Penggunaan kereta elektrik kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemandu, terutamanya di negara-negara maju. Malaysia juga tidak terkecuali.
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Terbaru, bayaran parkir pihak berkuasa tempatan mungkin dikecualikan untuk kenderaan elektrik (EV) yang memasuki bandar-bandar sebagai langkah menggalakkan penggunaannya, kata Nga Kor Ming.
Kereta EV
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata bahawa cadangan ini sedang dipertimbangkan selepas pengumuman terbaru untuk memperkenalkan “plat hijau” untuk EV.
“Kami sedang mengkaji kemungkinan memberikan pengecualian parkir untuk kereta EV sebagai faktor pendorong agar lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta bahan api fosil tradisional,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Asean-China mengenai Pembinaan Bandar dan Perumahan pada Khamis (4 Julai).
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Beliau berkata bahawa kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan majlis-majlis tempatan yang berkenaan untuk mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.
Ads
kereta elektrik
Beliau memetik London sebagai contoh di mana yuran kesesakan kira-kira RM90 setiap kemasukan dikenakan ke atas kereta bukan EV yang memasuki bandar sementara EV dikecualikan daripada bayaran parkir.
Pada bulan Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan cukai jalan yang lebih rendah, sebanyak 85% untuk EV, yang juga akan diberikan plat khas.
Ads
Loke berkata bahawa plat tersebut akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenal pasti EV dengan mudah sekiranya berlaku kemalangan.
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Mengenai perkembangan penubuhan kira-kira 10,000 stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara menjelang 2025, Nga mengakui bahawa kemajuan lebih lambat daripada yang dijangkakan.
Ads
Pada masa ini, beliau berkata kira-kira 3,000 stesen pengecasan telah ditubuhkan setakat ini.
Dalam landskap automotif yang semakin kompetitif, jenama yang bijak bukan sahaja menawarkan kenderaan hebat, tetapi juga menyempurnakan keseluruhan perjalanan pemilikan. Itulah yang dilakukan oleh Cycle & Carriage apabila mereka merasmikan pusat servis PEUGEOT serba baharu di Batu Caves, Kuala Lumpur.
Pusat ini merupakan sebahagian daripada kolaborasi strategik bersama Stellantis Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah penting buat mereka dalam memperkukuhkan kehadiran serta sokongan selepas jualan untuk semua pemilik kenderaan di bawah jenama Stellantis, khususnya PEUGEOT.
“Kami teruja untuk meluaskan peranan Cycle & Carriage Batu Caves menjadi pusat servis khusus yang akan bukan sahaja berkhidmat kepada pelanggan sedia ada, tetapi juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan terbaik untuk kenderaan jenama Stellantis,” Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Adrian Short.
Dengan keluasan 8,005 kaki persegi, pusat servis ini dilengkapi dengan lima ruang servis dan baik pulih, serta lima ruang kerja badan dan cat. Sama ada untuk sentuhan kosmetik kecil mahupun kerja baik pulih besar, segalanya disediakan di bawah satu bumbung.
Selain itu, pelanggan turut menikmati ruang menunggu yang moden dan selesa. Malah ia lengkap dengan minuman ringan, Wi-Fi serta ruang duduk yang tenang untuk menjadikan kunjungan servis mereka lebih menyenangkan.
“Dengan fokus kepada kecemerlangan servis dan penjagaan pelanggan, kami komited untuk menyampaikan pengalaman selepas jualan yang tiada tandingan untuk semua pemilik jenama Stellantis, bermula dengan PEUGEOT,” tambah Adrian lagi.
Bagi Stellantis pula, pembukaan pusat ini adalah selaras dengan visi jangka panjang mereka untuk menyediakan pengalaman pemilikan menyeluruh.
Jelas Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, “Fasiliti baharu ini mencerminkan hasrat bersama kami untuk menetapkan penanda aras baharu dalam servis selepas jualan serta dedikasi untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar”. ”
Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan, semua temujanji servis yang dibuat dalam bulan Julai akan menerima semakan kesihatan bateri percuma, pemeriksaan penyaman udara, diagnostik DiagBox, pemeriksaan 30 poin, cucian kereta dan hadiah alu-aluan.
Tidak cukup dengan itu, Cycle & Carriage turut menawarkan unit terhad PEUGEOT 3008 pre-owned bermula dari RM108,000.
Setiap unit hadir dengan perbatuan rendah, waranti sah sehingga tahun 2031, penyelenggaraan penuh di pusat servis bertauliah, serta pemeriksaan pra-hantar (PDI) yang ketat bagi memastikan kualiti dan prestasi berada pada tahap terbaik.
Tawaran ini tersedia di bilik pameran Cycle & Carriage di Cheras dan George Town.
Cycle & Carriage Batu Caves kini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pusat ini tidak beroperasi pada hari Ahad.
Pusat servis ini bukan sekadar tambahan kepada rangkaian Cycle & Carriage. Ia adalah refleksi kepada evolusi jenama yang semakin mengutamakan pengalaman pelanggan secara holistik, dari jalan raya hingga ke pusat servis.
Kalau anda seorang pemandu yang kerap berada di jalan raya, pasti pernah melalui satu situasi yang agak mencemaskan. Anda yakin laluan sebelah kosong, beri signal untuk tukar lorong, tapi tiba-tiba muncul kereta dari arah belakang yang anda langsung tidak nampak sebelum itu. Inilah blind spot!
Situasi ini bukan sekadar pengalaman biasa. Ia sebenarnya berkait rapat dengan satu aspek pemanduan yang sering dipandang remeh dalam pemanduan.
Hakikatnya, kegagalan mengenal kondisi ini merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya terutamanya ketika pertukaran lorong.
Dalam banyak kes, ia bukan disebabkan kecuaian sepenuhnya tetapi lebih kepada kurang kesedaran tentang bagaimana blind spot ini berfungsi.
Ia merujuk kepada kawasan di sekitar kenderaan yang tidak dapat dilihat melalui cermin sisi mahupun cermin pandang belakang. Biasanya kawasan ini berada di bahagian sisi kiri dan kanan belakang kenderaan.
Inilah ruang berisiko yang sering menyebabkan pemandu terlepas pandang kehadiran kenderaan lain terutama motosikal atau kereta yang berada terlalu dekat di sisi.
Masalahnya, ramai pemandu terlalu bergantung kepada cermin semata mata tanpa menyedari bahawa pandangan tersebut tidak cukup untuk memastikan keselamatan sepenuhnya dalam blind spot pemanduan.
Blind spot menjadi lebih berisiko ketika anda ingin menukar lorong. Walaupun secara visual nampak selamat, masih ada kemungkinan kenderaan lain berada dalam kawasan yang tidak kelihatan.
Lebih membimbangkan, situasi ini sering berlaku dalam tempoh yang sangat singkat. Satu kesilapan kecil boleh membawa kepada pelanggaran yang serius.
Tambahan pula, ramai pemandu hanya menggunakan pandangan sisi tanpa benar benar memeriksa kawasan tersebut secara fizikal. Ini menjadikan risiko kemalangan semakin tinggi akibat kecuaian terhadap blind spot pemanduan.
Langkah pertama adalah kesedaran. Anda perlu tahu bahawa setiap kenderaan mempunyai blind spot yang berbeza bergantung kepada reka bentuk dan saiznya.
Untuk memastikan keselamatan, terdapat beberapa langkah asas yang sepatutnya diamalkan setiap kali ingin menukar lorong.
Pertama, sentiasa beri signal lebih awal. Ini penting untuk memberi amaran kepada kenderaan lain tentang niat anda.
Kedua, periksa cermin pandang belakang dan cermin sisi dengan teliti bagi mendapatkan gambaran awal keadaan trafik di sekeliling.
Namun langkah paling penting adalah melakukan shoulder check atau menoleh ke belakang dengan pantas. Ini satu satunya cara untuk memastikan kawasan blind spot benar benar kosong.
Walaupun nampak remeh, tindakan ini boleh menjadi perbezaan antara perjalanan selamat dan kemalangan.
Jika anda memandu bersama penumpang, jangan segan untuk meminta bantuan mereka memerhatikan kawasan blind spot terutama dalam situasi trafik sesak.
Selain itu, banyak kenderaan moden kini dilengkapi dengan sistem amaran blind spot yang mampu mengesan kehadiran kenderaan di sisi dan memberi isyarat kepada pemandu.
