Sebut sahaja negara jiran, Thailand pasti kita terbayangkan sebuah negara terkenal dengan pantainya yang indah dan masakan yang tersendiri.
Industri pelancongan sememangnya menjadi salah satu penjana ekonomi utama negara tersebut.
Terbaru, Thailand memikat, menambah satu lagi tarikan hebat untuk para pelancong – sebuah visa khas untuk mempelajari Muay Thai, sukan seni mempertahankan diri yang telah menjadi simbol kebanggaan mereka.
Menurut laporan dari portal Thaiger, ini bukan sekadar peluang untuk mengasah kemahiran dalam Muay Thai, tapi juga peluang emas bagi para penggemar seni bela diri ini untuk menikmati keindahan Thailand lebih lama.
Dengan visa baru ini, pelancong kini dapat melanjutkan tempoh tinggal mereka dari 60 hari hingga 90 hari. Bayangkan, tiga bulan penuh untuk menyerap budaya, keindahan, dan tentu saja, memperkuat pukulan dan tendangan ala Muay Thai!
Ads
Langkah ini merupakan bagian dari usaha kerajaan Thailand untuk mempromosikan apa yang mereka sebut sebagai ‘Kuasa Lembut’ atau ‘Soft Power’.
Mereka telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Strategi Kuasa Lembut Kebangsaan, yang tujuannya ialah untuk menonjolkan Thailand di mata dunia melalui 11 bidang, termasuk festival, pelancongan, makanan, seni, reka bentuk, sukan, muzik, buku, filem, drama, siri TV, fesyen, dan tentu saja, permainan – dengan Muay Thai sebagai salah satu bintang utamanya.
Pimon Sriwikorn, Penasihat Perdana Menteri, mengumumkan pada 12 Januari bahawa visa khas ini bakal menjadi kenyataan. Ini berarti para pengunjung yang datang ke Thailand dengan niat untuk memperdalam pengetahuan dan kemahiran mereka dalam Muay Thai tidak lagi terbatas dengan visa pelancongan biasa yang hanya berlaku 60 hari.
Ads
Mereka kini memiliki kesempatan untuk tinggal lebih lama, hingga 90 hari, untuk melatih diri di bawah asuhan pelatih-pelatih Muay Thai terbaik di dunia.
Namun, Pimon tidak memberikan detail khusus tentang bila visa ini akan tersedia. Jadi, bagi anda yang sudah tidak sabar ingin merasakan pengalaman luar biasa ini, pantau terus berita terkini!
Siapa tahu, tidak lama lagi anda akan berkesempatan untuk mengepak tas, terbang ke Thailand, dan memulai petualangan Muay Thai yang tak terlupakan.
Bayangkanlah, setelah latihan, anda boleh menikmati santapan Tom Yum yang asli atau bersantai di pantai dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Thailand menunggu dengan segala keajaiban dan kejutan yang siap memikat hati anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sebarang bentuk penderaan adalah satu kes jenayah yang amat berat dan juga terkutuk. Apatah lagi apabila mangsa dera tersebut ialah seorang kanak-kanak!
Dalam tempoh beberapa minggu ini beberapa kes penderaan telah dilaporkan berlaku lagi di negara kita. Ada kes melibatkan pengasuh yang melakukan jenayah ini di pusat asuhan kanak-kanak dan ada juga melibatkan ibu kandung dan pasangannya juga.
Terbaru, kes yang berlaku di Pasir Gudang di mana pihak polis telah menahan dua orang wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga badannya luka berlubang teruk.
Perkongsian video di mana jiran-jiran telah ‘menyerbu’ rumah mereka menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera amat serius.
Memetik kenyataan rasmi Polis Johor, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya warga negara asing yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘pengkid’ berusia 30 tahun.
Syukur di atas keprihatinan jiran-jiran dan orang ramai telah dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Bagaimana jika perkara hampir sama berlaku di kawasan kejiranan anda?
Apa perlu anda lakukan?
