Jika semalam The Rock telah menggemparkan dunia hiburan dengan video tentang bagaimana dia dan ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Hari ini pula kecoh di laman media sosial tentang pelakon Batman terbaru, Robert Pattinson.
Menurut syarikat penerbit filem ‘The Batman’, Warner Bros. penggambaran filem tersebut terpasa dihentikan selepas pelakon utamanya, Rpbert Pattinson telah disahkan positif virus tersebut.
Jelas mereka lagi sejumlah krew penggambaran kini telah turut melakukan kuarantin kendiri namun tidak dinyatakan siapa dan berapa orang jumlahnya.
Pendedahan ini sedikit sebanyak menggusarkan banyak pihak terutamanya peminat filem Batman yang dilihat sudah tidak sabar untuk menonton filem reboot terbaru adiwira kegemaran mereka.
Ads
Terdahulu penggambaran yang bermula di Glasgow, Scotland awal tahun ini juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana penularan pandemik ini.
BERLAKU JANGKITAN
“Salah seorang ahli produksi filem ‘The Batman’ telah positif COVID-19 dan kini melakukan isolasi mengikut prosedur dan protokol. Penggambaran dihentikan buat sementara waktu secara sera-merta,” jelas seorang jurucakap wanita studio tersebut.
Ads
Sumber daripada Vanity Fair pula berkata, aktor yang sebelum ini popular dengan francais filem ‘Twilight’ itu mendapat jangkitan beberapa hari selepas penggambaran dilangsungkan di London. Ini selepas enam bulan penggabaran asal ditangguhkan.
Mengikut jadual asal, ‘The Batman’ dijangka ditayangkan pada buan Jun 2021 namun kemudian ditangguhkan ke Oktober 2021.
Ads
Berikutan kondisi sekarang ramai pihak masih tidak pasti sama ada ia sempat disiapkan unuk tayangan pada tahun hadapan.
Semoga Robert Pattinson cepat sembuh dan menjalani rawatan dengan sebaik mungkin.
Buat peminat Batman, anda boleh dapatkan pelbagai aksesori menarik adiwira tersebut di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Populariti K-pop kini bukan lagi terarah kepada satu generasi atau jantina mahupun dari masa asalnya seseorang itu. Ia sudah berkembang menjadi satu fenomena global yang cukup besar impaknya sama ada dari segi muzik, gaya hidup dan juga budaya pop anak muda masa kini.
Lihat sahajalah barisan jenama-jenama popular yang mula membariskan wajah-wajah selebriti K-pop atau K-drama menjadi duta peroduk mereka. Daya tarikan yang dimiliki mereka dapat dilihat dengan kadar ‘engagement’ di laman media sosial yang cukup luar biasa.
Rekod demi rekod sama ada dari segi jumlah tontonan mahupun jualan tiket konsert berjaya dipecahkan oleh barisan artis K-pop popular terutamanya dari Blackpink dan grup lelaki paling popular di dunia, BTS.
Terbaru, Jimin yang merupakan salah seorang ahli BTS telah tampil melancarkan projek solonya menerusi single ‘Like Crazy’. Seperti dijangka ramai ia mendapat sambutan yang cukup hebat bukan sahaja di negara kelahirannnya tetapi di peringkat antarabangsa seperti menembusi carta Billboard Hot 100.
Malah, Jimin telah mencatat sejarah sebagai ‘solo act’ pertama dari Korea yang berjaya mengungguli carta Billboard di tangga teratas atau pertama. Perkara tersebut disahkan oleh Billboard yang membuat pengumuman itu pada semalam, 3 April 2023.
Kejayaan mengungguli carta menyaksikan sekali gus Jimin menyingkirkan Miley Cyrus dengan lagu ‘Flowers’ di mana ia bertahan selama lapan minggu di kedudukan tersebut. Menerusi ciapan di laman Twitter, Billboard berkata, “Jimin menjadi artis solo pertama Korea Selatan untuk berada di tangga teratas #Hot100 dengan lagu ‘Like Crazy”.
Lagu yang dipetik dari album solo pertama Jimin itu merupakan lagu ke-66 terpantas untuk merajai carta Billboard 100. Manakala di carta utama Billboard pula, album ‘Face’ berada di kedudukan kedua paling tinggi.
BTS dianggap sebagai fenomena budaya terbesar Korea Selatan dengan kejayaan mereka mendominasi carta sambil meraih berbilion-bilion untuk ekonomi negara mereka dan membina legiun peminat global yang dikenali sebagai ARMY.
Kini grup gergasi K-pop ini mengumumkan tempoh rehat atau hiatus selepas bebrapa ahlinya terlibat dengan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan.
Seperti mana kita sedia maklum semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan wajib menjalani khidmat ketenteraan sekurang-kurangnya 18 bulan dan ahli mereka paling tua, Jin menyertainya pada tahun lepas.
Semoga artis atau penyanyi di negara kita dapat mencontohi kejayaan Jimin yang melakar satu sejarah yang cukup luar biasa di persada muzik dunia. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang mungkin sering mengikuti perkembangan semasa industri hiburan Korea pastinya akan pernah melihat berita tentang bagaimana seseorang pelakon atau bintang K-pop harus menghentikan aktiviti seni mereka buat sementara untuk mengikuti program khidmat tentera.
Tahukah anda bahawa di dunia pada masa kini terdapat 27 buah negara meawajibkan warga negaranya terutama lelaki mengikuti program perkhidmatan tentera sekurang-kurangnya selama 18 bulan?
Selain Korea Selatan di antara negara yang mewajibkan rakyatnya mengikuti program khidmat latihan ketenteraan ini ialah Cuba, Iran, Angola, Libya, Senegal, Thailand, UAE dan juga negara jiran kita, Singapura.
Bagi perkhidmatan tentera di Korea Selatan ia merupakan satu perkara wajib dikenakan ke atas semua lelaki warganegara Korea Selatan yang berumur antara 18 hingga 28 tahun.
Mereka diwajibkan untuk menjalani latihan tentera selama dua tahun, bergantung kepada cabang tentera yang mereka sertai.
Difahamkan keputusan ini diambil oleh kerajaan Korea Selatan kerana penglibatan mereka dengan perang bersama Korea Utara sejak tahun 1950-an. Pogram perkhidmatan tentera ini juga dianggap penting bagi keselamatan negara mereka.
Walaupun ada beberapa pengecualian dan penangguhan yang diberikan, kebanyakan lelaki muda di Korea Selatan diwajibkan untuk menjalani perkhidmatan ini. Jadi tidak hairanlah mengapa program ini sudah menjadi salah satu aspek penting dalam kehidupan rakyatnya.
Berikut adalah penjelasan tentang bagaimana perkhidmatan tentera di Korea Selatan berfungsi:
Setiap lelaki warganegara Korea Selatan yang berumur antara 18 hingga 28 tahun diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera.
Ini adalah sebahagian daripada usaha negara untuk memastikan kesediaan ketenteraan dalam menghadapi ancaman dari Korea Utara.
Tempoh perkhidmatan tentera berbeza-beza bergantung kepada jenis tentera. Untuk Tentera Darat, tempohnya adalah selama 18 bulan.
Bagi Tentera Laut, tempoh perkhidmatan adalah 20 bulan, manakala Tentera Udara pula memerlukan 21 bulan.
Walaupun perkhidmatan tentera adalah wajib, terdapat beberapa pengecualian dan penangguhan yang boleh diberikan. Misalnya, individu yang mempunyai kecacatan fizikal atau masalah kesihatan tertentu mungkin dikecualikan.
Selain itu, mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti boleh mendapatkan penangguhan sehingga tamat pengajian.
Semua rekrut akan menjalani latihan asas ketenteraan selama beberapa minggu sebelum ditempatkan ke unit masing-masing.
Mereka yang enggan menjalani perkhidmatan tentera tanpa alasan yang sah boleh dikenakan hukuman penjara.
Bagi mereka yang mempunyai alasan agama atau keyakinan tertentu yang menghalang mereka dari berkhidmat dalam tentera, mereka boleh memilih untuk menjalani perkhidmatan alternatif seperti bekerja di institusi kesihatan atau kemudahan awam.
Selepas menamatkan perkhidmatan tentera, individu tersebut akan menjadi sebahagian daripada rizab tentera dan mungkin dipanggil semula untuk latihan atau perkhidmatan dalam keadaan tertentu.
Semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak pencerahan kepada anda. Jangan lupa untuk follow atau subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali, bila kamu memasak makanan sendiri, kamu berada dalam keadaan yang dikawal. Kawal dari segi apa? Mungkin ramai yang tahu senario bila kita makan di luar terutamanya “Ish, ni macam terlebih minyak ni”, “Alamak tak cukup masak lagi lah”, ataupun tak kurang juga “Apehal terlebih masin pulak ni?” dan “Air ni manis gila weyh!”. Sebenarnya perkara-perkara ini secara tidak langsung menjejaskan tahap kesihatan badan kamu. Terlebih minyak, gula dan garam akan mengakibatkan tubuh kamu berada dalam zon bahaya. Lagipun sekarang ni, mana ada harga makanan yang murah? So, jelas kan? Kebaikan masak sendiri bukan sahaja boleh mengawal tahap pengambilan gula, garam ataupun kolestrol kamu, malah boleh mengawal kos perbelanjaan kamu juga!
Ya! Mungkin bahan-bahan ini dibenarkan untuk ditambah kedalam menu makanan kamu, tapi adakah kamu benar-benar ingin mengambilnya? Semua pasti sedia maklum tentang keburukan bahan tambahan ini. Satunya, membuatkan kamu lebih cepat gemuk, kedua, ia juga memberi toksik kepada saraf anda, dan tahu apa paling teruk?! Ia adalah punca kepada penyakit kanser. Korang kan pernah dengar “MSG adalah pembunuh senyap”? Jadi kenapa masih memilih untuk makan di luar?
Makanan tidak sihat seperti junk food adalah perosak utama tubuh kamu. Apa yang diperkatakan seperti “you are what you eat” itu benar belaka! Jadi makanlah makanan yang sihat. Tidak salahkan meluangkan masa selama 15 hingga ke 30 minit untuk menyediakan satu menu sihat? Kesannya sangat bagus untuk masa yang panjang. So, rajin-rajinlah masak sendiri ya!
Seperti yang diperkatakan tadi, masak sendiri secara tidak langsung boleh mengawal kos perbelanjaan kamu. Hari ini, semua benda mahal. Apatah lagi kalau makan di luar. Itu belum lagi pada kamu yang seleranya besar dan ingin makan di tempat-tempat mewah dan sedap. Bila akhir bulan terlopong kehabisan duit. Nah! Masak sendiri bisa membantu kamu!
Bukankah lebih bagus jika kamu sendiri memilih barangan produk yang ingin kamu gunakan. Jika kamu beli barangan mentah sendiri, kamu bisa menggunakannya untuk masa yang lama. Sesuai bagi kamu yang ingin mengurangkan perbelanjaan, maka gunalah peluang ini sebijak mungkin. Tak percaya? Ha! Buatlah perbandingan perbelanjaan diantara makan luar atau masak sendiri selama sebulan! Pasti banyak bezanya.
Tambahan pula, bukan hanya mengurangkan kos, malah ia mempercepatkan masa dan memudahkan. Siapa kata memasak itu perkara yang sukar untuk dilakukan? Ok, fine! Maybe memasak sendiri tidak secepat drive-thru, convenient stop mahupun food truck. Tetapi ia lebih sihat berbanding segala jenis macam makanan ringan ini! Jika kamu bijak menguruskan masa dan tahu apa bahan-bahan yang harus dimasak, ia akan jadi mudah. Petik jari sahaja! Nak tahu satu tip dari kami untuk memudahkan jadual harian kamu? Masak dengan kuantiti yang besar/banyak contohnya seperti salad, dan simpan di dalam peti sejuk. Selain itu, kamu bisa menjadualkan resipi ramuan mengikut hari. Jadi, jika sudah sampai harinya, kamu hanya perlu menggoreng atau membakarnya sahaja. Sihat dan mudah! Lebih cepat dari drive-thru okay!
Jika kamu makan makanan yang kamu sediakan di rumah, ia secara tidak langsung boleh mengawal kuantiti makanan yang kamu ambil. Simple! If you are looking to eat less, try making a bit less food!
Selalunya jika di kedai luar, sering kali mereka berikan kuantiti yang besar. Apatah lagi jika mereka masukkan bahan tambahan MSG, kamu sendiri tahu apa yang bakal terjadi bukan?
Mudah sahaja. Skill memasak itu wajib diketahui oleh semua orang kerana ia nya adalah primal dan essential untuk survive dalam kehidupan hari ini. Hari ini rata-rata lelaki masih single walaupun sudah berusia lewat 30-an. Jadi apakah alasan kamu untuk tidak memasak di rumah dan mengatakan “Tak Tahu” bila disuruh untuk memasak? Come on! Kajian mengatakan lelaki yang pandai masak lebih kelihatan seksi dan menarik.
Bercakap mengenai seksi dan menawan, tidakah kamu terfikir jika kamu mempunyai pasangan nanti, akan lebih bahagia jika dapat masak bersama? Pasti pasangan kamu akan berasa lebih dihargai. BUkan hanya pasangan, malah orang-orang yang kamu sayangi.
Jadi memasak itu tidak perlu disuruh, malah ia adalah kewajipan untuk kita semua ketahui skill memasak. Tidak perlu risau tentang cara-cara mahupun proses untuk membuat mee,kek ataupun sebaliknya. Kini sudah tersedia buku masakan dan paling mudah, video-video tentang cara memasak di youtube contohnya!
Jadi, apa tunggu lagi? Hidupkan gas, panaskan minyak, potongkan bawang dan bersedia untuk menumis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.