Perlumbaan motosikal lasak merupakan kategori yang mungkin agak baru di negara kita. Namun ia dilihat semakin popular di kalangan penggemar lumba motosikal.
Salah sebuah pengeluar motosikal yang sentiasa menawarkan keterujaan tunggangan lasak, BMW Motorrad dilihat membuka platform tersendiri untuk peserta dalam negara merasainya.
Hasil ilham daripada pertandingan International GS Trophy yang diperkenalkan oleh BMW Motorrad sendiri, cabaran unik bertempoh dua hari ini telah menawarkan para penunggang GS.
Ia merupakan sebuah pengalaman serba eksklusif, yang telah menguji kemahiran menunggang dan melakukan navigasi mereka di atas landasan yang mencabar.
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia telah mengumpulkan lebih daripada 150 penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad di acara BMW Motorrad GS Challenge yang pertama di Malaysia.
Ads
Selain pertandingan itu sendiri mereka ingin meraikan jiwa sebenar GS dengan pengalaman yang mengujakan di atas landasan luar jalan yang mencabar.
KETERUJAAN PENGEMBARAAN
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami, International GS Trophy yang mengambil tempat di lokasi-lokasi ekstrem di seluruh dunia”.
“Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan pengembaraan tersebut di Malaysia buat para penunggang GS di sini, susulan acara kelayakan serantau yang kami telah anjurkan pada tahun 2017 untuk memilih wakil-wakil kami bagi pertandingan tersebut.
Ads
“Saya percaya bahawa para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan, dan cabaran menunggang tersebut – yang merupakan ramuan bagi kelahiran jentera GS.”
Cabaran ini telah menyaksikan para peserta menjalani ujian menunggang dan menavigasi di samping cabaran individu di atas landasan luar jalan berhalangan.
PERSAINGAN EKSKLUSIF
Beberapa orang finalis terbaik telah terpilih untuk bersaing pada Hari ke-2 bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai “Follow the Trails” (FTT) Tour, sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Ads
FTT memberi peluang kepada pemenang tersebut untuk menyusuri laluan seperti yang diguna oleh pesaing pertandingan International BMW GS Trophy 2022.
Setelah cabaran ini berlangsung selama dua hari, empat finalis telah muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge dan akan menuju ke Albania untuk menyertai FTT Tour yang eksklusif! Pemenang-pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada pemenang dan selamat membawa nama negara ke pentas dunia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadang-kadang jealous juga tengok kereta-kereta yang dah dipakai bertahun-tahun tapi still nampak macam baru dan tiada kerosakkan langsung. Ini yang patut korang titik beratkan. Sekiranya anda membasuh kereta, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan, takut akan memberikan kerosakan yang lebih lagi pada kereta.
1. Jangan tunggu sehingga kotoran betul-betul nampak jelas
Serangga kecil, tahi burung, hujan dan debu dari persekitan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan cat. Jangan hanya membasuh kereta seminggu sekali, atau sebulan sekali, tetapi sebaiknya basuh kereta bila perlu, lebih-lebih lagi jika hujan, kerana acid hujan boleh menyebabkan cat cepat terhakis.
2. Ketika kereta tengah panas
Pada keadaan suhu yang tinggi/panas boleh menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan sebabkan kotoran rosakkan cat. Parkir kereta di temapt redup atau tunggu suhu berkurangan sebelum mula membasuh.
3. Gunakan alatan yang bersesuaian
Pastikan anda membasuh kereta dengan gunakan barang khas untuk pembersihan kereta, span besar, atau air yang berterusan mengalir dan sabun khas untuk mencuci kereta.
Ini kerana, ia lembut untuk cat kereta, dan mungkin anda perlukan bahan pencuci khas untuk buang tar yang melekat pada kereta.
4. Span khas juga diperlukan untuk mengelakkan dari kesan calar pada bahagian kereta.
Apa yang penting adalah air yang banyak, ini kerana jika anda hanya gunakan air dari baldi berulang kali, kesan kotoran dan sisa kecil masih ada, yang mana menyebabkan berlakunya calar ketika sedang mengelap kereta.