Jika anda mengesyaki ada berlaku kes penderaan sama ada kanak-kanak, wanita, warga emas mahupun lelaki terdapat beberapa tindakan segera yang boleh anda ambil.
Hubungi Pihak Berkuasa
Segera hubungi polis atau agensi kawalan kanak-kanak tempatan untuk melaporkan kejadian tersebut. Berikan maklumat sejelas mungkin mengenai apa yang anda saksikan.
Jangan Campur Tangan Sendiri
Anda mungkin ingin membantu, tetapi jika situasi berpotensi berbahaya, lebih baik biarkan pihak berkuasa yang berlatih untuk mengendalikan situasi tersebut.
Kumpulkan Bukti
Sekiranya pada peringkat awal anda mengesyaki ada yang tak kena ambil gambar atau catatkan butiran tentang penderaan yang anda lihat. Bukti ini dapat membantu proses siasatan pihak polis.
Sokongan Moral
Jika anda berbicara dengan kanak-kanak tersebut, berikan sokongan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak bersalah. Beri tahu mereka bahawa mereka selamat sekarang dan bantulah mereka merasa selamat.
Berikan Maklumat Sulit
Jika anda tahu lebih banyak mengenai situasi ini, berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa. Ini termasuk butiran yang anda saksikan dan butiran tentang individu yang mungkin terlibat.
Jaga Kerahsiaan
Pastikan untuk menjaga kerahsiaan tentang maklumat yang anda ketahui. Ini adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dan memastikan bahawa proses siasatan berjalan lancar.
Sokong Sumber Rujukan
Berikan maklumat kepada keluarga kanak-kanak mengenai sumber bantuan seperti agensi kawalan kanak-kanak, kaunselor, atau kelab sosial yang boleh memberi sokongan kepada mereka.
Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa
Berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa semasa penyiasatan dan proses perundangan.
Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku di dalam komuniti sendiri. Ada beza di antara peka dan menyibuk hal orang lain ya!
Ia adalah untuk kepentingan awam terutamanya mereka yang ditindas. Jangan lupa ikuti TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.
Makan durian memang satu nikmat jika anda antara peminat raja buah ini. Aromanya yang memikat selera pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk makan durian apabila tiba musimnya.
Walaupun rasanya enak namun bau durian yang ‘pekat’ boleh membuatkan nafas berbau busuk.
Nafas berbau selepas makan durian lebih-lebih lagi jika anda sendawa pastinya membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dan pening kepala.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian seorang saintis, Dr Suri Roowi tentang cara-cara mudah untuk menghilangkan nafas berbau selepas makan durian.
Semoga dengan adanya tip ini, bolehlah anda mempraktikkannya selepas makan durian.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian?
Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAU BAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Walau bagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG
Selamat Mencuba
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mendidik ibu bapa mengenai barah pornografi lebih sukar berbanding mendidik anak-anak, demikian pendapat yang dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Menurut hantaran itu, seorang ibu kepada murid perempuan darjah enam di sebuah sekolah telah dipanggil gara-gara anaknya membawa telefon bimbit ke sekolah.
Lebih parah, guru mendapati telefon bimbit berkenaan mengandungi banyak video lucah saat dirampas.
“…Tengok Seorang-Seorang Dekat Rumah Dah Lah!”
Bagaimanapun, reaksi ibu berkenaan terhadap anaknya sangat menghampakan guru yang turut berada di situ
“Kenapa bawa handphone pergi sekolah? Kan dan kantoi! Tengok seorang-seorang dekat rumah dahlah!” kata ibu berkenaan melalui penceritaan Akhi Fairuz di hantaran tersebut.
Reaksi tersebut bukan sahaja menunjukkan ibu berkenaan seolah-olah tidak risau mengenai anaknya menonton video lucah seawal usia 12 tahun, malah seperti menormalisasikan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang sepatutnya dilakukan ketika bersendirian.
Hantaran Akhi Fairuz itu sudah menerima sebanyak 1,300 perkongsian semula dan 740 komen di laman Facebook.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.