Namun begitu, teknologi hanyalah alat bantuan dan tidak boleh menggantikan sepenuhnya kepekaan serta tanggungjawab pemandu ketika berdepan risiko blind spot pemanduan.
Ramai pemandu beranggapan pengalaman memandu yang lama sudah cukup untuk mengelakkan kesilapan. Tetapi realitinya, blind spot tetap wujud tidak kira sejauh mana mahir anda di belakang stereng.
Sikap terlalu yakin atau sambil lewa inilah yang sering menjadi punca kepada kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan jika lebih peka terhadap blind spot pemanduan.c
Blind spot bukan sekadar istilah teknikal dalam dunia automotif. Ia adalah realiti yang perlu difahami oleh setiap pemandu.
Dengan sedikit disiplin seperti memberi signal, memeriksa cermin dan melakukan shoulder check, anda sebenarnya sudah mengurangkan risiko kemalangan dengan ketara.
Dalam pemanduan, bukan sekadar kemahiran yang penting tetapi kesedaran.
Kerana di jalan raya, satu saat kelalaian boleh membawa akibat yang besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
10 Kelebihan Larian Bersama Running Club Terutamanya Buat Beginner
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa perasaan bawa penumpang terutamanya kekasih hati menaiki kereta anda. Tapi bila buka pintu bau hapak segera menerjah kedua-dua rongga hidung!
Memang malu bro, mana nak letak muka.
Kebiasaannya bau hapak dan berkepam ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bau peluh atau rokok, karpet basah, tumpahan makanan dan minuman, bau daripada barang-barang pasar serta sebagainya. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menimbulkan bau busuk yang menusuk ke hidung.
Bagi mengembalikan aroma segar, kita akan menggunakan bahan pewangi kenderaan yang banyak dijual di pasaran. Namun sesetengah orang cukup alah dengan bau daripada bahan pewangi kenderaan ini sehingga menimbulkan rasa pening dan mual.
Jadi sebagai alternatif untuk tidak menggunakan bahan pewangi kenderaan, anda boleh bertukar kepada bahan semula jadi untuk mewangikan kereta. Selain mudah didapati, bahan semula jadi ini juga boleh menjimatkan wang.
Untuk menghilangkan bau hapak dan berkepam dalam kereta, ini antara bahan semula jadi yang boleh anda gunakan.
Aroma segar daripada serbuk kopi atau serbuk Nescafe juga boleh membantu mewangikan kenderaan.
Anda hanya perlu masukkan serbuk ini ke dalam uncang kain dan gantung berdekatan air-cond untuk memberi bau yang segar. Paling penting, gunakan serbuk kopi atau Nescafe yang original dan bukannya serbuk segera 3 dalam 1.
Baking soda juga antara bahan alternatif yang boleh menyerap bau. Ia efektif untuk menghilangkan bau busuk, hapak, kepam dan bau hancing dalam kereta.
Penggunaannya mudah iiatu anda hanya perlu letakkan baking soda ke dalam sebuah bekas ataupun anda taburkan baking soda di tempat yang berbau busuk. Kemudian, biarkan ia selama dua hingga tiga jam sebelum mencucinya atau menyedut baking soda tadi dengan vakum.
Untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta, gunakan jus lemon atau limau kasturi yang dicampur bersama air dan sedikit cuka sebagai bahan semburan untuk mewangikan kereta.
Semburan ini akan menyegarkan kereta sekali gus menghilangkan bau busuk kesan daripada makanan atau minuman yang tertumpah di dalam kereta.
Hiris nipis daun pandan atau daun limau purut lalu masukkan ke dalam kain uncang yang berlubang dan gantung di dalam kereta.
Aroma daripada daun ini akan menyerap bau hapak sekali gus menghilangkan bau busuk di dalam kenderaan. Apabila daun pandan atau daun limau purut semakin layu, gantikan uncang ini dengan uncang yang baharu.
Setelah membersihkan bahagian di dalam kereta, masukkan arang yang telah dipecahkan kecil-kecil ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkan ia di atas lantai.
Selain cara ini, anda juga boleh balut arang tersebut menggunakan tisu dan letakkan di tempat yang berbau hapak. Setelah beberapa hari, bau busuk tadi akan beransur hilang.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.