Foto: Shutterstock

Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila mendengar perkataan ‘nikotin’. Sejujurnya, MASKULIN merasakan ramai di antara anda akan terus mengaitkannya dengan rokok tradisional yang dibakar.

Namun tahukah anda sekarang sebenarnya terdapat banyak produk yang mengandungi nikotin boleh diambil tanpa perlu melalui proses pembakaran seperti rokok yang dibakar?

Buat perokok yang sukar berhenti namun ingin mengharungi kehidupan lebih baik anda sebenarnya mempunyai solusi pilihan atau opsyen yang lebih baik. Ya, kebergantungan anda terhadap rokok yang dibakar boleh diatasi dengan menggantikannya dengan produk mengandungi nikotin tanpa pembakaran.

Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan produk nikotin dengan pembakaran?

PUNCA UTAMA PENYAKIT KRONIK

Berbeza dengan produk yang tidak mengeluarkan asap, rokok tradisional yang dibakar telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, strok, penyakit paru-paru dan juga pelbagai risiko kesihatan yang lain.

Memetik laporan dari American Cancer Society asap rokok yang terhasil dari produk tembakau atau rokok yang dibakar mengandungi pelbagai jenis bahan kimia merbahaya.

Selain nikotin, di antara bahan kimia yang sering disebut-sebut oleh mereka ialah ammonia, formaldehyde, hidrogen sianida, arsenik dan juga benzene. Kebanyakan bahan kimia yang disebut itu merupakan substan yang boleh menyebabkan kanser.

Suhu yang tinggi untuk pembakaran tembakau itulah punca terhasilnya asap rokok yang mengandungi bahan kimia tersebut. Lebih menakutkan terdapat kajian menunjukkan asap rokok mengandungi lebih 6,000 bahan kimia dan kira-kira 100 daripada jumlah tersebut boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan.

IKLAN
Pengambilan Nikotin Bebas Asap, Solusi Dengan Risiko Jauh Lebih Rendah
Foto: Shutterstock

Paling penting untuk kita fahami ialah substan tersebut terhasil dari asap rokok yang dibakar. Berbeza dengan bahan tambahan yang terdapat dalam produk tembakau lain yang tidak melalui proses pembakaran.

Berbeza rokok yang dibakar, produk bebas asap (smoke-free alternatives) rokok tidak menghasilkan asap kerana ia tiada melalui proses pembakaran tembakau. Aerosol atau wap yang terhasil jauh berbeza kerana tidak melalui proses seperti itu.

NIKOTIN BEBAS ASAP

Buat perokok yang sukar untuk berhenti mereka sebenarnya tidak perlu resah atau putus asa. Solusi yang menawarkan risiko jauh lebih rendah boleh didapati dengan produk bebas asap rokok mampu menjadi alternatif yang baik.

Pertama sekali kita harus faham bahawa nikotin merupakan substan yang diperlukan oleh mereka yang merokok. Ia merupakan bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan tidak bebas risiko. Tetapi ia bukanlah punca utama kepada penyakit kronik atau masalah kesihatan lain.

Produk bebas asap mampu menawarkan keperluan nikotin kepada perokok dewasa yang ingin mencari alternatif seperti yang MASKULIN nyatakan di atas. Penawaran keperluan nikotin yang lebih selamat ini dilihat mampu untuk membantu untuk mereka berhenti merokok dengan lebih mudah.

IKLAN

Walaupun begitu satu perkara perlu diambil tahu juga ialah kesan pengambilan nikotin yang boleh memberikan kesan farmakological seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah. Disebabkan itulah apa jua produk mengandungi nikotin tidak boleh diberikan akses kepada golongan bawah umur.

Tapi bagi perokok sukar berhenti yang ingin mencari solusi yang kurang memudaratkan dan risiko yang lebih rendah inilah di antara solusi yang realistik.

KANDUNGAN ROKOK TAR

Di antara satu lagi bahan yang selalu disebut-sebut terkait dengan rokok tradisional yang dibakar ialah kandungan rokok tar. Sama seperti kebanyakan bahan kimia merbahaya yang dihasilkan dari pembakaran, tar di dalam rokok juga terhasil dari proses tersebut.

Berbeza dengan bahan kimia lain, tar bukanlah bahan atau substan tetapi ia merupakan sisa peninggalan daripada rokok yang dibakar selepas nikotin dan air terpisah dari asap rokok. Ia telah dijadikan sebagai satu standard untuk mengukur hasil kandungan rokok.

Bagi produk bebas asap pula ia tidak menggunakan tar sebagai asas pengukuran kerana kandungan aerosol atau wap yang terhasil berbeza dengan asap rokok kerana tidak melibatkan pembakaran tembakau.

IKLAN

SOLUSI ‘HARM REDUCTION’ & PRODUK BEBAS ASAP

Seperti MASKULIN nyatakan di atas buat mereka yang sukar berhenti merokok tetapi mahukan solusi yang lebih rendah mudarat dan risiko, pengambilan produk bebas asap rokok adalah solusinya. Impak negatif menggunakan produk seperti ini adalah jauh lebih rendah berbanding meneruskan tabiat merokok dengan produk tembakau yang dibakar.

Pendekatan ‘Harm Reduction’ atau pengurangan kemudaratan boleh menjadi solusi lebih baik buat majoriti perokok. Kawalan penggunaan tembakau pada masa kini dan mungkin bakal diperkenalkan pada masa akan datang lebih tertumpu kepada pendekatan agar penggunanya sama ada tidak atau terus berhenti merokok.

Pengambilan Nikotin Bebas Asap, Solusi Dengan Risiko Jauh Lebih Rendah
Foto: Shutterstock

Namun dengan pendekatan seperti ini masih ramai yang terus merokok dan tidak dapat berhenti. Oleh itu, pendekatan alternatif seperti menggunakan produk bebas asap boleh menjadi jalan yang lebih berkesan dan baik.

Tidak dinafikan produk bebas asap juga ada risikonya yang tersendiri namun sekurang-kurangnya ia kurang mudarat berbanding meneruskan dengan rokok tradisional.

Perokok dewasa yang sukar berhenti merokok tetapi mahu terus menggunakan produk mengandungi nikotin boleh menukar gaya hidup mereka kepada beberapa jenis produk bebas asap atau alternatif seperti produk tembakau dipanaskan (HTP), e-cigarette, pelekat nikotin dan juga vape.

Tidak semua produk nikotin perlu dikaitkan secara menyeluruh dengan produk seperti rokok dan ia boleh diambil dengan risiko yang jauh lebih rendah.

Ia merupakan salah satu solusi bukan sahaja kurang memudaratkan malah lebih realistik berbanding risiko produk tembakau melalui proses pembakaran.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI