Foto: FB/Swifters 2.0

Tidak dinafikan dunia selebriti sama ada anda percaya atau tidak cukup memberi warna dalam kehidupan buat seorang lelaki.

Istilah ‘die hard fan’ merujuk kepada seseorang yang sangat berdedikasi dan setia kepada sesuatu, biasanya berkaitan dengan hobi, kegemaran, atau minat tertentu.

Ia termasuklah minat kepada selebriti sama ada penyanyi, pelakon atau figura yang popular di kaca TV.

Baru-baru ini satu kisah seorang pemuda dari Pakistan menarik perhatian ramai tentang minatnya terhadap Taylor Swift. Pemuda Pakistan tersebut, Bilal Ilyas Jhandir, baru saja mencipta sejarah dalam Guinness World Records sebagai peminat Taylor Swift yang terhebat.

Peminat Lelaki Taylor Swift Ini Cipta Rekod Baharu, Kenal Pasti Lebih 30 Judul Lagu Dalam Seminit

Apa tidaknya, dia berjaya mengenal pasti lebih dari 30 lagu Swift dalam masa hanya satu minit sahaja. Inilah yang dinamakan dedikasi yang luar biasa.

IKLAN

Bilal yang kini berusia 20 tahun, telah memecahkan rekod yang sebelumnya dipegang oleh seorang hos radio Britain, Dan Simpson yang berjaya mengenal pasti 27 lagu pada tahun 2019.

Misi Bilal? Mengidentifikasi lagu-lagu hit Taylor Swift hanya dari lirik yang dibacakan, tanpa iringan muzik. Dan teka apa? Dia berjaya mengenal pasti sebanyak 34 buah lagu.

BACA:Thailand Bakal Perkenalkan Visa Khusus Muay Thai – Peluang Belajar dari Pakar!

IKLAN

Kisah Bilal bermula ketika dia berumur 13 tahun dan jatuh hati dengan muzik Taylor Swift. Jelasnya, “Saya dengar semua lagu dia. Hampir setiap lagu boleh saya kenali dari liriknya.”

Tapi jangan salah, bukan sekadar menghafal. Bilal menghabiskan 13 minggu untuk ‘sesi mengulang kaji’, hingga dia mengulang lirik-lirik tersebut walaupun ketika tidur. Itu baru namanya dedikasi!

Peminat Lelaki Taylor Swift Ini Cipta Rekod Baharu, Kenal Pasti Lebih 30 Judul Lagu Dalam Seminit
Foto: Getty

Walaupun tugasnya kelihatan sukar, Bilal menyifatkannya sebagai ‘mudah’. Hanya satu perkara yang membuat cabaran ini sedikit rumit, iaitu lirik-lagu itu dibacakan oleh seorang lelaki. Namun, itu tidak menghalang Bilal. Dia berpendapat memecahkan rekod dunia adalah cara terbaik untuk menunjukkan dedikasinya dan ‘cinta yang luar biasa’ kepada Taylor Swift.

IKLAN

Bilal yang kini bergelar sebagai seorang pelajar dalam bidang Sains Komputer turut menyatakan, “Yang paling saya suka tentang Swift adalah cara dia menulis lagu-lagu hebat yang menyentuh hati saya.” Kini, dengan pengakuan rasmi dari Guinness, dia merasa sangat bangga.

“Dipanggil ‘Certified Swiftie’ atau ‘Officially Amazing Swiftie’ itu sesuatu yang luar biasa,” tambahnya.

Jadi, kepada semua Swifties di luar sana, Bilal telah menetapkan standard yang tinggi. Siapa yang boleh atau berani mencabar dia?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI