
Bagi anda yang sentiasa mengikuti dunia perniagaan dan automotif nama Elon Musk pastinya sudah tidak asing lagi. Dia yang juga seorang bilionair dan antara manusia terkaya di dunia merupakan pengasas dan juga CEO kepada pengeluar kereta elektrik tersohor, Tesla.
Elon Musk juga merupakan seorang yang dilihat sangat ‘tech savvy’ dan aktif di laman media sosial. Di antara platform kegemarannya ialah Twitter. Desas-desus tentang cubaannya untuk membeli platform tersebut sebenarnya sudah lama bertiup kencang.

Dan bermula semalam, Elon Musk telah berjaya membeli syarikat gergasi tersebut dengan nilai yang cukup luar biasa. Angka yang diuar-uarkan ialah bernilai sebanyak USD44 bilion (RM208 bilion).
Antara langkah pertama yang diambil Elon ialah memecat beberapa eksekutif tertinggi yang dilihat tidak sehaluan dengan pandangannya. Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengekang dan menumpaskan penggunaan ‘bot’ dan ‘spam’ di laman media sosial tersebut.
Entering Twitter HQ – let that sink in! pic.twitter.com/D68z4K2wq7
— Elon Musk (@elonmusk) October 26, 2022
MISI KEMANUSIAAN
Namun sehingga kini masih samar-samar bagaimana dia dapat membendung masalah tersebut dalam masa terdekat. Ura-ura juga mengatakan peracangannya untuk mengecilkan syarikat yang pada masa kini berjumlah kira-kira 7,500 orang.
Jelas Elon, pembelian Twitter ini bukanlah untuk menjana lebih wang atau pendapatan tetapi lebih kepada misinya “mencuba untuk bantu menyelamatkan manusia yang saya cintai”.

Pembelian Twitter oleh Elon Musk dilihat sebagai saga yang cukup menakjubkan belaku dalam dunia digital masa kini. Pembelian ini bermula dengan pemilikan sebanyak 9.2% saham pada bulan April lalu.
Jangan Jadi Mangsa! Ini Cara Nak Elak Dari Berada Dalam Blind Spot Lori
Elon Musk juga dikatakan bakat mengangkat larangan akaun bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas tragedi serangan di U.S Capitol.
Apakah pembaharuan lain yang bakal dibawa oleh Elon Musk di platform yang kini mempunyai 396.5 juta pengguna atau akaun aktif?
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video hobi dan gaya hidup lelaki seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tubuh Anda Sering Menggeletar? Jangan Buat Main! Parkinson Juga Boleh Menyerang Di Usia Muda. Jom Kenali Penyakit Parkinson.


- Masalah berkaitan ingatan atau dementia.
- Kesukaran menelan/mengunyah.
- Tulisan tangan berubah (semakin kecil).
- Kemahiran motor (pergerakan) merosot.
- Pertuturan berubah (suara tidak kedengaran, atau teragak-agak semasa bercakap.)
- Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan.
- – Menerima rawatan untuk kemurungan boleh membuat ia lebih mudah untuk menangani cabaran-cabaran lain penyakit Parkinson.
- Sembelit.
- – Berlaku disebabkan proses penghadaman menjadi lebih perlahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
8 Nasihat Berguna Untuk Orang Muda Yang Baru Nak Berniaga ,Perkongsian Dari Pengerusi Mofaz

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut, kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja didunia malah akhirat sama.Masuk tahun baru, ada yang pasang azam nak mula berniaga, atau nak jadi usahawan berjaya.Ini yang perlu korang tahu.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Tuan Haji Mohamed Fauzy, beliau adalah pengerusi kumpulan Mofaz yang menjalankan perniagaan kereta mewah, hotel dan banyak lagi. Beliau adalah anak jati Kelantan yang berusaha keras untuk mencapai kejayaannya pada hari ini. Berikut adalah antara nasihat berguna yang disampaikan olehnya kepada saudara Khairul Hakimin dimana artikel awal telah ditulis di apemazing.com

1. Sebelum berniaga sendiri, kerja dahulu untuk cari pengalaman
Sebelum memulakan perniagaan sendiri, Tuan Haji Mohamed Fauzy bekerja selama 13 tahun di Nestle Malaysia. Dengan memegang jawatan pengurus pemasaran, Beliau berjaya membantu Nestle mengaut keuntungan sebanyak RM32 juta dalam tempoh sebulan.
2. Lakukan lebih dari satu pekerjaan dalam satu masa
Ketika bekerja dengan Nestle, Tuan Haji Mohamed Fauzy juga bekerja sebagai penjual kereta untuk mencari pendapatan sampingan. Dari kerja sambilan (part time), kini sebut sahaja anda mahu kereta apa. Walau berjutaan ringgit harganya, pasti ada dijual oleh Tuan Haji Mohamed Fauzy.
3. Mahu berniaga, perlu berani

Bukan sebagai penjual kereta mahupun pengurus pemasaran sahaja. Beliau juga berani untuk menjadi franchise syarikat kapal mewah Bayliner pada tahun 90an. Pada ketika ini, beliau memiliki beratus-ratus bot mewah untuk digunakan oleh golongan berada. Selepas beberapa tahun didalam bidang perkapalan, Beliau menceburi bidang penerbangan pula dan menubuhkan Mofaz Air Academy.
Pada tahun 1993, beliau telah membuka syarikat penerbangan tambang murah bermodalkan 2 buah pesawat kapal terbang. Hal ini telah dipersetujui perdana menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. Hidup perlu ada visi dan misi
Katanya lagi, sejak kecil beliau sudah berpegang pada visi dan misi beliau iaitu tidak mahu bekerja kerajaan kerana mahu berniaga sendiri. Sekiranya berkerja dengan orang, kita akan dibatasi oleh dinding-dinding yang menghalangi. Susah untuk berkembang dengan lebih besar. Kalau berniaga, dimana-mana kita boleh lakukan. Tidak terbatas dengan orang lain, cuma perlukan usaha yang lebih untuk hasil yang lebih.
5. Berkawan dengan semua dan jangan bermusuhan
![]()
Sepanjang perjalanan perniagaan, pasti ada orang yang akan merosakkan, menjatuhkan, menaikkan, membantu atau memajukan perniagaan kita. Tidak kiralah apa jua yang berlaku, kita perlu berjalan terus dan jangan bermusuhan dengan sesiapapun. Berkawanlah.
6. Perlu tahu ‘marketing’ pasti akan berjaya
Dewasa kini, ramai anak muda yang menemui kegagalan kerana tidak pandai dalam pemasaran. Kekuatan sesuatu bisnes itu terletak pada bagaimana produk itu sampai kepada pengguna. Jadi kemahiran pemasaran ini adalah amat penting sekali.
7. Perlu ada ilmu asas untuk ceburi sesuatu perniagaan
Sebelum Tuan Haji Mohamed Fauzy menceburi bidang penerbangan, beliau telah mendapatkan lesen juruterbang di Amerika untuk menimba ilmu penerbangan sebelum terjun ke bidang itu. Jadi kesimpulannya kita perlu tahu apa yang kita buat. Jangan kita buat perkara yang kita tidak tahu.
8. Hargai masa dan gunakan masa sebaiknya
Usahawan perlu banyak usaha untuk memperoleh hasil yang lebih. Jadi untuk memperoleh hasil yang lebih, kita perlu rajin. Nak rajin, kena penuhi masa dengan sebaiknya. Jangan bazirkan masa. Hidup hanya sekali, lakukan yang terbaik untuk diri dan kehidupan anda.
Dipetik dari : Khairul Hakimin @ apemazing
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amir Ahnaf Paksa Diri Keluar Zon Selesa Untuk ‘Kahar Kapla High School’

Sebagai salah seorang bintang muda yang semakin menyerlah dalam dunia hiburan tempatan, Amir Ahnaf melakar satu lagi kejayaan besar dalam kariernya.
Pelakon yang lahir dari program Hero Remaja ini nyata teruja apabila filem terbarunya, Kahar Kapla High Council, bukan sahaja memukau penonton, tetapi turut menjadi kebanggaan ibu bapanya.
Filem tersebut ditayangkan buat pertama kali di acara malam gala bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin lepas.
Memetik temu bualnya bersama MEDIA HIBURAN, Amir berkata kejayaan filem ini memberi impak mendalam kepada keluarganya.
Ibu bapanya, yang sebelum ini sering menjadi penyokong setia perjalanan karier seninya, dilihat lebih menghargai usaha dan bakat yang telah diperjuangkannya.
“Mama dan ayah ucap tahniah kepada saya. Mama saya tonton filem ini sampai menangis. Ayah pula menganggap ini karya terbaik saya setakat ini.
“Saya sangat bangga dengan diri sendiri. Seumur hidup, saya tak pernah bangga dengan diri sendiri. Saya teruja kerana dapat membanggakan ibu dan ayah.
“Semoga rakyat Malaysia juga bangga dengan karya ini,” katanya penuh emosi kepada MH.

Keberanian Melakonkan Watak Berat
Menerusi filem ini, Amir memaparkan imej seorang watak ganas, Kahar, yang penuh dengan cabaran emosi. Namun, bintang kelahiran Hero Remaja 2021 ini menegaskan bahawa keluarganya memahami bahawa watak itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Saya tidak berasa segan. Saya percaya, apa yang saya tontonkan itu adalah watak Kahar dan bukan diri saya sendiri.
“Saya tahu mama, ayah dan adik-beradik pun faham juga. Yang mereka tonton itu adalah sebuah imej yang perlu dipertontonkan untuk memberi nasihat dan teladan,” jelasnya.

Amir juga mengakui bahawa memainkan watak sarat emosi adalah cabaran terbesar sepanjang penggambaran filem ini. Beliau terpaksa keluar dari zon selesa dengan bantuan pengarah dan rakan pelakon lain.
“Memang susah untuk bermain dengan emosi. Dalam dunia nyata, saya memang jarang tunjukkan emosi saya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pengarah, penerbit, barisan pelakon, mak ayah dan peminat kerana mempercayai serta menyokong kerjaya saya,” ujarnya penuh penghargaan.
Pengalaman Seni Mempertahankan Diri
Tidak hanya memukau dari sudut lakonan, Amir turut mempersembahkan aksi-aksi pertarungan yang mantap dalam filem ini.
Berbekalkan pengalaman dalam seni mempertahankan diri sejak kecil, termasuk silat, muay thai, tinju, dan Brazilian Jiu-Jitsu, Amir berjaya memberikan sentuhan realistik dalam setiap babak aksi.
BACA: Ikmal Amry Cabar Stereotaip Hero Romantik, Sertai Program ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’
“Pada saya, sangat mudah untuk menjayakan babak pertarungan di dalam filem ini. Saya memang suka berlawan.
“Segala aksi yang ditunjukkan oleh koreografi, kami boleh buat. Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan kerja semua orang,” tambahnya.

Filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru apabila mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November ini.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, ‘Kahar Kapla High Council’ turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, dan Hushairy Hussein.
Kredit: MEDIA HIBURAN
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


