Nama Yusuf Dikec mungkin tidak asing lagi dalam dunia sukan menembak.
Tapi apa yang membezakannya daripada atlet lain bukan sekadar kehebatannya di gelanggang sebaliknya gaya santai, tenang, dan bersahajanya yang mencuri perhatian di seluruh dunia.
Penembak berusia 52 tahun dari Turki ini sekali lagi mencipta sensasi apabila mengetuai negaranya membuat sapuan bersih pingat emas di kejohanan European Champions League of Air Weapons 2025, yang berlangsung di Istanbul hujung minggu lalu.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong di tanah air sendiri, Dikec bersama rakan sepasukan Mustafa Inan menundukkan gandingan Jerman, Christian Reitz dan Paul Frohlich, dengan keputusan 2-0 dalam acara berpasukan lelaki.
“Bertanding di depan penonton sendiri adalah pengalaman luar biasa. Kejohanan ini diadakan di Istanbul buat pertama kali, jadi kemenangan ini amat bermakna lebih-lebih lagi sebagai persediaan menuju Kejohanan Dunia di Kaherah, November nanti,” katanya kepada Turkey Today.
Turki turut menegaskan dominasi mereka dalam kategori wanita apabila Damla Kose dan Elif Berfin Altun meraih emas dalam acara 10 meter senapang angin selepas menewaskan Norway, manakala Esra Bozabali dan Sevval Ilayda Tarhan pula menumbangkan Perancis dalam final pistol angin 10 meter wanita.
Hasilnya, Turki menggondol tiga emas daripada tiga acara utama sesuatu yang jarang berlaku dalam sejarah kejohanan tersebut.
Ads
Foto : myKhel
Dari Olimpik Paris Ke Puncak Eropah
Nama Yusuf Dikec mula menjadi fenomena dunia selepas Sukan Olimpik Paris 2024, apabila penampilannya yang ringkas namun penuh karisma tular di media sosial.
Dalam acara 10 meter pistol campuran, Dikec memenangi pingat perak pingat Olimpik pertama dalam sejarah Turki untuk sukan menembak.
Namun, bukan sekadar pencapaian yang mencuri perhatian tetapi gaya uniknya ketika beraksi iaitu mengenakan t-shirt putih longgar, memakai penyumbat telinga kuning dan menembak sambil tangan kirinya diselit dalam poket seluar trek.
Ribuan pengguna media sosial menggelarnya sebagai “The Coolest Man in Paris Olympics”.
Berbeza dengan ramai atlet yang tampil dengan peralatan canggih, kaca mata khas, dan teknik rumit, Dikec tampil dengan pendekatan minimalis tiada aksesori, tiada gaya dramatik, hanya fokus dan keseimbangan.
“Saya lebih percaya pada keseimbangan dan fokus diri sendiri berbanding alat tambahan. Saya mahu tembakan saya datang secara semula jadi bukan dari peralatan,” ujarnya.
Ads
Sebelum menjadi bintang dunia, Yusuf Dikec merupakan anggota tentera Turki.
Di situlah dia mula terlibat dalam sukan menembak, mewakili pasukan angkatan bersenjata dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa.
Kemenangannya di Paris menjadikannya pemenang pingat Olimpik tertua dalam sejarah Turki, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk cemerlang.
Sumber : GULF NEWS
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh umat Islam. Kekhusukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama maupun medikasi. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusuk dan menikmati setiap gerakannya.
Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. Kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepatkan dua gerakan ini agar solat cepat selesai.
Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi medik. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat medikal dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal.
Dalam sebuah hadist, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlamakan gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat dia memanjangkan dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang tahu orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.
Beliaupun mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan ruku dan sujudnya, kerana pernah mendengar Nabi -Shollallohu alaihi wasallam- bersabda:
“Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua dosanya didatangkan, dan diletakkan di atas pundaknya. Maka setiap kali dia ruku dan sujud, dosa-dosa tersebut menjadi berjatuhan. (Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya shahih).
Dari hadist di atas, dapat di ambil kesimpulan bahwa semakin lama ruku dan sujud, maka akan semakin banyak dosa yang akan dilepaskan dari diri manusia. Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusuk ini memberikan manfaat. Dari segi kesehatan pun, memperlama ternyata gerakan ruku dan sujud juga memiliki manfaat besar.
Ruku menjadi salah satu gerakan yang ternyata miliki banyak manfaat bagi kesehatan manusia. Ruku yang sempurna bisa di tandai apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau punggung sejajar.
Selain itu, posisi ruku yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bagian tengah badan kita bisa teraliri darah dengan sempurna.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menerut penelitian posisi ruku ini juga sangat bermanfaat untuk melatih kemih sehingga terhindar dari penyakit prostat.
Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga untuk memompa getah bening ke bagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya akan kandungan oksigen yang bisa mengalir secara maksimal ke otak.
Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya pikir seseorang. Oleh seban itu, ada baiknya melakukan sujud dengan tumaninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitasnya di otak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan wasir. Khusus bagi wanita baik ruku maupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.
Demikianlah ulasan mengenai faedah di balik lamanya ruku dan sujud dalam shalat. Jika ingin dosa berguguran, maka lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal shalat.
Sumber: ceritagempakkomuniti
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isu mencampurkan bahan pencuci dan juga peluntur sebenarnya sudah lama diperkatakan. Risiko yang dibawa jika terhidu dalam jangka masa lama hasil gabungan dua bahan ini boleh membawa maut.
Namun masih ramai yang sama ada tidak tahu atau tidak cakna akan risiko yang bahaya ini. Malah kita kerap kali membaca berita tentang individu yang mengalami sesak nafas sehingga dikejarkan ke wad kecemasan akibat terhidu bahan tersebut.
Tindakan mencampurkan bahan peluntur (seperti Clorox) dan bahan pencuci lain (stain remover) merupakan kombinasi yang cukup bahaya. Campuran dua bahan ini boleh menyebabkan terhasilnya gas yang sangat bahaya.
Selain bahan pencuci seperti stain remover, peluntur juga tidak boleh dicampurkan dengan beberapa jenis cecair pencuci lain seperti pernah dinyatakan oleh Public Health Malaysia.
Berikut merupakan beberapa kombinasi campuran yang sangat bahaya.
Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.
Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
Foto: Public Health Malaysia
Apatah lagi tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang sudah merancang untuk membersihkan segenap ruang di dalam dan luar rumah. Jadi elakkan melakukan campuran bahan-bahan ini demi keselamatan anda.
Bagaimana nak kenal pasti sama ada anda keracunan gas atau tidak? Kebiasaannya mereka yang terhidu gas bahaya seperti ini akan menunjukkan simptom seperti:
Batuk-batuk
Sesak Nafas
Sakit dada
Pedih bahagian dalam tekak
Loya
Muntah
Pening kepala
Berwaspadalah dalam melakukan sebaran campuran. Jika tiada kemahiran khusus atau tidak tahu janganlah memandai buat ya. Nanti tak tentu fasal pula anda kena beraya di hospital!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari demi hari peningkatan kes jangkitan COVID-19 berlaku di seluruh dunia. Negara kita juga sedang berdepan dengan gelombang ketiga penularan yang masih samar bilakah ada penghujungnya. Namun, kita boleh melandaikan penularan ini dengan mengikuti segala nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Di UAE, Perdana Menteri mereka iaitu Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Makktoum menjadi antara indiviu awal menerima suntikan vaksin.
Menurut laporan Aljazeera, Sheikh Mohammad yang juga Timbalan Presiden UAE dan pemerintah Dubai dilaporkan menerima suntikan vaksin tersebut semalam. Ia juga dikongsi oleh beliau menerusi laman media sosial Twitter dengan memuat nik sekeping foto dirinya menerima suntikan.
“Kami mendoakan kesihatan dan keselamatan semua orang. Kami berbangga dengan pasukan kami yang bekerja keras bagi memastikan vaksin ini boleh didapati di UAE. Masa depan UAE akan menjadi lebih baik,” kongsinya menerusi hantaran tersebut.
While receiving the COVID-19 vaccine today. We wish everyone safety and great health, and we are proud of our teams who have worked relentlessly to make the vaccine available in the UAE. The future will always be better in the UAE. pic.twitter.com/Rky5iqgfdg
Perdana Menteri mereka merupakan individu terkini menerima suntikan tersebut selepas beberapa barisan pegawainya. Malah pada 16 Oktober lalu, Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan juga menerima suntikan sama. Ia diikuti dengan beberapa jemaah menteri kabinet kerajaan mereka.
PERINGKAT UJIAN
Media tempatan UAE juga turut melaporkan bahawa pekerja di barisan hadapan terutamanya pasukan kesihatan turut mendapat suntikan sama.
Walau bagaimanapun menurut laporan vaksin tersebut masih lagi dalam peringkat ujian tahap ketiga iaitu ujian klinikal yang terkahir. Namun ia dilaporkan selamat dan efektif untuk digunakan.
Syarikatt-syarikat farmaseutikal di seluruh kini sedang melakukan kajian dan ujian untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang terbaik dengan proses ujiannya bakal dilakukan dalam masa terdekat.
Sehingga kini UAE telah mencatatkan sebanyan 135,141 kes jangkitan dengan seramai 497 kematian.
Mungkin inilah sinar baharu untuk warga dunia yang ingin melihat pandemik ini berakhir.
Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Aljazeera
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki di Malaysia wajib mandi dua kali sehari untuk kekal segar, sihat, dan berkarisma. Ketahui lima sebab utama mengapa mandi dua kali sehari penting untuk kebersihan, keselesaan, dan imej diri.