelum dan selepas melakukan transplan rambut.
Setiap lelaki mempunyai penampilannya tersendiri. Bila bercakap tentang kacak, pada pendapat MASKULIN ia sebenarnya perkara cukup subjektif. Wahai lelaki, usahlah berasa terlalu merendah diri.
Bagi anda yang lahir dengan rupa paras yang elok dan mempunyai simetrikal yang menarik, itu merupakan anugerah dan kelebihan. Tapi bagaimana pula lelaki yang panapadangan umum terutamanya wanita hanya ‘mediocre’ sahaja?
Setiap perkara boleh perbaiki sama ada penampilan, gaya rambut, cara berjalan, pembawaan diri dan juga keyakinan dalaman. Semua faktor tersebut boleh membuatkan lelaki menjadi bertambah kacak dalam cara mereka tersenduru.
Jika anda ingin ‘memburu’ tip dan ingin tampil lebih kacak, MASKULIN senaraikan 10 tip boleh anda ikut.
RUTIN PENJAGAAN WAJAH
Wahai lelaki, kita sebenarnya cukup beruntung kerana tidak perlu menggunakan banyak produk penjagaan wajah seperti wanita. Kadangkala cukup hanya menggunakan pencuci muka setiap hari. Amalkan cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
KAWALAN KEDUT
Ya, penuaan itu satu proses semula jadi yang tiada siapa boleh halang. Namun kalau kita pandai jaga wajah dengan baik kedut tidak akan muncul lebih awal daripada yang sepatutnya. Gunakan pelembab dan juga sunscreen bagi melindungi kulit wajah agar kulit bersifat keremajaan itu bertahan lebih lama.
BAHAGIAN MATA
Perhatikan di bawah mata anda. Jika nampak seperti ada kesan lebam itu bermaknanya anda kurang berikan perhatian di kawasan tersebut. Cuci wajah dengan rata dan palingpenting tidur dengan secukupnya!
Gaya rambut memainkan peranan sangat penting untuk seorang lelaki tampil lebih kacak. Percaya atau tidak dengan meakukan trasformasi rambut sahaja ia boleh mengubah pandangan orang lain terhadap anda. Antara potongan yang sesuai dengan trend semasa ialah crop cut yang lebih kemas dan menampilkan sisi maskulin seorang lelaki.
Kerosakan gigi berlaku dengan perubahan masa dan peningkatan umur. Jika tidak di jaga dengan baik ketika di zaman usia belasan tahun lagi, maka anda akan terima kesannya bila usia menjelang 30-an atau 40-an. Teknologi pergigian pada zaman sekarang juga sudah cukup maju dan mampu memberikan senyuman paling manis untuk anda. Dengan syarat, perlukan melabur sedikit.
MELAKUKAN SENAMAN SECARA RUTIN
Badan yang sihat akan menaikkan seri di wajah. Ia juga mampu membuatkan anda lebih sihat, berkeyakinan dan setiasa tampil bertenaga. Dengan senaman yang dilakukan secara rutin juga staminan anda juga akan terjaga sebaiknya. Dan stamina itu wahai saudara, sangatlah penting!
Diet di sini bukanlah bermaksud kena ikat perut dan berlapar. Tetapi lebih kepada cara bijak untuk makan dengan jumlah yang menyihatkan dan seimbang. Namun setiap orang mungkin berbeza tahap metabolisme. Jadi jika tidak pasti dapatkan nasihat dari pakar nutrisi.
SELEKSI PAKAIAN
Gaya dan penampilan diri juga harus selari dengan pakaian yang dipakai. Salah satu faktor utama untuk nampak lebih kacak ialah pakaian yang betul. Perkara paling penting dalam memilih pakaian ialah mencari fit yang paling sempurna. Usah memaksa diri mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan saiz atau umur.
Ingat setiap lelaki boleh melakukan perubahan diri bila-bila masa sahaja. Semoga perkongsian tip ini boleh memjadikan anda yang sudah sedia kacak menjadi lebih kacak!
Follow IG Maskulin untuk tip serta trend lelaki masa kini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suatu ketika dahulu bila bercakap tentang penjagaan rambut kita pasti lebih terarah kepada golongan wanita bukan. Apa tidaknya rambut bagi wanita dianggap sebagai ‘mahkota’ buat mereka.
Namun lelaki pada zaman moden kini telah banyak berubah dan semakin peka terhadap betapa pentingnya menjaga kondisi dan kesihatan kesihatan rambut. Lihat sahajalah di pasaran sekarang. Terdapat segala macam jenis produk penjagaan rambut ditawarkan khusus untuk lelaki.
Di antara masalah atau mimpi ngeri buat lelaki ialah apabila berdepan masalah keguguran rambut dan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko fenomena ‘botak tengah’.
Namun dalam keghairahan menjaga rambut jangan pula tersilap langkah sehingga mendatangkan keburukan pula. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 kesilapan biasa yang dilakukan lelaki dalam penjagaan rambut.
Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Kalau nak guna sekalipun pastikan tak lebih sekali dalam sehari. Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
TERLEBIH PRODUK
Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuik rambut anda tak guna lebih dari dua produk sahaja. Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri. Less is more!
TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP
Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.
Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.
KERAP MEMBASUH RAMBUT
Man photo created by valuavitaly – www.freepik.com
Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengelurkan sejenis minyak semulajdi yang bertindak melindungi kepala. Tak salah nak basuh tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.
TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT
Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan. Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar ia amat mustahil. Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.
BELANJA LEBIH BELI PRODUK
Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.
SYAMPU 2 DALAM 1
Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi. Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.
Semoga anda dijauhi bencana ‘botak tengah’ terutamanya pada usia muda.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang tetapi sebagai individu, anda harus bijak menampilkan diri anda untuk disenangi orang ramai.
Selain berpakaian kemas dan berbau harum, anda juga harus memiliki 5 elemen ini yang menjadi kunci kepada setiap pertemuan
1. Murahkan dengan senyuman
Sentiasa murahkan bibir anda dengan senyuman apabila berjumpa dengan orang baharu. Walaupun cuma sekadar berselisih bahu, jika dia terpandang anda, terus lemparkan senyuman dan automatik ‘stranger’ itu akan turut menjadi mesra.
2. Diam dan bersuara bila perlu
Tak perlu jadi terlalu ‘kepochi’ untuk menarik perhatian ramai. Ada baiknya anda diam terlebih dahulu, scan suasana sekeliling dan apabila ada ‘stranger’ berdekatan, anda sudah boleh menggunakannya sebagi point perbualan.
3. Sentiasa merendah diri
Bertanyalah khabar kepada ‘stranger’ dan tanya asal usul mereka. Mereka mungkin mendedahkan mereka seseorang yang berpangkat besar atau bekerja di syarikat yang ternama namun apabila sampai part anda, cuba merendah diri walaupun anda lebih ‘besar’ daripada mereka.
4. Berpakaian kemas dan ikut tema
Sentiasa alert dengan kehendak majlis untuk memudahkan anda diterima ramai. Tidak salah untuk tampil berbeza tetapi pastikan ia masih menepati tema dan tidak membuatkan orang sekeliling ‘pandang lain macam’.
5. Bersikap terbuka
Anda akan menemui pelbagai jenis orang yang berbeza latar belakang mahu pun fahaman. Namun untuk membuatkan anda muda diterima ramnai, positifkan diri anda dan bersikap terbuka. Jika mereka meluahkan sesuatu pandangan peribadi dan anda tidak bersetuju, dengar dan diam sahaja melainkan mereka meminta pendapat anda.
Semoag bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.