5. Basuh ikut bahagian
Fokus pada satu-satu bahagian pada masa tertentu, basuh, bilas dan keringkan. Tetapi jangan sesekali basuh kereta dengan menggunakan span dalam pergerakan membuat bulatan, kerana ia akan tinggalkan kesan bulatan yang boleh nampak, sebaiknya basuh dengan pergerakan garis lurus.
6. Wax dua kali setahun
Mungkin ada yang beranggapan sekiranya wax kereta ia aakan merosakkan kerta, lebih-lebih lagi cat. Tapi, dalam amsa yang sama, ia sebenarnya mengekalkan lagi keadaan cat kereta, yang mana terbaik sekiranya anda berpendapat untuk menjualnya kembali.
Sumber: mobiloil
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Alat perangkap tersebut di beli di sebuah kedai serbaneka
Alat ini datang dalam 2 saiz yang berlainan iaitu besar dan kecil
Perangkap lipas dan cicak
Antara cara terbaik untuk menggunakan alat ini adalah dengan meletakkan apa sahaja sisa makanan untuk mengumpannya masuk ke dalam alat ini.
Kemudian letakkan di bawah kusyen seat kereta dan lihat hasilnya. Ia juga boleh digunakan di rumah jika rumah anda banyak lipas walaupun sudah dibersihkan berulang kali.
Semoga berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pengguna semestinya kita tidak mahu kerugian ratusan atau ribuan ringgit kerana ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bercakap tentang perihal kerosakan komponen kereta rata-rata pengguna sebenarnya tidak berapa arif tentang selok-beloknya.
Jadi secara tidak langsung memudahkan mereka terdedah kepada risiko ditipu. Salah satu bentuk penipuan yang biasa dilakukan terutamanya oleh sesetengah pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab ialah mengatakan kerosakan yang lebih teruk berlaku atau lebih mahal dari harga semasa yang masuk akal.
Di antara komponen kereta yang sering membawa masalah kepada pengguna atau pemilik kereta ialah aircond atau penghawa dingin.
Dan bila menyebut tentang aircond pastinya antara komponen yang cukup digeruni rosak ialah kompresor. Ini kerana rata-rata di antara kita walaupun kurang arif tapi tahu kos untuk menukar kompresor baharu agak mahal.
Di antara kerosakan yang sering berlaku terhadap aircond kereta ialah tidak berfungsi dengan baik seperti hanya keluar angin sahaja tetapi tidak sejuk. Namun adakah kerosakan ini perlu dibaiki dengan menukar kompresor terus?
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian dari pakar aircond yang menjelaskan perkara ini di TikTok iatu Aj Aircond.
Jelas mereka kerosakan aircond tidak sejuk ini biasanya boleh berlaku terutamanya pada musim cuaca panas. Atau ia juga boleh berlaku kerana mungkin sudah tiba masanya untuk sesetengah komponen kecil ditukar atau diservis.
Di komponen yang biasa rosak ialah magnetic clutch. Jelas mereka hampir kesemua kereta akan berdepan masalah kerosakan ini apabila kereta sudah berusia. Ia merupakan komponen atau bahagian yang jarang rosak. Sebab itulah kena periksa betul-betul.
Kalau bengkel lihat sekejap tanpa periksa dengan baik terus mengatakan perlu tukar kompresor, anda perlu berhati-hati. Magnetic clutch ini terletak di atas kompresor. Jadi bila ia tak berfungsi atau rosak maka kompresor pun tidak berjalan dengan baik.
Jadi tak perlu tukar ‘sebiji’ kompresor tetapi hanya komponen magnetic clutch sahaja ya.
Jadilah pengguna yang lebih bijak dan peka dengan masalah yang berlaku kepada kereta. Untuk penjelasan lebih lanjut ikuti video di bawah.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.