Penipuan bengkel kereta bukan lagi cerita baharu, malah ibarat ‘duri dalam daging’ yang meresahkan ramai pemilik kenderaan. Di sebalik majoriti bengkel yang jujur dan cekap, wujud segelintir ‘ulat’ yang gemar mengambil kesempatan atas kejahilan pengguna.
Baru-baru ini, media sosial heboh dengan satu insiden tular di mana seorang pelanggan meluahkan kemarahan terhadap pemilik bengkel gara-gara kereta yang masih tidak elok walau sudah berhabis ribuan ringgit.
Siapa benar, siapa salah? Hanya mereka yang tahu. Namun, apa yang pasti, sebagai pengguna, kita perlu lebih bijak dan berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana bengkel kereta.
Pernahkah anda masuk ke bengkel untuk pemeriksaan ringkas, tetapi keluar dengan bil perbelanjaan yang melambung tinggi tanpa dirancang? Inilah situasi yang sering membuatkan pemilik kereta rasa seolah-olah ‘discam’ secara halus oleh bengkel kereta tidak jujur.
Cara Elak Penipuan Bengkel Kereta: Panduan Untuk Pemilik Kenderaan
Tahukah anda? Di Malaysia, hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Akta ini melindungi anda daripada amalan perniagaan yang tidak adil. Antara hak-hak penting anda termasuklah mendapatkan maklumat, membuat pilihan, dan menuntut ganti rugi apabila berdepan penipuan bengkel kereta.
1. Tuntut ‘Job Order’ Jelas, Jangan Main Agak-Agak!
Sebelum mekanik mula memegang sepana, pastikan anda menerima dokumen ‘Job Order’ atau Perintah Kerja.
Dokumen ini WAJIB menyenaraikan secara teliti dan jelas:
Jenis kerja atau servis yang akan dilakukan.
Anggaran kos keseluruhan (alat ganti dan upah).
Sebarang cadangan kerja tambahan.
Anggaplah ‘Job Order’ sebagai kontrak awal. Ia memberikan anda kuasa penuh untuk menyemak dan meluluskan skop kerja.
Ads
Jika ada yang tidak setuju, anda berhak menolak atau meminta penyesuaian. Jangan sesekali biarkan kerja dimulakan tanpa persetujuan bertulis anda!
2. Berhenti Jadi ‘Pak Angguk’, Mesti Aktif Bertanya!
Buang jauh-jauh rasa malu atau takut! Anda adalah pelanggan, dan kenderaan itu milik anda. Jangan hanya mengangguk tanpa memahami. Jadilah pengguna yang proaktif.
Tanya soalan-soalan berikut kepada mekanik atau pemilik bengkel:
“Apa punca kerosakan sebenar?”
“Mengapa alat ganti ini perlu diganti, dan bolehkah ditunjukkan alat ganti yang rosak itu?”
“Apakah pilihan pembaikan yang paling kos efektif?”
Informasi yang lengkap membantu anda membuat keputusan yang tepat dan mengelakkan anda daripada terkejut dengan bil yang tidak dijangka.
Bengkel yang jujur tidak akan teragak-agak untuk menerangkan dengan sabar setiap butiran servis.
Ads
3. Jalin Hubungan Dengan Bengkel Dipercayai
Mencari dan menjalin hubungan jangka panjang dengan sebuah bengkel yang anda percayai adalah pelaburan yang bijak.
Apabila sebuah bengkel sudah mempunyai sejarah dengan kereta anda, mereka lebih cenderung untuk bersikap telus dan memberikan kos yang munasabah.
Kepercayaan yang terbina ini bukan sahaja mengurangkan risiko penipuan bengkel kereta, malah memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten untuk kereta kesayangan anda. Carilah bengkel yang disarankan oleh rakan-rakan atau yang mempunyai reputasi baik dalam komuniti anda.
Pengetahuan adalah senjata terbaik anda. Luangkan masa untuk mempelajari asas-asas kenderaan anda.
Anda tidak perlu menjadi mekanik, tetapi memahami perkara asas seperti fungsi minyak enjin, tanda-tanda brek haus, atau jenis-jenis servis, sangat bermanfaat.
Dengan ilmu asas ini:
Anda akan lebih memahami kerja yang dilakukan.
Anda boleh mengajukan soalan yang tepat.
Anda tidak mudah diperdaya dengan istilah-istilah teknikal yang mengelirukan.
Ingatlah, anda mempunyai hak sebagai pengguna. Ambil langkah proaktif dalam komunikasi dan sentiasa pastikan setiap butiran perkhidmatan direkodkan. Lindungi poket anda, lindungi kenderaan anda daripada penipuan bengkel kereta!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Begitu ramai peminat motosikal cukup menantikan berita baik ini! Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad melancarkan dua model terbaharu yang bakal menarik perhatian ramai, Modenas Ninja 500 dan Modenas Ninja 500 SE.
Model ini merupakan tambahan baharu yang bakal menarik perhatian penggemar motosikal di Malaysia.
Ini terutamanya dalam segmen sukan ringan. Dengan jalinan erat bersama Kawasaki, MODENAS terus memberikan pilihan motosikal yang menggabungkan prestasi, teknologi moden, dan harga berpatutan.
Modenas Ninja 500 direka khas untuk mereka yang mencari keseimbangan antara prestasi, kawalan, dan keselesaan dalam tunggangan harian.
Dilengkapi enjin selari berkembar 500cc yang baharu, motosikal ini menawarkan kuasa yang lancar dan responsif. Lantas menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman tunggangan lebih sporty tanpa mengorbankan keselesaan.
Antara ciri menarik Ninja 500:
Modenas Ninja 500 ditawarkan dalam satu warna iaitu Hitam dengan harga RM28,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Bagi mereka yang mahukan lebih kecanggihan dan teknologi terkini, Ninja 500 SE hadir dengan tambahan ciri premium yang meningkatkan lagi pengalaman tunggangan.
Direka untuk mereka yang inginkan lebih kemudahan dan ciri moden, varian SE tampil dengan keunikan tersendiri.
Ciri-ciri menarik Ninja 500 SE:
Ninja 500 SE ditawarkan dalam dua warna iaitu Lime Green dan Hitam/Merah, dengan harga RM30,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Dengan pelancaran Ninja 500 dan Ninja 500 SE, MODENAS membuktikan komitmennya dalam memperluaskan penawaran motosikal berkualiti tinggi di pasaran Malaysia.
Berbekalkan teknologi moden, enjin berkuasa, serta elemen keselesaan yang dipertingkatkan, kedua-dua model ini pastinya akan menarik perhatian penunggang dari pelbagai lapisan – sama ada yang baru berjinak dengan motosikal sukan atau yang berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi laman web rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia.
Adakah anda bersedia untuk mengalami sensasi baharu di atas jalan raya? Dengan Ninja 500 dan Ninja 500 SE, tunggangan anda kini berada pada tahap yang lebih tinggi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terbaru, bayaran parkir pihak berkuasa tempatan mungkin dikecualikan untuk kenderaan elektrik (EV) yang memasuki bandar-bandar sebagai langkah menggalakkan penggunaannya, kata Nga Kor Ming.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata bahawa cadangan ini sedang dipertimbangkan selepas pengumuman terbaru untuk memperkenalkan “plat hijau” untuk EV.
“Kami sedang mengkaji kemungkinan memberikan pengecualian parkir untuk kereta EV sebagai faktor pendorong agar lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta bahan api fosil tradisional,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Asean-China mengenai Pembinaan Bandar dan Perumahan pada Khamis (4 Julai).
Beliau berkata bahawa kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan majlis-majlis tempatan yang berkenaan untuk mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.
Beliau memetik London sebagai contoh di mana yuran kesesakan kira-kira RM90 setiap kemasukan dikenakan ke atas kereta bukan EV yang memasuki bandar sementara EV dikecualikan daripada bayaran parkir.
Pada bulan Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan cukai jalan yang lebih rendah, sebanyak 85% untuk EV, yang juga akan diberikan plat khas.
Loke berkata bahawa plat tersebut akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenal pasti EV dengan mudah sekiranya berlaku kemalangan.
Mengenai perkembangan penubuhan kira-kira 10,000 stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara menjelang 2025, Nga mengakui bahawa kemajuan lebih lambat daripada yang dijangkakan.
Pada masa ini, beliau berkata kira-kira 3,000 stesen pengecasan telah ditubuhkan setakat ini.
Beliau menambah bahawa sektor swasta termasuk pelabur asing dialu-alukan untuk menubuhkan lebih banyak stesen pengecasan.
MASKULIN : Boleh la beli sebuah EV macam ni..hehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
SCORE Marathon 2026 mencatat rekod 50,000 peserta dan bakal berlangsung selama dua hari di Putrajaya, menjadikannya antara festival larian terbesar di Malaysia.