Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac yang lalu, pelbagai cara dilakukan oleh selebriti serta warga untuk mengisi masa terluang.
Antara aktviti yang paling popular dilakukan ialah melakukan senaman di rumah. Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana memerlukan komitmen serta kesungguhan yang tinggi.
Bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah ini merupakan cabaran yang cukup besar untuk mengagihkan masa melakukan tugasan, kerja rumah dan pelbagai hal lain lagi.
Namun bagi Dato’ Hans Isacc masa ini telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan misinya menurunkan berat badan.
Ads
Menerusi satu hantaran di Instagram beliau berkongsi bagaimana menggunakan 28 hari dari tempoh PKP dengan melakukan senaman di rumah serta mengikuti diet tersendiri.
Selain itu Dato’s Hans Isaac juga mengamalkan meminum air yang mencukup setiap masa. Hasilnya berat badan beliau telah turun dari 85kg kepada 81kg. Dan kini beliau hanya tinggal 1kg lagi untuk mendapat berat sasarannya.
Ads
Ternyata senaman di rumah serta mengamalkan diet yang baik oleh Pengerusi FINAS ini mencuri perhatian daripada warganet terutamanya pengikut beliau di Instagram.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tidak lupa juga minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Sasaran nak turun samapi 80kg,” jelasnya menerusi kapsyen foto menamilpkan dirinya berpeluh selepas bersenam.
Jackie Chan buktikan dirinya masih relevan dalam industri seni antarabangsa walaupun sudah menjangkau usia 70 tahun
Buktinya dengan naskah ‘A Legend’ yang bakal menembusi seluruh pawagam tempatan pada 1 Ogos. Sekuel filem The Myth yang diterbitkan pada 2005 itu menyaksikan karya ‘berani mati’ Jackie apabila tampil dengan aksi seni bela diri lebih mencabar dan menarik perhatian penonton.
Filem A Legend menggabungkan unsur pengembaraan dan fantasi yang menjadikannya berpotensi sebagai naskhah terbaik tahun ini.
Menampilkan Jackie Chan dalam sisi berbeza, filem ini mendapat pujian kerana penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan wajahnya kelihatan lebih muda.
A Legend, arahan Stanley Tong, mengisahkan Profesor Fang, seorang pakar arkeologi yang menemui artifak mirip loket jed dalam mimpinya. Loket itu menghubungkan alam mimpi dengan realiti, menyebabkan Fang memimpin pasukan penyelidik ke Kuil Glasier untuk mencari kebenaran.
Filem ini juga menampilkan pelakon lain seperti Lay Zhang, Na Zha, dan Aarif Lee, dan telah mendapat sambutan positif sejak ditayangkan di China pada 12 Julai lalu.
Ikuti rahsia senaman dan diet Jackie Chan di bawah!
WARM UP
Setiap kali sebelum bersenam dia pasti akan melakukan aktiviti memanaskan badan. Jackie Chan memulakan harinya dengan melakukan larian di antara 4 hingga 5 kilometer.
Ini bagi meningkatkan peredaran darah ke seluruh badannya dan memanaskannya untuk bahagian yang lebih ketat daripada rutin senamannya. Peningkatan kapasiti kardiovaskularnya membantu membina kekuatan dan stamina. Beberapa tahun yang lalu, ketika dia dalam fasa pemulihan kecederaan buku lalu, dia akan memendekkan larian paginya.
Jika kebiasaannya selama 45 minit, dia hanya akan berlari selama 15 hingga 20 minit. Ini faktor penting kerana Jackie Chan tidak memaksa badannya dan membiarkan untuk pulih sepenuhnya.
ANGKAT BERAT
Bagi membina kekuatan otot senaman angkat berat juga memainkan peranan penting kepada Jackie Chan. Apabila tahap kardionya sudah berada pada tahap sesuai dia akan terus ke gym bagi melakukan senaman angkat berat.
Senaman angkat berat seperti decline push-ups, knuckle push-ups, bench presses, pull downs, seated rows, cable overhead presses dijadikan sebagai permulaan rutinnya.
Kemdudian dia akan berehat sekejap dan meneruskan senaman seperti barbell squats, dumbbell lunges, leg curls, bicep curls, cable tricep pushdowns and a thai pad workout.
Untuk setiap rutin dia akan melakukan di antara enpat hingga lima set dengan ulangan 20 ke 30 kali. Dia melatih tubuhnya secara keseluruhan kerana percaya bahawa dalam kehidupan sebenar, kita tidak pernah menggunakan otot kita secara berasingan. Itulah sebabnya latihan teras sangat penting adalah dalam senamannya!
LATIHAN SENI BELA DIRI
Kehabatan Jackie Chan dalam seni mempertahankan diri memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia merupakan disiplin yang sangat penting sepanjang karier lakonan sejak dari usia muda.
Ketika membesar Jackie Chan banyak aktif melakukan aktiviti seperti taekwondo, shaolin kung-fu, hapkido dan juga gimnastik.
Splits, backbends, thumb press-ups, fingertip press-ups, one legged squats, knee deep squats dan tinju merupakan beberapa jenis latihan yang dia lakukan setiap hari. Walaupun bahagian bekas rutin kecergasannya memfokuskan pada kekuatan dan daya tahan, ini membantunya meningkatkan fleksibiliti.
Percayakah anda Jackie Chan merupakan seseorang yang tidak terlalu cerewet dalam pemakanan? Sejak dulu dia tidak percaya seseorang itu harus menghukum diri dari mengelak untuk makan sebarang jenis makanan.
Namun apa yang penting baginya ialah jumlah atau kuantiti yang diambil perlulah dengan tanggungjawab. Setiap kali makan dia akan pastikan makanannya tinggi dengan protein yang mampu membantu membesarkan ototnya.
Pada masa yang sama dia mengurangkan pengambilan karbohidrat, sodium dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga menjadi menu wajib dalam diet hariannya.
Selain itu, Jackie Chan juga mengelak mengambil makanan segera. Jika makan sekali pun dia pastikan jumlahnya sedikit.
Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.
Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.
Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.
Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.